Penangguhan Kursus Asas Ternakan Ayam Kampung Pada 5 Disember 2009
Kursus Asas Ternakan Ayam Kampung No Comments »Penangguhan Kursus Asas Ternakan Ayam Kampung Pada 5 Disember 2009
Sukacitanya kami memaklumkan bahawa kursus ini ditangguhkan kepada suatu tarikh akan datang. Ini berikutan jumlah mimima penyertaan peserta tidak mencukupi.
Justeru itu, pihak kami akan menghubungi setiap peserta yang telah membuat bayaran RM150 untuk proses pemulangan yuran tersebut.
Harap maklum.
Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA
OSH wajar jadi subjek baru sekolah
Keselamatan & Kesihatan (OSHA 1994) No Comments »http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20091102083217/Article/index_html
OSH wajar jadi subjek baru sekolah
KUALA LUMPUR: Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) wajar dijadikan subjek baru di sekolah atau sekurang-kurangnya berbentuk kursus bagi memberi pendedahan awal tentang OSH kepada pelajar dan guru.
Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata setiap warga sekolah perlu mempunyai kesedaran dan membudayakan amalan keselamatan agar dapat melaksanakan aktiviti dalam keadaan selesa.
“Budaya kerja selamat harus diterapkan di kalangan warga sekolah mulai sekarang memandangkan sekolah bukan saja tempat menimba ilmu malahan bekerja.
“Oleh itu, pengetahuan OSH dapat digunakan ketika bekerja dan belajar tetapi ia juga kehidupan seharian bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku,” katanya.
Beliau mengulas langkah jangka panjang boleh diambil kerajaan dalam mengelakkan tragedi dan kemalangan di sekolah daripada berulang seperti yang berlaku di Kampar, Perak minggu lalu apabila jambatan gantung di tapak perkhemahan Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang runtuh mengakibatkan tiga murid maut.
Lee berkata, untuk menjadikan OSH sebagai subjek sekolah, ia memerlukan perincian rapi untuk menjayakannya, namun sebagai permulaan, kesedaran terhadap OSH melalui pengurusan OSH di sekolah sama ada melalui ceramah, kursus mahupun seminar.
Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

ID Facebook, Skype, Oovoo, YM: hafizalramli
-----------------------------------------------------
HR Skill Training & Consultancy Sdn Bhd Merupakan Wakil Korporat Takaful Malaysia:
-----------------------------------------------------





Recent Comments