Iklan @ Promosi di HafizalRamli.com
Iklan & Promosi No Comments »Setelah meneliti cadangan dan pendapat para sahabat, sukacitanya saya memaklumkan bahawa saya membuka ruangan iklan di www.HafizalRamli.com
Syarat WAJIB jika ingin mengiklankan iklan atau promosi di www.HafizalRamli.com:
1. Ke dua-dua belah pihak mendapat manafat bersama.
2. Tidak melanggar etika dan perundangan di Malaysia.
3. Saya akan tapis dahulu iklan tersebut.
(Info: HafizalRamli.com tidak mengenakan sebarang cas bayaran di sini…PERCUMA. Hubungi saya untuk maklumat lanjut)
Justeru, rebut peluang keemasan ini.
Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA
Usahawan Kerjaya Pilihan 3 – Ros Chalet & Strawberry Farm Cameron Highlands
Iklan & Promosi, Kursus Asas Usahawan Berjaya: Penyediaan Rancangan Perniagaan, Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar 4 Comments »Ketika saya mengendalikan kursus Modul Bisnes di Cameron Highlands, saya berpeluang berkenalan dengan En Zulkiflie, salah seorang pengusaha home stay/chalet/strawberry farm di Kg Taman Sedia, Cameron Highlands. Beliau turut mempunyai produk sendiri berasaskan strawberi iaitu home made jem dan jus strawberi.
Saya dibawa berjalan di sekitar kawasan beliau. Pada pandangan saya, beliau bijak menggunakan setiap ruang yang ada di kawasan rumahnya. Di kiri, kanan, depan dan belakang rumah beliau dikelilingi oleh chalet dan kawasan ladang strawberi.
Saya teruja berada di chalet beliau kerana bersebelahan chalet tersebut merupakan ladang strawberi yang mana kita boleh memetik sendiri strawberi tersebut. Dah petik terus saya makan. Di samping itu, jika kita mempunyai anak-anak, bolehlah bermandi manda di sungai yang berada di belakang chalet tersebut sambil bersantai di ruang yang disediakan. Erm…tak rugi rasanya bermalam di Ros Chalet ini. Harga pun amat berpatutan.
Bagi saya, inilah yang dikatakan pemikiran seorang usahawan menggunakan seoptimumnya ruang dan peluang yang ada.
Jadi, apa lagi…rancanglah percutian anda dan keluarga di Ros Chalet di Cameron Highlands.
Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA
Usahawan Kerjaya Pilihan 2 – www.AzinumCookies.com
Iklan & Promosi, Kursus Asas Usahawan Berjaya: Penyediaan Rancangan Perniagaan, Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar No Comments »Sabtu lepas saya berpeluang ke Johor untuk satu program berkaitan usahawan. Sewaktu sesi soal jawap saya tertarik dengan seorang peserta ini.
Saya bekenalan dengan Pn Hjh Tominum di antara peserta yang baru 3 tahun menceburi bidang usahawan pembuatan kuih. Apa yang saya lihat kesungguhan beliau sewaktu mengikuti kursus ini.
Saya dipelawa oleh beliau ke tempat perniagaan beliau. Sesampai di sana saya amat terkejut. Ini kerana beliau mempunyai sebuah mini kilang untuk menjalankan aktiviti perniagaan beliau hasil bantuan daripada Jabatan Pertanian Kota Tinggi, Johor.
Apa yang menarik lagi produk utama beliau iaitu kuih bangkit sagu rumbia telah tersusun rapi menanti untuk diedarkan.
Beliau membawa saya berjalan di sekitar kilang mini dan saya dapati ianya memang sesuai dan selesa. Bangunan baru kilang mini beliau dalam proses 80% siap bersebelahan dengan tempat mengadun bahan kuih.
Beliau meminta pendapat saya bagaimana untuk mendapatkan pasaran yang lebih luas lagi. Setakat ini produk beliau telah melepasi ke Singapura. Justeru itu saya mencadangkan agar beliau mempunyai “kedai online” yang menjadikan produk beliau mudah diakses di internet.
Justeru itu, saya membantu Ph Hjh Tominum merialiasikan hasrat beliau untuk mempunyai sebuah kedai online.
Maka wujudlah www.AzinumCookies.com
Pengajaran:
1. Jangan malu untuk belajar sesuatu biarpun pada usia yang lewat dan tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi.
2. Usaha bersungguh – sungguh.
Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA


ID Facebook, Skype, Oovoo, YM: hafizalramli
-----------------------------------------------------
HR Skill Training & Consultancy Sdn Bhd Merupakan Wakil Korporat Takaful Malaysia:
-----------------------------------------------------









Recent Comments