Saya rasa anda baru sampai di blog ini. Jangan lupa melanggan RSS feed blog supaya tidak ketinggalan info terkini dari saya. Sila subscribe di petak sebelah kanan blog. Dipersilakan ke bahagian Categories sekiranya anda mencari maklumat di dalam blog ini.

Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR, Percubaan PMR, SMA & SPM 2009

Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar, Uncategorized 1 Comment »

Kepada adik-adik yang bakal menghadapi peperiksaan tersebut saya doakan moga adik dapat menjawab dengan tenang.

Moga maju jaya!

Khususnya kepada mereka yang pernah mengikuti program anjuran HR Syabas Consultancy.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Salam Kemerdekaan ke 52

Uncategorized No Comments »

Semoga kita dapat menghayati erti kemerdekaan yang sebenarnya.

Wassalam.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Inisiatif Malaysia Dalam Memperkenalkan Dinar Emas

Emas Pada Pandangan Saya No Comments »

http://www.publicdinar.com/content/view/51/10/lang,malay/

Inisiatif Malaysia Dalam Memperkenalkan Dinar Emas.

Penggunaan dinar emas telah mula disuarakan oleh Dr. Mahathir bin Mohamad perdana menteri Malaysia yang keempat.

Dr. Mahathir adalah seorang pemimpin yang dikenali dunia sebagai seorang yang bersuara lantang dan memiliki daya tahan yang tinggi di pentas politik antarabangsa.

Dr. Mahathir telah memainkan peranan yang penting di dalam menetapkan wawasan 2020 – satu visi untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.

Pada tahun 2001, Dr. Mahathir telah menyuarakan idea mengenai sistem pembayaran berteraskan emas – sistem dinar emas. Ia bertujuan membayar jumlah perdagangan dua negara ataupun berbilang negara sekali gus mengelakkan risiko kerugian di dalam urus niaga mata wang. Dengan kaedah ini emas akan digunakan sebagai media pertukaran dan unit akaun berbanding mata wang negara terbabit.

Harga bagi setiap import dan eksport akan disebut di dalam nilai berat emas.

Proposal ini bertujuan mencari sistem alternatif bagi mengelakkan ketidakpastian situasi ekonomi yang terdedah kepada ancaman manipulasi mata wang dan aktiviti spekulasi.

Untuk memahami kenapa Dr. Mahathir mencadangkan sistem dinar emas, kita perlu melihat kembali kepada krisis mata wang Malaysia yang berlaku pada Julai 1997.

Di dalam bukunya ‘The Malaysian Currency Crisis, How and Why it happen’ Dr. Mahathir menerangkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai perkembangan ekonomi yang kukuh. Ia berkembang sebanyak 8% setahun, memiliki politik yang stabil dan ekonomi yang kuat. Nilai mata wangnya adalah stabil dan hutang antarabangsanya masih di tahap boleh diuruskan. Justeru Malaysia bukanlah negara yang berpotensi menghadapi kemelesetan ekonomi.

Namun bermula pada Julai 1997, nilai mata wang Ringgit Malaysia mula jatuh dengan pantas dan pasaran saham menurun ke tahap yang paling rendah. Nilai Ringgi Malaysia terus jatuh tanpa dapat di tahan. Rakyat Malaysia kebingungan dengan situasi ini.

Faktor utama kejatuhan nilai Ringgit Malaysia adalah berpunca daripada serangan spekulasi daripada peniaga mata wang. Dr. Mahathir menyalahkan para spekulator yang menyumbang kepada penurunan nilai RM sehingga menjejaskan keseluruhan ekonomi negara. Peniaga mata wang menurunkan nilai RM bukan kerana mereka takut nilai mata wang akan menurun sebaliknya mahu mengaut keuntungan dengan menjual mata wang.

Dr. Mahathir faham bahawa nilai mata wang boleh diserang kerana ianya bersandarkan sistem wang fiat. Wang fiat adalah wang yang diiktiraf sah oleh kerajaan tanpa disokong oleh apa-apa logam berharga seperti emas dan perak.

Di dalam satu ucapannya, Dr. Mahathir menyebut bahawa wang kertas memperoleh nilainya daripada pengiktirafan kerajaan. Kerajaan yang meletakkan nilai pada wang kertas berkenaan. Contohnya wang kertas RM1 mempunyai nilai kerana kerajaan yang mencetak nilainya di atas wang kertas berkenaan. Jika kerajaan mencetak RM5 atau RM10 ke atas wang kertas berkenaan, nilai kertasnya adalah tetap sama. Pengiktirafan dan jaminan kerajaan yang menyebabkan wang kertas mendapat nilainya.

Antara pengajaran yang diperoleh daripada krisis mata wang tahun 1997.

1. Wang kertas tidak mempunyai nilai – ia cuma nombor yang dicetak di atas kertas
2. Sistem kewangan global adalah tidak stabil dan tidak adil.
3. Negara membangun mempunyai sedikit ataupun tiada langsung pertahanan dari aktiviti spekulasi mata wang.
4. untuk melindungi diri sendiri, sesebuah negara perlu membina sistem perdagangan sendiri berteraskan nilai sebenar.
5. Emas mempunyai nilai yang stabil, selamat dan diterima di seluruh negara sebagai media pertukaran.

Inisiatif Dinar Emas oleh Dr. Mahathir.

Keberanian dan kejayaan Dr. Mahathir dalam mempertahankan ekonomi Malaysia daripada spekulator mata wang dan pengaruh IMF memberikan beliau pemahaman yang mendalam tentang kepentingan membangunkan sistem perdagangan berteraskan emas untuk negara-negara Islam. Bagi dunia Islam, inisiatif menggunakan emas untuk penyelesaian perdagangan antarabangsa boleh menjadi paksi untuk menguatkan dan menyatukan dunia Islam.

Persidangan OIC ke 10 – Proposal menggunakan emas untuk penyelesaian perdagangan dibentangkan.

Proposal untuk menggunakan emas sebagai pembayaran bagi perdagangan telah dibentangkan kepada 57 ketua negara. Perjanjian dua pihak dimulakan, kemudian berkembang menjadi perjanjian bersama yang diharapkan akan menjadi blok perdagangan emas. Inilah platform di mana semua negara-negara Islam boleh bersetuju sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr. Mahathir “… tindakan ini lebih berkesan untuk melawan penindasan pihak musuh berbanding mengambil tindakan yang sia-sia seperti keganasan”.

Kesan Global.

Penggunaan dinar emas menandakan pengembalian kepada emas sebagai alat kewangan dan mata wang dunia yang sebenarnya. Penggunaan dinar emas berbanding sistem wang kertas akan membolehkan:

1. Perpaduan dan kekuatan umat Islam dibina.
2. Memulakan blok perdagangan dengan sistem dinar emas
3. Menggalakkan dan mempromosikan perdagangan di antara anggota OIC
4. Mengelakkan daripada pergantungan kepada USD
5. Membuka jalan kepada praktis perdagangan berkaitan emas.
6. Membantu mewujudkan sistem perdagangan yang stabil dan adil yang memberikan manfaat kepada semua negara membangun.

Statistik daripada bank Penyelesaian Antarabangsa (bank of International Settlement) menunjukkan hampir 80% daripada perdagangan antarabangsa menggunakan US Dollar sebagai medium pertukaran (1998).

Pergantungan kepada USD memberikan sistem kapitalis lebih kelebihan di dalam semua situasi ekonomi. Jika sistem dinar Islam berjaya diimplementasikan, dominasi Bank Dunia dan IMF akan turut terjejas. Sudah pasti dunia Barat akan menentang hasrat Malaysia dengan segenap kekuatan. Walaupun demikian Malaysia mempunyai sebab tersendiri untuk melaksanakan sistem dinar Islam kerana ia memelihara keadaan ekonomi Muslim dan aktivitinya.

Dr. Mahathir di dalam satu sidang medianya selepas merasmikan hari pekerja di Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) memberitahu bahawa hasrat Malaysia menggunakan dinar emas di dalam perdagangan antarabangsa tidak hanya terbatas kepada lebih daripada 24 negara yang ia mempunyai perjanjian pembayaran 2 hala (Utusan Malaysia 1/5/2002).

Pada mulanya Malaysia akan cuba untuk melaksanakan penggunaan dinar di dalam lingkungan sebahagian kecil negara sebelum sistem dinar diterima secara meluas sebagai wang perdagangan.

Sumber:

1.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive
2. http://www.islamicmint.com/newsarticles/mahathir1.html
3.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0923&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_06.htm&arc=hive
4. http://www.mahathir.com/malaysia/speeches/1999/1999-01-18.php
5.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0418&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm
6.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0430&pub=Utusan_Express&sec=Economy&pg=ec_02.htm&arc=hive
7. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2002/10/24/nation/sbdinar&sec=nation
8.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=1024&pub=Utusan_Express&sec=Front_Page&pg=fp_01.htm&arc=hive
9. http://www.mahathir.com/malaysia/speeches/1997/1997-09-20.php
10. http://www.gata.org/node/5290/print
11. http://www.mahathir.com/malaysia/speeches/2002/2002-03-26.php
12.. http://www.silverbearcafe.com/dinar.html
13.. http://www.larouchepub.com/other/2002/2944gold_dinar.html
14.. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0801&pub=Utusan_Express&sec=Front_Page&pg=fp_01.htm&arc=hive%20%20utusan
15.. http://www.islamic-banking.com/news/malaysia/gold_dinar_0802.php
16.. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2003/7/2/business/wndinar&sec=business
17. http://www.islamicawakening.com/viewnews.php?newsID=1973


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

EZGuard…System Never Lies

EZGuard...System Never Lies, Iklan & Promosi No Comments »

Klik sini…www.EZGuard.HafizalRamli.com

logosystemnever

ezguarditem


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas

Emas Pada Pandangan Saya No Comments »

“Satu produk mengenai ilmu pelaburan yang sangat tidak dipedulikan ramai tapi amat menguntungkan iaitu EMAS. Kebanyakan dari kita hanya melihat ASB sebagai pelaburan yang paling selamat, mudah dan tidak berisiko. Padahal pelaburan emas adalah lebih baik dari itu. Bukan mengatakan mereka perlu berhenti melabur dalam ASB dan menyertai pelaburan emas, tapi mereka boleh mempelbagaikan pelaburan mereka yang dapat memberi lebih sumber kewangan mereka.”

Secara peribadi saya telah membaca ebook ini dan saya menyarankan kepada Tuan/Puan agar dapat mengambil kesempatan terhadap industri ini. Saya amati industri ini telah dipelopori oleh orang yang tahu menilai cara memaksimumkan keuntungan dengan memegang emas fizikal dan mengetahui bagaimana emas boleh menambahkan lagi sumber keuntungan kita.

Jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut, klik sini.

(Sekali lagi, saya memaklumkan di dalam website saya ini www.HafizalRamli.com, saya hanya meletakkan perkara-perkara yang saya angap penting yang dapat membantu saya dan Tuan/Puan semua, justeru terpulang kepada Tuan/Puan untuk menilainya)


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Iklan @ Promosi di HafizalRamli.com

Iklan & Promosi No Comments »

Setelah meneliti cadangan dan pendapat para sahabat, sukacitanya saya memaklumkan bahawa saya membuka ruangan iklan di www.HafizalRamli.com

Syarat WAJIB jika ingin mengiklankan iklan atau promosi di www.HafizalRamli.com:

1. Ke dua-dua belah pihak mendapat manafat bersama.
2. Tidak melanggar etika dan perundangan di Malaysia.
3. Saya akan tapis dahulu iklan tersebut.

(Info: HafizalRamli.com tidak mengenakan sebarang cas bayaran di sini…PERCUMA. Hubungi saya untuk maklumat lanjut)

Justeru, rebut peluang keemasan ini.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Ruangan Saya Berkenaan Perihal Pelaburan Emas

Emas Pada Pandangan Saya No Comments »

Salam Tuan/Puan,

Saya terpanggil untuk mewujudkan ruangan ini kerana saya ingin turut serta berkongsi pengalaman yang tak seberapa ini dalam hal yang dikatakan pelaburan emas.

e2

Justeru itu, saya akan berkongsi dengan Tuan/puan perihal pelaburan emas ini.

Selamat berkunjung ke www.HafizalRamli.com

Website emas rujukan saya:

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141&lang=bm

http://www.publicgold.com.my/

http://www.publicdinar.com/

http://www.dinarkel.com/

http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/treasuryRates.do?chCatId=/mbb/Personal/INV-Investment&programId=INV03-Gold&cntTypeId=0&cntKey=INV03.03

http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Operasi HR Syabas Consultancy Sepanjang Ramadhan dan Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2009

Bengkel Penyediaan Perakaunan Perniagaan Kecil & Sederhana, Kursus Asas Kraftangan Daun Getah, Kursus Asas Ternakan Ayam Kampung, Kursus Asas Usahawan Berjaya: Penyediaan Rancangan Perniagaan, Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar, Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD) CIDB, Program Peningkatan Kemahiran Industri / Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS/PKS), CENFED Universiti Malaysia Pahang, Uncategorized No Comments »

Salam kepada Tuan/Puan. Apa khabar? kami mengharapkan agar Tuan/Puan beroleh kesejahteraan di bawah naungan-Nya.

Dimaklumkan bermula 22 Ogos sehingga 18 September 2009, syarikat kami akan beroperasi sepanjang Bulan Ramadhan yang mulia ini seperti berikut:

Hari   : Isnin – Sabtu
Masa : 8.30am – 5.00pm
Cuti   : Ahad

Manakala Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2009, syarikat akan bercuti mulai:

Tarikh: 19 hingga 27 September 2009

Syarikat akan beroperasi seperti biasa pada 28 September 2009.

Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009.

Harap Maklum, Wassalam.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Usahawan Kerjaya Pilihan 3 – Ros Chalet & Strawberry Farm Cameron Highlands

Iklan & Promosi, Kursus Asas Usahawan Berjaya: Penyediaan Rancangan Perniagaan, Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar No Comments »

Ketika saya mengendalikan kursus Modul Bisnes di Cameron Highlands, saya berpeluang berkenalan dengan En Zulkiflie, salah seorang pengusaha home stay/chalet/strawberry farm di Kg Taman Sedia, Cameron Highlands. Beliau turut mempunyai produk sendiri berasaskan strawberi iaitu home made jem dan jus strawberi.

Saya dibawa berjalan di sekitar kawasan beliau. Pada pandangan saya, beliau bijak menggunakan setiap ruang yang ada di kawasan rumahnya. Di kiri, kanan, depan dan belakang rumah beliau dikelilingi oleh chalet dan kawasan ladang strawberi.

Saya teruja berada di chalet beliau kerana bersebelahan chalet tersebut merupakan ladang strawberi yang mana kita boleh memetik sendiri strawberi tersebut. Dah petik terus saya makan. Di samping itu, jika kita mempunyai anak-anak, bolehlah bermandi manda di sungai yang berada di belakang chalet tersebut sambil bersantai di ruang yang disediakan. Erm…tak rugi rasanya bermalam di Ros Chalet ini. Harga pun amat berpatutan.

Bagi saya, inilah yang dikatakan pemikiran seorang usahawan menggunakan seoptimumnya ruang dan peluang yang ada.

Jadi, apa lagi…rancanglah percutian anda dan keluarga di Ros Chalet di Cameron Highlands.

3

8

4

7

17

18

5

9

10

11

12

13

15

16

14


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Kursus Modul Bisnes, 10-13 Ogos 2009, Cameron Highlands

Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD) CIDB No Comments »

Program : Kursus Modul Bisnes (16 mata CCD)
Tarikh    : 10 – 13 Ogos 2009
Hari       : Isnin – Khamis (4 Hari)
Lokasi    : Pertubuhan Peladang Kawasan Cameron Highlands
Peserta  : Para Kontraktor (G1,G2,G3,G4,G5,G6,G7) & Orang Awam Yang Berminat

4

2

3


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA
WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in