Simpanan persaraan untuk individu bekerja sendiri bermula 3 Januari 2010
Bengkel Penyediaan Perakaunan Perniagaan Kecil & Sederhana, Kursus Asas Kraftangan Daun Getah, Kursus Asas Ternakan Ayam Kampung, Kursus Asas Usahawan Berjaya: Penyediaan Rancangan Perniagaan, Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD) CIDB No Comments »http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20091223001203/Article/index_html
Skim caruman 1Malaysia dilancar
Oleh Shahrizan Salian
shahrizan@bharian.com.my
Simpanan persaraan untuk individu bekerja sendiri bermula 3 Januari depan
KUALA LUMPUR: Orang ramai yang bekerja sendiri boleh mula mencarum dalam Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia dengan kadar minimum RM50 dan maksimum RM5,000 sebulan mulai 3 Januari depan sebagai simpanan untuk persaraan mereka.
Pencarum akan menerima dividen tahunan tetap sebanyak lima peratus yang disumbangkan oleh kerajaan, tertakluk kepada jumlah maksimum RM60 setahun, selama lima tahun bermula tahun depan hingga 2014.
Skim yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2010 Oktober lalu juga memberi peluang kepada pencarum menikmati dividen tambahan yang akan tetapkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Skim itu dibuka kepada individu bekerja sendiri seperti petani, nelayan, pemandu teksi, penjaja, peniaga pasar malam, ejen hartanah, golongan bekerja bebas seperti deejay, tenaga pengajar kesihatan dan kecergasan, penyanyi dan pelakon serta pemilik perniagaan dalam talian.
Ketua Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol, dalam satu kenyataan semalam, berkata tidak seperti skim simpanan KWSP biasa, jumlah yang dicarumkan bergantung kepada kemampuan pencarum.
“Ahli boleh memilih caruman minimum RM50 sehingga RM5,000 sebulan. Caruman adalah secara sukarela dan tidak perlu caruman setiap bulan,” katanya.
Mereka yang berminat perlu mengisi Borang KWSP 16G(1M) yang boleh diperoleh di cawangan KWSP seluruh negara atau memuat turun dari laman web myEPF di www.kwsp.gov.my mulai 3 Januari depan dan dikembalikan ke cawangan berdekatan KWSP atau melalui serahan mel.
Bagaimanapun, mereka yang belum menjadi ahli KWSP perlu berdaftar sebagai ahli dengan mengisi Borang KWSP 3 dan mengemukakannya kepada KWSP sebelum memohon menyertai skim ini.
Simpanan boleh didepositkan secara tunai atau cek menggunakan Borang KWSP 6A(2) di Kaunter Bayaran KWSP seluruh negara.
Ahli KWSP sedia ada yang kini bekerja sendiri layak menyertai skim baru ini dan pengeluaran simpanan tertakluk kepada syarat dan prosedur semasa KWSP.
Bagaimanapun, beliau berkata, ahli digalakkan mencarum secara berterusan tidak kira berapa jumlahnya kerana disiplin amat perlu apabila menyimpan untuk persaraan.
Untuk keterangan lanjut, sila kunjungi pejabat KWSP berdekatan atau hubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000 atau layari laman web myEPF di www.kwsp.gov.my.
Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA
Kem Solah 2009, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Simpang Pelangai, Bentong.
Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar No Comments »Program: Kem Solah 2009
Tempat : Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Simpang Pelangai Bentong
Anjuran: JawatanKuasa Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Simpang Pelangai Bentong
Tarikh: 20 Disember 2009
Sasaran: Seramai 150 orang peserta berumur di antara 7 hingga 18 tahun
Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA
Kursus Pengurusan Latihan Modul Bisnes, 14-17 Disember 2009, Bera
Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD) CIDB No Comments »Program : Kursus Pengurusan Latihan Modul Bisnes CIDB-UMP (25 mata CCD)
Tarikh : 14-17 Disember 2009
Hari : Isnin - Khamis (4 Hari)
Lokasi : Dewan Latihan Anjung Seri Bera & Bilik Latihan Perpustakaan Awam Daerah Bera
Peserta : Para Kontraktor (G1,G2,G3,G4,G5,G6,G7) & Orang Awam Yang Berminat
Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA
Kursus Tred/Kepakaran Sistem Bekalan Air, 7-11 Disember 2009, Cameron Highlands
Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD) CIDB No Comments »Program : Kursus Tred Kepakaran Sistem Bekalan Air (25 mata CCD)
Tarikh : 7-11 Disember 2009
Hari : Isnin - Jumaat (5 Hari)
Lokasi : Rumah Rehat Sri Pahang, Cameron Highlands
Peserta : Para Kontraktor (G1,G2,G3,G4,G5,G6,G7) & Orang Awam Yang Berminat
Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA
TERKINI = Latihan Pengurusan Modul Bisnes & Modul Tred/Kepakaran Sistem Bekalan Air Membawa 25 Mata CCD CIDB
Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD) CIDB No Comments »Sukacita dimaklumkan bahawa setiap peserta yang mengikuti kursus bersama kami akan dianugerahkan sebanyak 25 mata CCD beserta sijil penyertaan dari Universiti Malaysia Pahang. Berikut merupakan contoh sijil bagi tujuan memperbaharui Lesen CIDB.
Jangan lepaskan peluang mengikuti kursus bersama kami. Sijil penyertaan dari Universiti Malaysia Pahang + 25 mata CCD CIDB.
Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA
Jadual Kursus Latihan Pengurusan Modul Bisnes CIDB-UMP 2010
Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD) CIDB 1 Comment »Mohon Perhatian kepada para sahabat kontraktor dan juga yang ingin menjadi kontraktor berdaftar dengan CIDB.
Bersama ini disertakan jadual kursus latihan pengurusan Modul Bisnes CIDB-UMP bagi tahun 2010. Peserta terhad kepada 20 orang sahaja.
Untuk maklumat selanjutnya, mohon berhubung di talian 09-468 8984 (pejabat) atau 013-339 7732 (Koordinator Program) untuk maklumat selanjutnya.
Wassalam.
Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA











Recent Comments