http://www.ump.edu.my/cenfed/newsevents.htm
CENFED DILANTIK SEBAGAI PUSAT LATIHAN BERTAULIAH KONTRAKTOR, LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) (CIDB CCD Seminar)
Pusat Pengajian Berterusan & Pembangunan Profesional (CENFED) Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima satu lagi pengiktirafan daripada kerajaan apabila dilantik Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sebagai Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor (PLBK). Dengan perlantikan ini CENFED di beri tanggungjawab untuk melatih para kontraktor berdaftar dan juga individu yang berhasrat untuk menceburkan diri dalam industri pembinaan.
Objektif utama program ini adalah bagi memenuhi keperluan industry pembinaan di dalam melahirkan kontraktor yang kompeten dalam melaksanakan sesebuah projek pembinaan berdasarkan Standard Kompetensi Kontraktor (CCS) di samping mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan profesionalisme mereka.
Setakat ini 38 Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor yang telah dilantik di seluruh Negara. Ironinya UMP menerusi UMP Consultancy & Training Sdn. Bhd. adalah merupakan satu-satunya PLBK yang dilantik di Negeri Pahang. Perlantikan ini secara tidak langsung mengiktiraf keupayaan dan kemampuan universiti di dalam membantu pihak kerajaan meningkatkan kemahiran dan kemampuan kontraktor kearah pembangunan industry pembinaan sepertimana diharapkan
2 program yang ditauliahkan ialah i) Pengurusan Bisnes dan ii) Sistem Bekalan Air. Kelebihan utama program ini ialah setiap peserta kursus yang menghadiri dengan jayanya, layak menerima 16 mata CCD (Continuous Contractor Development Point). Mata CCD ini amat diperlukan bagi tujuan pembaharuan perakuan pendaftaran yang akan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2010 sepertimana Pekeliling Bahagian Pembangunan Kontraktor Bil 2/08. Ini bermakna setiap kontraktor yang berdaftar termasuk individu yang ingin menceburkan diri dalam industri pembinaan perlu menghadiri kursus ini sebelum layak mendaftar atau memperbaharui perakuan pendaftaran mereka.
(Info: En Hafizal merupakan salah seorang tenaga Penceramah/Pensyarah Jemputan bagi kursus Pengurusan Bisnes)
Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA
Recent Comments