Saya rasa anda baru sampai di blog ini. Jangan lupa melanggan RSS feed blog supaya tidak ketinggalan info terkini dari saya. Sila subscribe di petak sebelah kanan blog. Dipersilakan ke bahagian Categories sekiranya anda mencari maklumat di dalam blog ini.

Sesi Pembentangan Rancangan Perniagaan UGE 2002

Kursus Asas Usahawan Berjaya: Penyediaan Rancangan Perniagaan, Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar No Comments »

Gelagat para “Engineer in Making” sedang membentangkan hasil  projek rancangan perniagaan UGE 2002. Moga segala perancangan bakal menjadi kenyataan. amiiinnn…

1

2

3

4


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Bengkel Penyediaan Perakaunan Perniagaan Kecil dan Sederhana = Bandar Jengka

Bengkel Penyediaan Perakaunan Perniagaan Kecil & Sederhana No Comments »

b1

Program Berkala : Bengkel Penyediaan Perakaunan Perniagaan Kecil dan Sederhana
Anjuran : HR Syabas Consultancy
Tempat : Makmal Komputer 1, UiTM Jengka
Tarikh : 9 MEI 2009
Hari : Sabtu (Cuti Umum Hari Wesak)
Masa : 8.00am – 5.00 pm
Penyertaan : 20 orang peserta sahaja
Sasaran : Peniaga Kecil dan Sederhana, Usahawan, Orang Awam Yang Berminat
Harga : RM300.00
(Sijil, Modul, Perisian Perakaunan Perniagaan Kecil dan Sederhana, Bahan Berkaitan Bengkel, Minum pagi, Makan Tengahari, Minum Petang Disediakan)

Tentatif Bengkel:

8.00am – 8.30am        – Pendaftaran
8.30am – 10.30am        – Modul 1: Pengenalan Kepada Perakaunan Perniagaan Kecil dan Sederhana
10.30am – 11.00am    – Rehat / Minum Pagi
11.00am – 1.00pm        – Modul 2: Latihan Penggunaan Perisian Perakaunan Perniagaan Kecil dan Sederhana
1.00pm – 2.30pm        – Rehat / Makan Tengahari / Solat Zohor
2.30pm – 4.30pm        – Modul 3: Latihan Penggunaan Perisian Perakaunan Perniagaan Kecil dan Sederhana Secara Bersemuka dengan Fasilitator
4.30pm – 5.00pm        – Penutup / Penyampaian Sijil / Minum Petang

- Borang pengesahan penyertaan boleh didapati secara percuma di pejabat @ download di sini
- Tarikh tutup penyertaan 7 hari sebelum berlangsungnya program (1 Mei 2009)
- Sebarang pertanyaan / informasi sila hubungi: 09-468 8984 (Ofis) @ 013-339 7732 (Hafizal)

TEMPAT ADALAH TERHAD !!!!


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

HOT COURSES By CENFED UMP !!!

Program Peningkatan Kemahiran Industri / Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS/PKS), CENFED Universiti Malaysia Pahang No Comments »

b1

Kami mengalu-alukan penyertaan Tuan/Puan untuk mengikuti Kursus Penyediaan Rancangan Perniagaan, Kursus Asas Usahawan Berjaya dan Kursus Safety And Health Officer Programme (22 hari) anjuran CENFED, Universiti Malaysia Pahang.

Kursus tersebut bakal diadakan di Bandar Jengka selama 2 hari (Sabtu dan Ahad)dengan penyertaan minimum 20 orang peserta. Tarikh dan tempat akan dimaklumkan kemudian sekiranya bilangan peserta yang mendaftar minimum 20 orang.

Yuran kursus hanya RM60.00 termasuk makan dan sijil penyertaan yang dikeluarkan oleh bahagian CENFED UMP.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut dan borang penyertaan kursus boleh di download di sini.

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI!


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Program Peningkatan Kemahiran Industri / Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS/PKS)

Program Peningkatan Kemahiran Industri / Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS/PKS), CENFED Universiti Malaysia Pahang No Comments »

Program Peningkatan Kemahiran Industri / Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS/PKS)

(Yuran Kursus 80% Ditanggung oleh SMIDEC manakala 20% Ditanggung oleh Peserta)

Objektif:
•    Melahirkan pekerja yang profesional dan kompetetif
•    Meningkatkan kemahiran dan mewujudkan semangat cintakan kerja di kalangan pekerja demi mencapai matlamat    organisasi
•    Meningkatkan kualiti kerja dan produktiviti organisasi agar lebih berdaya saing
•    Menjaga dan memperbaiki kepuasan peribadi pekerja agar lebih berdaya saing
•    Menjaga dan memperbaiki kepuasan peribadi pekerja dalam meningkatkan keyakinan individu

Tempat kursus boleh dijalankan di:
•    Universiti Malaysia Pahang, atau
•    Bandar Jengka, atau
•    Secara ‘ in house’ / mengikut kehendak pelanggan

Kelayakan IKS / PKS:
1.    Perusahaan kecil dan sederhana dalam sektor perkilangan, perkhidmatan berkaitan perkilangan dan industri asas tani dengan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang atau nilai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta.
2.    Perusahaan kecil dan sederhana dalam sektor perkhidmatan, pertanian asas dan teknologi maklumat & komunikasi (ICT) dengan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 50 orang atau nilai jualan tahunan tidak melebihi RM5 juta.
3.    Semua majikan yang mendaftar dengan PSMB juga boleh memohon melalui Skim SBL sebelum bengkel bermula.

Fasilitator:
Kami menyediakan penceramah yang berkelayakan dari segi akademik serta berpengalaman luas dalam bidang-bidang tertentu yang akan memberi input yang berguna kepada peserta.

Kaedah Pengajaran:
Syarahan, tayangan kerja kumpulan, main peranan, persembahan dan lain-lain aktiviti mengikut kesesuaian.

Syarat dan Peraturan:
Penyertaan hanya boleh disahkan dengan bukti borang kursus yang lengkap, salinan lesen perniagaan (SSM), salinan lesen permis perniagaan, perakuan status syarikat serta bayaran deposit/penuh diterima selewat-lewatnya tujuh hari bekerja selepas tarikh tempahan dibuat.

Sijil Penyertaan:
Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta-peserta yang menghadiri kursus secara keseluruhan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di sini atau CENFED UMP

Download Borang Penyertaan

Download Brosur Kursus CENFED UMP

Kursus Tajaan SMIDEC:

* Yuran Setelah Ditolak Pembiayaan SMIDEC

NO

CODE

COURSE

*FEES(RM)

DAYS

1

SMI 01

Finance For Non-Financial Manager

100

3

2

SMI 02

Kursus Penyediaan Rancangan Perniagaan

60

2

3

SMI 03

Kursus Asas Usahawan Berjaya

60

2

4

SMI 04

Microsoft Office Training Course

80

2

5

SMI 05

Excellence In Frontline Management

150

3

6

SMI 06

Mission Critical Risk Management

100

2

7

SMI 07

Power Speaker Course

60

2

8

SMI 08

Bahasa Arab Komunikasi Untuk Professional

100

3

9

SMI 09

Safety And Health Committee

120

2

10

SMI 10

Confined Space

100

2

11

SMI 11

Safety And Health Officer Programme

800

22

12

SMI 12

Strategic Planning Course

150

3

13

SMI 13

Supervisory Skills Course

100

2

14

SMI 14

Project Management Using MS Project 2000

100

2

15

SMI 15

Visio 2002 Profesional (Introduction)

100

2

16

SMI 16

A Solutions Finding &Decision Making For Result Program

100

2

17

SMI 17

OSH Act 1994

120

2

18

SMI 18

Basic OSH Management

120

2

19

SMI 19

Web Page Development

120

3

20

SMI 20

Computer Repair And Maintenance (CRAM)

100

2

21

SMI 21

Negotiation Skills For Manager

100

2


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

CENFED UMP Bantu Usahawan

Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD) CIDB, Program Peningkatan Kemahiran Industri / Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS/PKS), CENFED Universiti Malaysia Pahang No Comments »

http://202.190.126.84/utusan/info.asp?y=2008&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kampus&pg=ka_02.htm

ARKIB : 23/07/2008
CENFED UMP bantu usahawan
Oleh SHAMSIAH ZULKAFLI

BIDANG keusahawanan menjanjikan pendapatan lumayan jika pengurusan syarikat dilaksanakan secara sistematik dan berkesan. Walau apa jenis perniagaan sekalipun, ia pasti mendatangkan keuntungan berlipat ganda jika dioperasi menggunakan kemahiran, ilmu dan teknologi masa kini.

Bukan sahaja bertujuan menambah pengeluaran serta produk syarikat, pengurusan syarikat dalam segi kewangan, modal, kakitangan, pemasaran dan lain-lain aspek perlu dititik beratkan bagi menjamin kesinambungan berterusan perniagaan.

Syarikat industri dan pengusaha kecil dan sederhana (IKS) merupakan antara golongan yang boleh dikategorikan dalam bidang keusahawanan. Namun golongan tersebut sering berhadapan dengan masalah menguruskan perniagaan mereka.

Tanpa mengetahui saluran yang betul untuk melebarkan perniagaan masing-masing, tidak hairanlah ada di antara industri dan pengusaha IKS mengambil keputusan memberhentikan operasi syarikat. Malah ada di kalangan golongan itu terpaksa gulung tikar.

Bagi mengelakkan perkara itu berlaku, Pusat Pengajian Berterusan dan Pembangunan Profesional (CENFED) Universiti Malaysia Pahang (UMP) tampil membantu golongan tersebut. Ia dilakukan melalui program-program yang ditawarkan khas untuk bidang keusahawanan.

Menariknya, selain mendapat pengiktirafan daripada Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Smidec), IKS turut berpeluang menyertai program yang ditawarkan dengan pembiayaan yuran program sebanyak 80 peratus daripada Smidec.

Melalui pembiayaan itu, peserta hanya perlu membayar antara RM100 hingga RM800 yuran penyertaan mengikut jenis program bagi kursus selama dua hingga lima hari beserta makan dan minum.

Industri dan pengusaha IKS boleh memilih satu daripada sembilan kursus yang ditawarkan iaitu A Solutions Finding & Decision Making For Result Program, Vision 2002 Profesional (Introduction), Excellence In Frontline Management, Mission Critical Risk Management, Project Management Using Ms Project 2000, Strategic Planning Course, Confined Space, Supervisory Skills Course dan Safety & Health.

Pengarah CENFED, Mohamad Rozi Hassan berkata, bagi memastikan keberkesanan program, semua program tersebut dikendalikan para pensyarah dari UMP atau tenaga pengajar yang didatangkan khas dari industri.

“Sejak ditubuhkan pada 2004, CENFED mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan industri dan agensi-agensi kerajaan negeri.

“Sehingga kini kita ada kira-kira 2,500 peserta yang telah menyertai lebih 50 program yang ditawarkan,” katanya ketika ditemui Mega, baru-baru ini.

Mohamad Rozi berkata, bagi menyertai program-program yang dibiayai Smidec, IKS perlu memenuhi dua syarat iaitu syarikat mesti menjalankan perniagaan dalam sektor perkilangan (termasuk asas tani) dan perkhidmatan berkaitan perkilangan yang mempunyai nilai jualan tahunan tidak lebih RM25 juta atau jumlah pekerja sepenuh masa kurang 150 orang.

Satu lagi syarat katanya, syarikat mestilah terlibat dalam sektor perkhidmatan (termasuk teknologi komunikasi dan maklumat) yang mempunyai nilai jualan maksimum RM5 juta atau jumlah pekerja sepenuh masa kurang dari 50 orang.

Jelas beliau, bagi menyediakan IKS kepada atmosfera perniagaan dan persaingan yang tinggi, Smidec menyediakan geran tahunan sebanyak RM600,000 untuk melatih kira-kira 600 peserta setiap tahun.
Katanya lagi, dalam usaha menjadikan CENFED sebagai gedung masyarakat menimba ilmu, pihaknya berhasrat menambah 33 kursus lagi berkaitan IKS pada masa depan yang merangkumi bidang pengurusan, bahasa, kewangan, motivasi dan sebagainya.

Antara program yang telah digariskan termasuklah kursus bahasa Inggeris, bahasa Arab dan Mandarin, kemahiran berunding, mencari peluang bisnes, pengurusan stress, pemasaran berlesen dan asas pengurusan kewangan.
Pengetahuan yang diperoleh melalui program CENFED bukan sahaja boleh diaplikasikan dalam perniagaan, malah peserta boleh menyambung pengajian ke peringkat diploma eksekutif kendalian pusat tersebut.

Melalui penyertaan program CENFED, IKS juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada tenaga pengajar terlatih selain berpeluang menggunakan kemudahan di UMP untuk membuat penyelidikan dan sebagainya.

Penyertaan itu juga memberi kesan sinergi kepada CENFED UMP mahupun industri kerana hubungan dapat dieratkan melalui latihan industri untuk mahasiswa UMP. Secara tidak tidak langsung memudahkan industri merekrut pekerja dalam bidang masing-masing.

Selain program yang mendapat pembiayaan Smidec, kursus-kursus CENFED turut diiktiraf pelbagai badan lain contohnya Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan (DOSH), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dan beberapa badan lain.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Mahasiswa dan Kesukarelawan: Apa dan Bagaimana?

Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar No Comments »

Program: Mahasiswa dan Kesukarelawan: Apa dan Bagaimana?
Tempat : WDKU 1, UMP
Anjuran: Kelab Sukarelawan UMP
Tarikh: 21 Mac 2009
Sasaran: Ahli Kelab Kesukarelawan dan Mahasiswa UMP

a

b

c

d


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Ceramah Motivasi Amal Kecemerlangan

Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar No Comments »

Program: Ceramah Motivasi Amal Kecemerlangan
Tempat : Rumah Anak Yatim Tunas Harapan Jengka
Anjuran: HR Syabas Consultancy
Tarikh: 20 Mac 2009
Sasaran: Penghuni Rumah Anak Yatim Tunas Harapan Jengka

1

2

3

5

6

7

8

9


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Seminar Keusahawanan Universiti Malaysia Pahang

Kursus Asas Usahawan Berjaya: Penyediaan Rancangan Perniagaan, Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar No Comments »

Program: Seminar Keusahawanan Universiti Malaysia Pahang
Tempat : Dewan Kuliah Utama 2, UMP
Anjuran: Kelab Keusahawanan UMP
Tarikh: 18 Mac 2009
Sasaran: Mahasiswa dan Staf

s1

s2

S5


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Kaedah belajar Madihah patut jadi teladan

Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar No Comments »

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Surat/20090317005140/Article/index_html

Kaedah belajar Madihah patut jadi teladan

SAMA ada Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal atau Mohamad Aizuddin Mohd Yaakub, mahupun pasangan kembar Rohamina-Rohaisha Jamil, masing-masing nampaknya menggunakan resipi serupa dengan mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah SWT sebelum dan sesudah mengulangkaji pelajaran sehingga akhirnya muncul pelajar cemerlang terbilang.

Pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah muncul pelajar cemerlang peringkat nasional apabila memperoleh 20A termasuk 1A2, mengatasi rekod cemerlang Siti Fatimah Mokhtar yang mendapat 18A termasuk 1A2 pada 2006, dari sekolah yang sama, Maahad Muhamadi (Perempuan) di Kota Bharu, Kelantan.

Mohamad Aizuddin pula memperoleh A1 dalam semua 13 subjek yang diambilnya dan antara pelajar terbaik SPM 2008 Negeri Sembilan. Pasangan kembar Jamil yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King George V, Seremban mendapat 11A1 merangkumi subjek sains dan matematik dan sains sosial.

Lain halnya dengan Zamri Amir yang juga mendapat 11A1 dan muncul antara pelajar terbaik Sekolah Alam Shah Putrajaya.

Walaupun berasal daripada keluarga susah seperti keluarga Nuk Nur Madihah, pengurusan masa yang cekap dan seimbang menjadi faktor penting di sebalik kecemerlangannya itu, lantaran dia juga aktif dalam Pasukan Orkestra SSAS.

Allah SWT berfirman dalam Surah Surah at-Tiin (Ayat 4-6): Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

“Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia kepada serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus”.

Persis kata Nik Nur Madihah, anak jati kampung nelayan, Kampung Parang Puting, dekat Pantai Sabak itu: “Saya mengulang kaji awal pagi tiap-tiap hari selepas solat tahajud dan sesudah membaca al-Quran”.

Kembar, Rohamina dan Rohaisha berkata: “Kami selalu membaca al-Quran, selain kerap melakukan solat hajat agar dipermudah kami mengikuti pelajaran dan mendapat kejacemerlang.”

Bagi Mohammad Aizuddin, pendekatan diri kepada Allah SWT penting sebab mengingati-Nya dengan melakukan suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya menjadikan jiwa sentiasa tenang dan mudah memahami pelajaran.

Pelajar cemerlang SPM 2008 itu adalah pilihan Allah SWT daripada 6,277 calon cemerlang lain, menepati maksud Surah ar-Ra’d (Ayat 26): “Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Ia juga menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedangkan kehidupan dunia itu tidak lain daripada kesenangan yang kecil dan tidak kekal, berbanding dengan kesenangan hari akhirat.”

Sebagai manusia pilihan dengan sebaik-baik kejadian bersama penganugerahan akal yang pintar, mereka tidak pernah melupai Allah SWT dengan melakukan suruhan ibadat-Nya demi tuntutan ukhrawi dan duniawi.

Otak mereka sama juga seperti binaan otak pelajar, malah manusia lain, seumpama dua hemisfera. Satu sebelah kanan sementara yang satu lagi kiri.

Kedua-duanya berkongsi pemikiran dan kawalan tubuh badan.

Bagi kebanyakan orang, hemisfera otak kanan lebih kreatif manakala sebelah kiri lebih kepada logik.

Yang lebih kreatif melahirkan insan berfikiran sains sosial sementara yang lebih logik berfikir secara saintifik dan matematik.

Otak pelajar cemerlang itu nampaknya seimbang hemisfera kanan dan kiri yang bergabung dan melahirkan kepintaran subjek sains sosial serta sains tulen.

Manusia dianugerahi akal untuk berusaha dan berfikir mengejar kejayaan duniawi dan ukhrawi seperti janji Ilahi asalkan kita sentiasa mengingati dan mendekati-Nya.

Resipi mereka sepatutnya jadi ikutan calon SPM tahun ini untuk meraih kecemerlangan lebih terbilang.

DR ILLIAS ZAIDI,
Akademi Buku Malaysia,
Kuala Lumpur.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Strategi Menghadapi Peperiksaan = 100 hari Permulaan

Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar 1 Comment »

Program: Strategi Menghadapi Peperiksaan = 100 hari Permulaan
Tempat : Dewan Ma’ahad SAS Bandar Jengka
Anjuran: Ma’ahad SAS Bandar Jengka
Tarikh: 12 Mac 2009
Sasaran: Pelajar PMR, SMA, SPM dan STAM

SAS1

SAS2

SAS4

SAS3

SAS5

SAS6

Lagi gambar berkenaan program ini boleh dilihat di laman rasmi Ma’ahad SAS:

http://www.maahadsas.edu.my/home/index.php


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA
WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in