Saya rasa anda baru sampai di WebBlog ini. Jangan lupa melanggan RSS feed blog supaya tidak ketinggalan info terkini dari saya. Sila subscribe di petak sebelah kanan blog. Dipersilakan ke bahagian Categories sekiranya anda mencari maklumat di dalam blog ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009

Uncategorized No Comments »

Di kesempatan pihak kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009. Maaf zahir & Batin.

Semoga beraya dengan selamat. berhati-hati di jalan raya.

(Syarikat akan beroperasi semula pada 28/09/2009, harap maklum)


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Pengguna ke-iv EZGuard di Pahang: Elektrisola Janda Baik, Pahang

EZGuard...System Never Lies No Comments »

Tahniah dan terima kasih ke bahagian pengurusan keselamatan Elektrisola (M) Sdn Bhd (http://www.elektrisola.com) di atas kepercayaan untuk menggunakan 3 unit EZGuard bagi memantapkan lagi sistem keselamatan di kilang bertaraf antarabangsa tersebut. Saya turut ditemani Tuan Zaki bagi memudahkan segala urusan yang berkenaan. Berikut merupakan antara sebahagian kenangan semasa proses penyerahan 3 unit EZGuard kepada pihak Elektrisola.

e2

e3

e4

e5

Klik ke EZGuard.HafizalRamli.com

Ingin jadi ejen di Pahang? Download borang ini dan hantar/faks ke pihak kami


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

16 September 2009

Uncategorized No Comments »

16 September 2009

Antara aktiviti saya pada hari ni:

1. Wujudnya negaraku tercinta bernama Malaysia hasil gabungan Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
2. Tahniah ke atas mantan bos saya dulu, Prof Madya Dr Hj Kasim Hj Md Mansur di atas perlantikan sebagai Timbalan Naib Canselor HEPA, Universiti Malaysia Sabah pada 16 Ogos 2009. Dah sebulan menjawat jawatan tersebut. Tahniah sekali lagi.
2. Pasang EZGuard di Kilang Elektrisola, Janda Baik.
4. Hadir ke makan malam dan berbuka bersama YAB Menteri Besar Pahang di Kuantan


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Kursus Asas Ternakan Ayam Kampung Pada 5 Disember 2009

Kursus Asas Ternakan Ayam Kampung 1 Comment »

Dengan lafaz Bismillah secara rasminya Kursus Asas Ternakan Ayam Kampung dibuka pada umum. Berikut adalah maklumatnya:

Program            : Kursus Asas Ternakan Ayam Kampung
Tempat              : Dewan Mesyuarat JKK Kg Shafie Manchis, Bentong, Pahang
Anjuran             : HR Syabas Consultancy
Tarikh             : 5 Disember 2009
Hari                     : Sabtu
Masa                   : 9.00 pagi – 5.00 petang
Penyertaan      : 30 orang sahaja
Sasaran             : Orang Awam Yang berminat
Yuran                : RM150.00 (Sijil, Nota Kursus, Minum Pagi, Makan Tengahari, Minum Petang)
Tarikh Tutup : 12 November 2009 jam 6.00 petang
Penyertaan   : DIBUKA

Tentatif      :
9.00  am – 10.00am    - Pendaftaran & Minum Pagi di Dewan Mesyuarat JKKK Kg Shafie Manchis, Bentong, Pahang
10.00am – 12.30pm    - Pengenalan & Ceramah Kursus Asas Ternakan Ayam Kampung
12.30pm – 2.30pm        - Rehat & Makan Tengahari Istimewa
2.30pm   – 4.30pm        - Lawatan Tapak 1 : Ternakan Ayam Kampung:
Kg Shafie Manchis
- Lawatan Tapak 2 : Ternakan Ayam Kampung:
Ladang Ternakan Ayam Kampung HR Syabas Consultancy,
Kg Hayat, Simpang Pelangai
4.30pm   – 5.00pm        – Penangguhan Majlis, Penyampaian Sijil, Minum Petang & Bersurai

* Borang pengesahan penyertaan boleh didapati secara percuma di pejabat @ download di sini
* Tarikh tutup penyertaan 3 minggu sebelum berlangsungnya program
* Sekiranya ada di antara peserta yang memerlukan penginapan semalam, pihak JKK Kg Shafie ada menyediakan penginapan HomeStay. Sila berhubung dengan kami untuk maklumat tersebut.
* Sebarang pertanyaan / informasi sila hubungi: 09-468 8984 (Pejabat) @ 013-339 7732 (Hafizal)
* Tarikh kursus akan ditutup awal jika kuota peserta telah penuh. Harap Maklum

Untuk mengetahui lokasi kursus, layari http://maps.google.com.my di sebelah kanan website ini (carian dalam kotak Google Search) dan taipkan “Kursus Asas Ternakan Ayam Kampung”


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA
WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in