Saya rasa anda baru sampai di blog ini. Jangan lupa melanggan RSS feed blog supaya tidak ketinggalan info terkini dari saya. Sila subscribe di petak sebelah kanan blog. Dipersilakan ke bahagian Categories sekiranya anda mencari maklumat di dalam blog ini.

Mengapa Yahudi Bijak?

Ph.D--->A Journey No Comments »

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Majlis Graduasi Program Persijilan Amalan Kerja Kelompok

Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar Comments Off

Majlis Graduasi Program Persijilan Amalan Kerja Kelompok BTN-UUM

Penulis: webmaster@btn.gov.my, Jan 7, 2009 1:01:37 PM

Akademi Kenegaraan, Kuala Lumpur 6 Disember 2008 – Majlis Graduasi Program Persijilan Amalan Kerja Kelompok di antara Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) telah diadakan pada 6 Disember 2008 bertempat di Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Ketua Pengarah BTN, Y.Bhg. Dato’ Shagul Hamid bin Abdullah, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Y.Bhg. Tan Sri Dr. Nordin bin Kardi dan Pegawai Kanan UUM, Pegawai BTN dan kaum keluarga para graduan.

Objektif majlis ini adalah untuk memberi penganugerahan Sijil Eksekutif Amalan Kerja Kelompok kepada 104 orang Tenaga Penggerak BTN yang telah berjaya menamatkan kursus bagi sesi 2007 – 2008. Kesemua graduan telah memenuhi syarat penganugerahan sijil dengan menyempurnakan kehadiran pengkuliahan sebanyak 3 modul dan menjalani latihan praktikum selama 42 jam.

Program ini merupakan sebahagian dari Program Peningkatan Profesionalisme pegawai dan tenaga penggerak BTN khususnya untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran mengendalikan Latihan Dalam Kumpulan. Program persijilan ini melibatkan 3 modul dan kerja lapangan, di mana modul 1 dan 2 melibatkan teori – teori yang berkaitan dengan amalan kerja kelompok, manakala modul 3 melibatkan latihan kemahiran.

Sesi penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Naib Canselor UUM, Y.Bhg. Tan Sri Dr. Nordin Kardi, manakala penyampaian Anugerah Cemerlang telah disampaikan oleh Ketua Pengarah BTN, Y.Bhg. Dato’ Shagul Hamid bin Abdullah kepada 3 orang graduan iaitu :

1.      Ahmad Nazri bin Husin – Tenaga Penggerak Pahang

2.      Zubaidah binti A. Wahid – Tenaga Penggerak Pahang

3.      Nur Faiza binti Salleh – Tenaga Penggerak Melaka

Majlis penganugerahan turut diserikan dengan upacara perarakan masuk graduan, Naib Canselor UUM, Pegawai Kanan UUM dan Pegawai BTN dengan diiringi oleh Kumpulan Gamelan dari UUM.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

THE RIGOROUS PATH TO GETTING A DOCTORATE.

Ph.D--->A Journey No Comments »

Source: New Straits Times, Saturday May 20, 1989

THE RIGOROUS PATH TO GETTING A DOCTORATE.

A Newspaper once called a Ph.D. holder a “special doctor”.
The University of Santa Barbara in America has a sticker for Ph.D. It humorously stands for “Phinally Done.”
In Malaysia and in most places when you are introduced as Dr So and So, the usual response from a layman is that you are a medical doctor.
Few would think you hold a Ph.D.
Doing a Ph.D is a test of scholastic endurance. Many less diligent and less determined ones have dropped out along the way. The pace can be very punishing and the direction at times hazy.
The mainstay of your PhD i.e. your research must be original and contribute to the pool of certified knowledge, however miniscule it may be.
One mortal being looms large in your pursuit of your Ph.D.- your supervisor.
He may be your friend, your mentor, your teacher, your critic, your master and your examiner, all rolled up in one.
Dealing with him demands PR skills; he is human after all.
His role or presence may be sought or assigned. If it is assigned, count your blessings if the two of you can get along well. He cans a world of difference between you getting your Ph.D or not.
Many tales of woe have been told of uncaring and unsupportive supervisors. On the other hand, he may be your hero who inspires you to greater heights.
The path to a Ph.D. is usually strewn with frustrations. Half of the time things do not seem to work your way, your data may not seem to make any sense, your computer programme does not seem to run. Your morale is low.
It is a trying time and you may feel like quitting.
If you lack self-discipline, this may indeed be the point of no return.
You just pack and go, without even saying goodbye to your supervisor.
To those who never say die, they just return to fight another day. Your determination and perseverance begin to pay off; you can see the light at the end of the tunnel.
Success then comes in leaps and bounds. Your very first paper with your supervisor has been accepted for publication by the Journal of Reproducible Results.
Your research promises more such joint ventures in the pipeline. Your morale is lifted. You can sense that the Ph.D is within reached. You are a changed man, more confident of yourself and know the direction you are heading.
With hard work and luck, you eventually succeed. But do not feel big-headed about your newly acquired success.
The Ph.D is just a passport certifying that you have undergone rigorous training in research. It is up to you to prove that you are capable of independent research from now on.
Years later, when you feel that you are ready to become a Ph.D. supervisor, it is much pride and anxiety that you take in your first student. You can see in him or her your green self years ago.
Initially, he (or she) may not be bubbling with enthusiasm, or eager to please.
You tell yourself, wait till he/she meets his/her frustrations and see how he/she takes it from there.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Kursus Persijilan Amalan Kaunseling Kelompok

Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar Comments Off

Antara kenangan bersama rakan-rakan sewaktu menghadiri kursus Persijilan Amalan Kaunseling Kelompok oleh Universiti Utara Malaysia.

k1

k2

k3

k5

k6


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

URGENT!!!

Uncategorized No Comments »

Dear Malaysian,

Le’s pool donations for the people of Gaza. You can bank into Yayasan Salam Malaysia. Tel 03-404 54 021. Public Bank account nu: 307 287 9302. We can help them with foods and medical supplies.

Every cent COUNTS!!!

Please help them. They need us NOW!!!


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

BERTINDAK!!!

Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar No Comments »

Bill Gates ketika ditanya bagaimana dia menjadi manusia terkaya di dunia. Beliau menjawab, “Saya berada pada TEMPAT dan MASA yang tepat. Kedua, saya melihat ke hadapan. Ketiga, dan yang paling penting, saya BERTINDAK!”

Sekarang adalah masa yang paling tepat untuk anda BERTINDAK kerana anda kini berada pada TEMPAT, MASA dan LANDASAN yang betul.

Kegagalan seseorang itu bukan kerana ia tidak mampu untuk berjaya, tetapi kerana gagal memahami potensi diri untuk berjaya.

Dan, tiada manusia yang gagal dalam kehidupan melainkan dia memilih untuk gagal… dan kegagalan yang sebenar adalah kegagalan MENCUBA!

Keluarkan kehebatan dan potensi diri anda di dalam perniagaan ini. InsyaAllah, kita semua mampu
“Mengatasi Pencapaian Terbaik Peribadi.”


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Kursus Latihan Dalam perkhidmatan (LADAP)-Team Building

Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar No Comments »

Sebahagian kenangan saya mengendalikan kursus ini di peringkat staf sekolah.

tb1

tb2

tb3

tb4

tb5


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

T.O.T Pemimpin Pelajar

Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar 4 Comments »

Kenangan sewaktu dijemput menyampaikan ceramah berkaitan kepimpinan organisasi oleh majlis perwakilan pelajar IPTA.

mpp1

mpp2

mpp3

mpp4

mpp5


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

THE RABBIT, THE FOX AND THE WOLF – A FABLE

Ph.D--->A Journey Comments Off

THE RABBIT, THE FOX AND THE WOLF – A FABLE

One sunny day a rabbit came out of her hole in the ground to enjoy the weather. The day was so nice that the rabbit became careless, so a fox sneaked up to her and caught her.
“I am going to eat you for lunch!,” said the fox.
“Wait!” replied the rabbit, “You should at least wait a few days”
“Oh yeah? Why should I wait?”
“Well, I am just finishing writing my Ph.D. thesis.”
“Hah! That’s a stupid excuse. What is the title of your thesis anyway?”
“I am writing my thesis on ‘The Superiority of Rabbits over Foxes and Wolves.’”
“Are you crazy? I should eat you up right now! Everybody knows that a fox will always win over a rabbit.”
“Not really, not according to my research. If you like, you can come to my hole and read it for yourself. If you are not convinced you can go ahead and have me for lunch.”
“You are really crazy!” But since the fox was curious and had nothing to lose, it went with the rabbit into its hole. The fox never came back out.
A few days latter the rabbit was again taking a break from writing and, sure enough, a wolf came out of the bushes and was ready to eat her.
“Wait!”, yelled the rabbit, “you cannot eat me right now.”
“And why might that be, you fuzzy appetizer?”
“I am almost finished writing my Ph.D. thesis on ‘The Superiority of Rabbits over Foxes and Wolves’.”
The wolf laughed so hard that it almost lost its hold on the rabbit.
“Maybe I shouldn’t eat you, you are really sick in your head, you might have something contagious,” the wolf opined.
“Come read for yourself, you can eat me after that if you disagree with my conclusions.” So the wolf went to the rabbit’s hole and never came out.
The rabbit finished writing her thesis and was out celebrating in the lettuce fields. Another rabbit came by and asked, “What’s up? You seem to be very happy.”
“Yup, I just finished writing up my dissertation.”
“Congratulations! What is it about?”
“It is titled ‘The superiority of Rabbits over Foxes and Wolves.’”
“Are you sure? That doesn’t sound right.”
“Oh yes, you should come over and read for yourself.”
So they went together to the rabbit’s hole.
As they went in, the friend saw the typical graduate student abode, albeit a rather messy one after writing a thesis. The computer with the controversial dissertation was in one corner, on the right there was a pile of fox bones, on the left was a pile of wolf bones, and in the middle was a lion.
The moral of the story is: The title and subject of your dissertation doesn’t matter, all that matters is who your thesis advisor is.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Bukan mudah dapat PhD

Ph.D--->A Journey No Comments »

TAKEN FROM UTUSAN MALAYSIA 15 May 2008

Bukan mudah dapat PhD

Oleh Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil

Tulisan Adam Kadir berjudul Pemakaian ‘Dr.’ Perlu Pengiktirafan Rasmi dalam Utusan Malaysia (8 April 2008) ada kebenarannya. Dalam usaha Kementerian Pengajian Tinggi yang meletakkan sasaran 100 ribu pemegang PhD menjelang 2015, maka ramai yang secara tiba-tiba menggunakan gelaran tersebut.

PhD atau Doktor Falsafah mengikut kamus Oxford Advanced Learner‘s Dictionary ialah ijazah tertinggi yang dianugerah oleh sesebuah universiti. Penganugerahan tersebut dibuat setelah calon berjaya membuat penyelidikan yang mencapai standard PhD dalam sesuatu bidang.

Pendek kata, ijazah PhD bukanlah suatu ijazah yang mudah diperoleh. Ia melalui satu proses pembelajaran dan penyelidikan yang tinggi mutunya sesuai dengan status ketinggian ijazah tersebut.

Kebanyakan universiti di Malaysia dan United Kingdom misalnya, tempoh minimum pengajian PhD mengambil masa tiga tahun, dan tempoh maksimum enam tahun sekiranya dibuat secara sepenuh masa. Bagi pengajian separuh masa tempoh yang diberi adalah sehingga lapan tahun bagi sesetengah universiti.

Manakala pengajian PhD secara jarak jauh banyak membawa perdebatan yang bersetuju dan ada yang menentang. Ada yang mendakwa mendapat Ijazah PhD dari sebuah universiti terkemuka di luar negara tetapi malangnya, universiti itu tidak diberi pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Ini kerana, peranan JPA adalah untuk menjaga ‘taraf dan mutu’ sesuatu ijazah yang dianugerahkan oleh sesebuah universiti. Maka tidak hairanlah JPA tidak mengiktiraf sesetengah ijazah walaupun di peringkat Sarjana Muda dengan alasan ia tidak mencapai mutu dan standard yang dikehendaki dalam satu-satu bidang berkenaan.

Dalam menyahut cabaran Kementerian Pengajian Tinggi yang mahukan ramai pemegang PhD di kalangan pensyarah, sudah tentulah ramai di kalangan kakitangan akademik ‘terpaksa’ menyambung pengajian mereka ke peringkat PhD. Sebagai seorang pensyarah, penulis berpendapat pensyarah yang tidak memiliki Ijazah PhD ‘belum sempurna keilmuannya’ kerana dengan melalui pengajian di peringkat tersebut, seseorang akan didedahkan method pengajian dan penyelidikan yang cukup tinggi nilai, mutu dan standardnya.

Sesebuah tesis yang dihasilkan dalam masa pengajian tiga hingga empat tahun misalnya, akan membuahkan satu teori atau penemuan baru dalam satu-satu bidang. Malah, kalau ia tidak membuahkan satu teori baru, ia tidak dianggap tesis PhD. Begitu juga, kalau ia tidak membuktikan satu hasil penyelidikan yang tidak ada tolok bandingnya.

Sesebuah tesis PhD akan melalui banyak proses – daripada cadangan (proposal) dan mempertahankan cadangan tersebut (defend proposal) di peringkat universiti yang akan dinilai oleh pakar-pakar dalam bidang tersebut, baik dari segi kandungan dan juga pendekatan methodologi.

Seseorang yang telah melalui pengalaman ini, sudah tentu merasai pahit maung dikritik dan ‘dibelasah’ dalam sesi defend proposal.

Terdapat juga pendekatan upgrading dari M. Phil ke PhD yang diamalkan terutama mereka yang membuat pengajian di United Kingdom. Bagi mereka ini, tempoh setahun hingga setahun setengah merupakan tahun getir kerana tanpa berjaya melalui upgrading ke PhD, seseorang itu dianggap gagal memperolehi ijazah PhD.

Dalam melihat keaslian dan kesahihan penyelidikan yang dibuat, kebanyakan universiti di Malaysia mahupun luar negara mensyaratkan pemeriksaan melalui viva secara oral. Ini bagi memastikan penyelidik tersebut benar-benar ‘mendalami’ hasil kajian yang dibuat dalam tesis PhDnya.

Ia juga bertujuan untuk melihat kesahihan penyelidik tersebut. Maka tohmahan bahawa sesebuah tesis PhD boleh diperolehi melalui upahan akan terjawab dalam proses viva. Ini kerana, kadang-kadang pemeriksa akan bertanya soalan-soalan sampingan yang tiada kaitan dengan kajian tesis PhD tersebut.

Dalam hal ini, penulis banyak melihat kawan-kawan yang sama-sama berjaya memperolehi PhD dan tidak ketinggalan, ramai juga yang gagal. Kalau diambil tempoh pengajian tiga hingga empat tahun untuk tamat pengajian, agak sedikit mereka yang lulus dalam tempoh ini. Ada yang mengambil sehingga 10 tahun untuk tamat pengajian.

Bagi mereka yang gagal, mungkin kerana nasib tidak menyebelahi mereka. Dalam pengamatan penulis, terdapat kawan-kawan yang rajin dan tekun serta berdisiplin semasa pengajian, tetapi nasib tidak menyebelahi mereka di mana penyelia meninggal dunia atau bertukar tempat. Maka pengajian PhD itu terbengkalai akibat keadaan itu kerana tiada pensyarah lain yang boleh menyelia tesis tersebut justeru kerana bukan bidang kepakaran atau kemahiran mereka.

Maka, persoalannya, bagaimana tergamak seseorang insan itu sanggup menggelarkan dirinya seorang ‘Dr.’ seandainya beliau tidak melalui proses ‘kepenatan’ dan ‘kesengsaraan’ mental, emosi dan fizikal dalam menyiapkan penyelidikan PhD tersebut.

Seperti yang dinukilkan oleh Prof. Dr. Kamil Ibrahim dalam bukunya PhD Kecil Tapi Signifikan, UPENA, UiTM (2005), ijazah PhD ialah suatu keperluan akademik yang sangat perlu di universiti seandainya seseorang itu mahu dianggap sebagai seorang scholar.

Beliau menambah, “PhD merupakan suatu proses unik. Ramai yang mencuba untuk mendapatkannya, tetapi ramai yang kecundang. Mereka yang berjaya pula melalui pelbagai halangan. Ada orang mengatakan ia suatu proses yang cukup perit dan meletihkan.”

Tambahan pula, “terlalu sedikit yang dapat menyiapkan pengajian mereka tepat mengikut jadual. Apatah lagi untuk mencari mereka yang tamat kurang dari tiga tahun. Ia boleh dibilang dengan jari.”

Demi menjaga mutu dan standard sesebuah ijazah PhD yang dianugerahkan oleh sesebuah universiti, sudah tentulah tesis itu akan dinilai oleh peers dalam bidang berkenaan terlebih dahulu sebelum dinilai oleh pihak pemeriksa luar.

Bagi Universiti Malaya sebagai contohnya, amalan sekarang ialah pemeriksa luar bagi tesis PhD mestilah seorang profesor yang memiliki PhD dan disyaratkan mesti dari luar negara. Sudah tentulah proses untuk mendapat ijazah PhD bukannya mudah tetapi semakin susah.

Mengambil kira faktor-faktor di atas, amat wajar saranan Adam Kadir supaya pihak JPA memainkan peranan pengiktirafan sesebuah ijazah PhD walaupun ia datang dari Barat. Ia hendaklah melalui proses pengajian PhD sebenar walaupun ia dibuat secara jarak jauh. Bagi mereka yang suka memakai gelaran ‘Dr.’ walaupun gagal kerana terkandas di tengah jalan, pertanyaan ikhlas penulis ialah, apakah mereka ini tidak merasa malu dan dipandang serong oleh kawan dan orang awam.

Sebagai contoh, memang terdapat mereka yang membuat pengajian PhD di luar negara secara jarak jauh dan tiba-tiba meletakkan nama ‘Dr.’ Apakah mereka ini memang melalui pengajian PhD dalam erti kata sebenar?

Terdapat pensyarah yang gagal memperoleh PhD setelah melalui pengajian sepenuh masa dan kemudian berusaha lagi dengan membuatnya secara jarak jauh. Namun ia tidak diiktiraf oleh universiti berkenaan, maka dengan sendirinya dia rela menerima ‘pelucutan’ penggunaan gelaran ‘Dr.’

Maka penulis mencadangkan supaya pengiktirafan penggunaan gelaran ‘Dr.’ hendaklah diperketatkan. Pihak JPA hendaklah diberi peranan dalam memberi pengiktirafan tersebut.
Bagi pensyarah di universiti, pengiktirafan ini boleh diturun kuasa oleh JPA kepada Kementerian Pengajian Tinggi yang kemudian akan memberi pengiktirafan tersebut.

Masalahnya ialah bagi mereka yang bekerja sendiri atau di sektor swasta, gelaran ‘Dr.’ juga mesti dibuat pengiktirafan oleh pihak JPA. Selagi mana pengiktirafan tersebut tidak diperoleh, seseorang individu dilarang sama sekali mengguna gelaran tersebut.

Bagi mereka yang mendapat ijazah PhD dari universiti bagus dan menggunakan gelaran tersebut tanpa pengiktirafan oleh pihak JPA, adalah dicadangkan supaya satu undang-undang mengenai salah laku penggunaan gelaran ‘Dr.’ hendaklah dibuat demi menjaga kemurnian dan kesarjanaan seseorang yang bergelar ‘Dr.’


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA
WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in