Saya rasa anda baru sampai di WebBlog ini. Jangan lupa melanggan RSS feed blog supaya tidak ketinggalan info terkini dari saya. Sila subscribe di petak sebelah kanan blog. Dipersilakan ke bahagian Categories sekiranya anda mencari maklumat di dalam blog ini.

Pandangan Dato’ Salleh Majid berkenaan Pelaburan Emas

Emas Pada Pandangan Saya No Comments »

Pandangan Dato’ Salleh Majid berkenaan Pelaburan Emas

MINGGU ini saya bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.

Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari. Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus. Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.

Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas. Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal. Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB. Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas. Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan di seluruh negara.

Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama. Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.

Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.

Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum. Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan. Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund). Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal. Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita. Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.

DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Emas Perhiasan: Tips Menjadikannya sebagai Emas Yang Bernilai Sewaktu Menggadai atau Menjual

Emas Pada Pandangan Saya No Comments »

Emas Perhiasan: Tips Menjadikannya sebagai Emas Yang Bernilai Sewaktu Ingin Menggadai atau Menjual

(Info Emas Perhiasan: Emas dalam bentuk gelang, rantai, loceng yang dipakai di badan sebagai perhiasan)

1. Elakkan membeli emas perhiasan yang mempunyai batu permata dsb. Ini kerana secara langsung akan menjatuhkan nilaian emas tersebut. Contohnya dari emas 916 menjadi emas 750 atau lebih teruk emas 50 sahaja.

2. Elakkan membeli emas yang mempunyai bentuk loket tertutup dan lompong di dalamnya seperti loket emas kerana ia juga akan menjatuhkan nilaian emas tersebut. Ini kerana sewaktu anda ingin menggadai atau menjual emas jenis tersebut nilai sebenar emas tersebut tidak dapat dibaca. Maka jatuh gred dari 24k kepada 22k atau lebih teruk 17k sahaja.

3. Galakan membeli emas padu seperti rantai, gelang atau loket padu dan kosong tanpa sebarang batu permata sebagai hiasan. Nampak biasa sahaja namun nilaiannya pada masa hadapan amat tinggi berbanding dengan emas yang mempunyai aksesori tambahan.

4. Semasa membeli emas perhiasan, pastikan anda minta penjual menimbang emas pilihan anda depan mata anda. Ini untuk memastikan adakah gred emas tersebut sama dengan yang tercop di emas perhiasan tersebut. (Hanya terpakai untuk emas padu sahaja)

5. Pastikan anda mendapat resit atas belian emas tersebut tertera tarikh, nilaian, gram, jenis, gred emas. Ini berguna ketika anda ingin menjualnya kembali. Itu merupakan hak sebagai pembeli.

6. Anda gembira dan berpuashati dengan pembelian emas perhiasan pilihan anda.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Fakta Emas Yang Patut Saya dan Anda Ketahui

Emas Pada Pandangan Saya 1 Comment »

Fakta Emas Yang Patut Saya dan Anda Ketahui

# Ahli kimia tidak pernah berjaya menghasilkan emas tiruan kerana sifat logam berkenaan sukar ditiru.
# Sifat emas tulen adalah lembut paling boleh ditempa dan dibentuk.
# Emas asli boleh disahkan tulen melalui dua cara mudah iaitu apabila digigit, ia meninggalkan kesan lekuk gigi, kedua apabila dibakar atau dicairkan, ia tidak berubah warna.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Cerita Gold Bar Pamp Suisse di Hari Raya

Emas Pada Pandangan Saya 3 Comments »

PampSuisse1

Sumber: http://www.tulving.com/bullion/gold_bar_pamp_suisse.htm

Raya ke 3 saya bersama keluarga abang ipar berjalan-jalan di Angsana Johor. Kebetulan di aras satu saya ternampak Habib dan Wah Chan bertentangan. Jadi saya mengambil keputusan untuk ke Wah Chan terlebih dahulu sambil bertanyakan adakah gold bar dijual di situ. Seakan tidak percaya orang bertugas ketika itu memandang kami dengan agak lama seperti kehairanan. Ermm…saya dah agak apa yang ada dalam fikiran beliau. Beliau meminta kami tunggu sebentar sambil memanggil seorang lagi (saya kira supervisor berdasarkan warna baju yang dipakainya).

Sekali lagi saya bertanya adakah gold bar Pamp Suisse di jual di sini. Beliau menyatakan kepada saya bahawa saya perlu tunggu sebulan untuk tempahan. Manakala harganya pula berdasarkan hari pada pamp suisse itu dijual.(dah agak dah…)

(info: menurut kata supervisor tersebut, ini baru kali pertama orang melayu bertanyakan padanya berkenaan pamp suisse di kedai tersebut, kebiasaannya orang cina yang selalu membeli terutama yang dah berumur)

Saya tersenyum sendirian.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA
WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in