Saya rasa anda baru sampai di WebBlog ini. Jangan lupa melanggan RSS feed blog supaya tidak ketinggalan info terkini dari saya. Sila subscribe di petak sebelah kanan blog. Dipersilakan ke bahagian Categories sekiranya anda mencari maklumat di dalam blog ini.

Al-Fatihah Kepada Pakar Emas Negara – Allahyarham Datuk Mohd Salleh Abdul Majid

Emas Pada Pandangan Saya, Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar, Program Peningkatan Kemahiran Industri / Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS/PKS) No Comments »

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Belasungkawa_Hilangnya__8216_pahlawan__8217_ekonomi/Article

Belasungkawa: Hilangnya ‘pahlawan’ ekonomi
Oleh Hasliza Hassan

BERITA pemergian bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), kini Bursa Malaysia, Datuk Mohd Salleh Abdul Majid, 62, yang meninggal dunia jam 10.20 pagi semalam, hanya selepas dua hari 2012 menjengah, adalah khabar sedih kepada negara yang kehilangan tokoh ekonomi dikagumi.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat penyakit kanser yang disahkan doktor pada tahap empat. Beliau yang turut menghidap penyakit buah pinggang sejak 10 tahun lalu dan perlu menjalani dialisis dimasukkan ke HKL, Rabu lalu.
Pendekatan menterjemah segala permasalahan atau isu ekonomi kompleks menggunakan bahasa ringkas serta mudah difahami semua peringkat golongan dan pelbagai latar belakang, menjadikan Salleh, tokoh ekonomi yang dirujuk pelbagai pihak.
Apa saja dikaitkan dengan ekonomi atau setiap kali isu mengenai ekonomi dibangkitkan, pandangan anak jati Selangor itu sentiasa menjadi perhatian. Malah, kesediaan beliau menjelaskan pelbagai isu menjadikannya tokoh disenangi, khususnya wartawan untuk mendapatkan maklum balas.

Dilahirkan pada 11 Julai 1949 di Ulu Klang, Allahyarham kehilangan bapa ketika berusia tiga tahun, banyak menghabiskan masa bersama datuknya dan keadaan itu mengajar beliau menjadi insan berdikari.

Salleh memulakan pendidikan di Sekolah Melayu di Ulu Klang dan kemudian berpindah ke Sekolah Lelaki Batu Road sebelum melanjutkan pendidikan peringkat menengah di High Street School, Jalan Bandar (kini Sekolah Menengah Setapak).

Beliau melanjutkan pengajian peringkat diploma dalam bidang perniagaan di Institut Teknologi Mara (kini UiTM) dan sebagai pemegang biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA), menyambung pengajian bidang Pengurusan Perniagaan di Universiti Ohio serta Universiti Northern Illinois. Tamat pengajian, beliau bertugas sebagai pensyarah di ITM dan kemudian dilantik memegang jawatan Ketua Kajian Kursus Perniagaan.
Pada 1978, beliau berkhidmat di syarikat pengurusan pembinaan dan bidang tugasnya ialah melatih Bumiputera muda cara menguruskan syarikat.

Kemahirannya diperakui apabila beliau diminta menyediakan pelan pemasaran bagi kempen saham amanah kebangsaan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), sebahagian usaha kerajaan mendidik Bumiputera ilmu pelaburan.

Sikap ‘semua boleh’ ditunjukkan Allahyarham, khususnya kejayaan menjual saham yang pada masa itu ramai tidak faham kepentingan serta keuntungannya melalui siri penerangan, membolehkan beliau dilantik sebagai Pengurus Besar ASNB pada 1982.

Pada September 1984, pada usia 34 tahun, beliau dilantik sebagai Pengurus Besar BSKL dan ketika itu, krisis ekonomi menjadikan keadaan tidak ketentuan. Bagaimanapun, di sebalik kritikan diterima, beliau dan pasukannya berjaya mengharungi saat sukar.

Usaha serta komitmen berterusan itu juga melonjakkan karier beliau yang dipilih sebagai Presiden BSKL pada 1996. Berkat kesungguhan serta usaha dilakukan selama hampir dua dekad, BSKL berjaya mencapai piawaian antarabangsa.
Allahyarham bersara daripada BSKL pada 1 Mei 2003. Namun, hakikatnya tidak pernah bersara daripada tugas meningkatkan kefahaman mengenai ekonomi dan pelaburan kepada umum. Komitmen beliau mendidik masyarakat bagaimana membuat pelaburan diteruskan.

Semua ilmu dan maklumat disebarkan melalui penulisan di akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia dan Business Times, selain menjadi tetamu jemputan program televisyen.

Di sebalik kesibukan kerjaya, beliau masih meluangkan masa melakukan aktiviti riadah kegemaran iaitu memancing. Memancing katanya mengajar erti kesabaran. Beliau turut meminati motosikal besar, minat yang dikongsi bersama datuknya.

Memetik nasihat beliau dalam wawancara disiarkan dalam Malaysian Business terbitan 1 Jun 2003, yang boleh dijadikan renungan khususnya kepada generasi muda: “Orang muda hari ini tidak sabar. Mereka gagal menyedari tiada ganti kepada pengalaman. Tidak salah melakukan kesilapan. Apa yang penting ialah belajar daripada kesilapan itu. Selalu percaya kepada Allah dan jujur dalam setiap apa dilakukan.”

Selain bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Allahyarham adalah antara tokoh ekonomi yang sangat menggalakkan pembelian emas sebagai pelaburan alternatif.

“Tiada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah negara ketika krisis 97/98, yang mana mata wang kita dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika. Mata wang dunia tidak lagi disokong oleh emas dan negara seperti Amerika Syarikat didapati boleh mengeluarkan seberapa banyak wang sesuka hati mereka,” katanya dalam satu ruangannya.

Allahyarham bersama rakan di sebuah syarikat perunding kewangan dikatakan ketika ini sedang mengusahakan cadangan untuk diusulkan kepada kerajaan bagi mewujudkan Bursa Saham Islam di negara ini.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Selamat Datang Ke www.HafizalRamli.com & www.hr.com.my

Bengkel Penyediaan Perakaunan Perniagaan Kecil & Sederhana, Bersama Tokoh Terkenal Tanahair, Diploma Eksekutif, Emas Pada Pandangan Saya, EZGuard...System Never Lies, Iklan & Promosi, Keratan Akhbar Mengenai HafizalRamli.com, Kerjaya di HR Syabas Consultancy, Keselamatan & Kesihatan (OSHA 1994), Kursus Asas Kraftangan Daun Getah, Kursus Asas Ternakan Ayam Kampung, Kursus Asas Usahawan Berjaya: Penyediaan Rancangan Perniagaan, Kursus Induksi Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Untuk Taska/Tadika, Kursus Kad Hijau CIDB, Kursus SHO & SSS, Lokasi HR Syabas Consultancy, Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar, Ph.D--->A Journey, Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD) CIDB, Program Peningkatan Kemahiran Industri / Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS/PKS), Pusat Latihan HR, Uncategorized, WebTV HafizalRamli.com No Comments »

banner8x2inci

BUNTING-4x2_SelamatTahunBaru

Selamat Datang Ke www.HafizalRamli.com & www.hr.com.my

Link Penting (download):

1. Brosur Program 2012 HR Syabas Consultancy
2. Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
3. Tarikh Kursus Mata CCD CIDB-HR 2012 : Negeri Pahang, Negeri Kelantan, Negeri Terengganu, Negeri Selangor, Borang Permohonan Kursus & Pekeliling CIDB Bil 2/2008
4. Pakej Pelajar Team Building HR Syabas Consultancy
5. Pakej Korporat Team Building HR Syabas Consultancy
6. Borang Permohonan Kursus Kad Hijau HR
7. Borang Permohonan Kursus SHOBrosur Kursus SHO
8. Borang Permohonan Sewa Pusat Latihan HR, Temerloh, Pelan / Peta Ke Pusat Latihan HR, Temerloh

===================================================================================

PENGUMUMAN

A) Permohonan Untuk Menyewa Pusat Latihan HR, Temerloh

Sukacita dimaklumkan pihak kami kini membuka ruang penyewaan Pusat Latihan HR terletak di Temerloh. Kedudukannya yang strategi iaitu terletak di tengah laluan utama ke pantai timur. Segala kelengkapan yang selesa dan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh PSMB.

Justeru, pihak kami mengalu-alukan kehadiran Tuan/Puan ke sini. Tuan/Puan dipersila untuk mendownload borang permohonan dan melihat persekitaran Pusat Latihan HR, Temerloh & Peta ke Pusat Latihan HR, Temerloh

B) Kursus Kad Hijau [download Borang Permohonan Kursus Kad Hijau HR]

Sukacita dimaklumkan pihak kami akan mengadakan kursus Sehari Kad Hijau CIDB pada setiap hari Sabtu yang akan diadakan di Pusat Latihan HR, Temerloh. Jika ada sebarang permintaan ke kawasan Tuan/Puan, kami akan ke sana. Syarat utama mengikuti kursus Kad Hijau ini ialah:

1. Peserta 40 orang / kelas

2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi (borang, gambar terkini ukuran pasport, salinan I/C / pasport, sijil – sijil berkenaan, surat pengesahan kerja oleh majikan). Muatturun borang di http://www.cidb.gov.my/v6/?q=en/content/703

3. Bayaran RM50 / peserta (yuran tidak termasuk makan dan sewaan tempat kursus)

4. Tidak pernah mengikuti kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan oleh CIDB dan NIOSH (SICW)

Untuk makluman, penyertaan kursus akan ditutup pada 7 hari bekerja sebelum kursus berkenaan dilaksanakan. Contoh sekiranya ingin mengikuti kursus pada Sabtu depan, tarikh tutup penyertaan pada hari Rabu minggu sebelumnya. Ini bertujuan untuk memproses borang dan mendaftarkan personel binaan ke pejabat CIDB berdekatan.

Sila hubungi 09-468 8984 / 86 atau hubungi Certified CIDB Trainer (Hafizal Ramli) 013-339 7732 untuk sebarang maklumat berkaitan kursus ini.

Sekian dimaklumkan.

C) Kursus Integriti Anjuran CIDB Negeri Pahang

Berikut adalah tarikh kursus Integriti yang dianjurkan oleh CIDB Negeri Pahang. Tempat akan dimaklumkan kemudian oleh pihak CIDB Negeri Pahang. Mohon rujuk ke pejabat CIDB Negeri Pahang 09-517 8734 untuk mendaftar dan mendapatkan borang penyertaan atau download di http://www.cidb.gov.my/v6/files/BorangKursusIntegriti.pdf

Tarikh Kursus Integriti CIDB Pahang:

28 Februari 2011
29 Mac 2011
26 April 2011
24 Mei 2011
21 Jun 2011
26 Julai 2011
20 September 2011
27 Oktober 2011
29 November 2011
22 Disember 2011

D) Wakil Korporat : Takaful Malaysia Berhad

1. Untuk Kontraktor (perkara wajib dalam surat tawaran kerja):
• Contractor All Risk (Polisi Insurans Kerja)
• Public Liability (Polisi Tanggungan Awam)
• Workmen’s Compensation (Polisi Pampasan Pekerja)
2. Takaful Kebakaran – Rumah, Bangunan dll
3. Takaful MySME : Perusahaan Ringan, Runcit, Makanan & Minuman, Pejabat & Perkhidmatan
4. Khairat Kematian – Berkumpulan (Koperasi, JKK dll)
5. Takaful Kemalangan Diri Berkelompok (Jangka Pendek) Rombongan, Lawatan dll
6. Polisi Kenderaan/Motor – Semua Jenis Kenderaan
7. Khidmat Memperbaharui Cukai Jalan (roadtax)

Kepada syarikat kontraktor yang ingin mendapatkan khidmat tambah nilai syarikat kami, mohon berhubung di talian 09-468 8984 / 86, 013-871 4988, 013-339 7732.

Sekian, dimaklumkan.

===================================================================================

7

< ?php easy_announcement(); ?>


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Pandangan Dato’ Salleh Majid berkenaan Pelaburan Emas

Emas Pada Pandangan Saya No Comments »

Pandangan Dato’ Salleh Majid berkenaan Pelaburan Emas

MINGGU ini saya bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.

Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari. Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus. Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.

Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas. Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal. Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB. Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas. Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan di seluruh negara.

Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama. Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.

Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.

Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum. Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan. Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund). Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal. Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita. Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.

DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Emas Perhiasan: Tips Menjadikannya sebagai Emas Yang Bernilai Sewaktu Menggadai atau Menjual

Emas Pada Pandangan Saya No Comments »

Emas Perhiasan: Tips Menjadikannya sebagai Emas Yang Bernilai Sewaktu Ingin Menggadai atau Menjual

(Info Emas Perhiasan: Emas dalam bentuk gelang, rantai, loceng yang dipakai di badan sebagai perhiasan)

1. Elakkan membeli emas perhiasan yang mempunyai batu permata dsb. Ini kerana secara langsung akan menjatuhkan nilaian emas tersebut. Contohnya dari emas 916 menjadi emas 750 atau lebih teruk emas 50 sahaja.

2. Elakkan membeli emas yang mempunyai bentuk loket tertutup dan lompong di dalamnya seperti loket emas kerana ia juga akan menjatuhkan nilaian emas tersebut. Ini kerana sewaktu anda ingin menggadai atau menjual emas jenis tersebut nilai sebenar emas tersebut tidak dapat dibaca. Maka jatuh gred dari 24k kepada 22k atau lebih teruk 17k sahaja.

3. Galakan membeli emas padu seperti rantai, gelang atau loket padu dan kosong tanpa sebarang batu permata sebagai hiasan. Nampak biasa sahaja namun nilaiannya pada masa hadapan amat tinggi berbanding dengan emas yang mempunyai aksesori tambahan.

4. Semasa membeli emas perhiasan, pastikan anda minta penjual menimbang emas pilihan anda depan mata anda. Ini untuk memastikan adakah gred emas tersebut sama dengan yang tercop di emas perhiasan tersebut. (Hanya terpakai untuk emas padu sahaja)

5. Pastikan anda mendapat resit atas belian emas tersebut tertera tarikh, nilaian, gram, jenis, gred emas. Ini berguna ketika anda ingin menjualnya kembali. Itu merupakan hak sebagai pembeli.

6. Anda gembira dan berpuashati dengan pembelian emas perhiasan pilihan anda.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA
WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in