Saya rasa anda baru sampai di WebBlog ini. Jangan lupa melanggan RSS feed blog supaya tidak ketinggalan info terkini dari saya. Sila subscribe di petak sebelah kanan blog. Dipersilakan ke bahagian Categories sekiranya anda mencari maklumat di dalam blog ini.

Berita HafizalRamli.com di Akhbar Sinar Harian 17/12/2009

Keratan Akhbar Mengenai HafizalRamli.com, Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD) CIDB No Comments »

KeratanAkhbarSinarHarian17122009


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Berita HR Syabas Consultancy di Akhbar Sinar Harian 26/10/2009

Keratan Akhbar Mengenai HafizalRamli.com, Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar, Uncategorized No Comments »

http://www.sinarharian.com.my/pahang/content/story5341043.asp

Motivator sedia bantu anak Felda

JENGKA – Seorang anak jati Pahang, mengambil inisiatif menubuhkan sebuah syarikat perunding dalam bidang pendidikan, semata-mata bertujuan membantu meningkatkan taraf pendidikan anak Felda.

Hafizal Ramli berkata, tujuan beliau menubuhkan syarikat berkenaan adalah untuk membantu pelajar daripada kalangan anak peneroka di kawasan berkenaan yang menghadapi sebarang masalah dalam pelajaran.

Menurut Hafizal, setakat ini syarikat perunding miliknya menjadi satu-satunya syarikat perunding pendidikan yang beroperasi dalam kawasan lingkungan 50 kilometer.

“Dengan kewujudan HR Syabas Consultancy, masyarakat, terutama pelajar dan belia di Felda ini lebih mudah mendapatkan perkhidmatan berkaitan tanpa perlu mencari syarikat perunding lain dari luar kawasan ini.

“Niat saya menyediakan perkhidmatan perundingan pendidikan di sini adalah untuk membantu anak-anak Felda supaya mereka dapat mencapai kejayaan dalam pelajaran dan membantu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

“Sebelum ini, mereka terpaksa menyediakan modal yang banyak untuk mendapatkan khidmat perundingan dari luar. Apabila saya sudah menyediakan perkhidmatan ini di sini, kos mereka itu dapat dikurangkan, sedangkan kualiti perundingan yang diberi sama,” katanya.

Hafizal merupakan bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara cawangan Pahang, kini sedang menyambung pengajiannya ke peringkat Ijazah Kedoktoran PhD di sebuah universiti tempatan setelah berjaya mendapatkan Sarjana Ekonomi (Perancangan dan Pembangunan).

Menurut Hafizal, dia mula mengambil alih syarikat berkenaan pada Februari lalu dan pantas berkembang kerana ramai pihak dari luar kawasan ini yang menggunakan perkhidmatannya dan berharap masyarakat setempat juga mengambil peluang yang disediakan.

Menurutnya, syarikatnya yang memberi perkhidmatan kepada masyarakat setempat ini mempunyai kekuatan tersendiri.

“HR Syabas Consultancy juga telah mendapat surat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk mengendalikan program motivasi atau ‘Team Building’ di seluruh sekolah negeri Pahang dan merupakan ahli yang berdaftar dengan Pertubuhan Perunding Latihan Dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

“Dengan kekuatan yang dimiliki, kami yakin dapat memberi perkhidmatan terbaik untuk masyarakat setempat demi memastikan kita semua dapat mencapai kecemerlangan,” katanya.

Hafizal yang juga seorang motivator telah mengadakan bengkel, seminar, ceramah dan kursus untuk pelajar dan kakitangan untuk latihan dalam perkhidmatan, terutama dalam kursus pembentukan pasukan.

“Apa yang saya harapkan, perkhidmatan yang saya sediakan ini dapat memberi manfaat kepada anak-anak peneroka, khususnya dan masyarakat supaya mereka tahu arah tujuan mereka pada masa hadapan,” katanya kepada Sinar Harian.

SinarHarian22102009


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA