Saya rasa anda baru sampai di blog ini. Jangan lupa melanggan RSS feed blog supaya tidak ketinggalan info terkini dari saya. Sila subscribe di petak sebelah kanan blog. Dipersilakan ke bahagian Categories sekiranya anda mencari maklumat di dalam blog ini.

Terima Kasih Kepada Para Pembeli Ayam Kampung

Kursus Asas Ternakan Ayam Kampung 2 Comments »

Kami mengucapkan terima kasih kepada para pembeli yang membeli ayam kampung dari kami. Ada yang datang sejauh negeri Melaka untuk membeli stok ayam kampung kami.

Justeru itu, sukacitanya kami memaklumkan bahawa stok anak ayam kampung yang berusia di antara 4-6 minggu dihentikan jualannya memandangkan stok berkenaan amat berkurangan. Jualan telur ayam kampung untuk penetasan juga dihentikan sementara bagi memberi peluang rehat untuk ibu-ibu ayam. (Ibu sihat, telur pun sihat).

Untuk stok ayam kampung yang berusia lebih 8 minggu, stok berkenaan tersedia untuk dipasarkan.

Sekian untuk makluman.

ayam1


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

2 Jenis Bakat Bisnes

Kursus Asas Kraftangan Daun Getah, Kursus Asas Ternakan Ayam Kampung, Kursus Asas Usahawan Berjaya: Penyediaan Rancangan Perniagaan, Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar 1 Comment »

http://puanainonmohd.blogspot.com/2010/02/2-jenis-bakat-bisnes.html

2 Jenis Bakat Bisnes

Ada dua jenis orang bisnes:

(i) Entrepreneur: Mereka menjalankan modal mereka sendiri dengan menubuhkan syarikat sendiri. Manusia jenis ini mempunyai ciri-ciri psikologinya sendiri.

(ii) Intrapreneur: Mereka bertugas dalam syarikat dan menjalankan modal yang dimiliki oleh pemegang saham. Golongan ini mempunyai ciri-ciri psikologinya sendiri.

Banyak orang korporat yang amat berjaya di tempat kerja mereka, kemudian mereka berhenti kerja dan membuka bisnes sendiri, kerana mereka yakin jika mereka boleh buat berjuta-juta untuk syarikat orang lain, maka tentu mereka boleh buat berjuta-juta untuk syarikat milik sendiri.

Kemudian mereka gagal, kerana mereka mempunyai bakat intrapreneur, bukan bakat entrepreneur.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Simpanan persaraan untuk individu bekerja sendiri bermula 3 Januari 2010

Bengkel Penyediaan Perakaunan Perniagaan Kecil & Sederhana, Kursus Asas Kraftangan Daun Getah, Kursus Asas Ternakan Ayam Kampung, Kursus Asas Usahawan Berjaya: Penyediaan Rancangan Perniagaan, Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD) CIDB No Comments »

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20091223001203/Article/index_html

Skim caruman 1Malaysia dilancar
Oleh Shahrizan Salian
shahrizan@bharian.com.my

Simpanan persaraan untuk individu bekerja sendiri bermula 3 Januari depan

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang bekerja sendiri boleh mula mencarum dalam Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia dengan kadar minimum RM50 dan maksimum RM5,000 sebulan mulai 3 Januari depan sebagai simpanan untuk persaraan mereka.

Pencarum akan menerima dividen tahunan tetap sebanyak lima peratus yang disumbangkan oleh kerajaan, tertakluk kepada jumlah maksimum RM60 setahun, selama lima tahun bermula tahun depan hingga 2014.

Skim yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2010 Oktober lalu juga memberi peluang kepada pencarum menikmati dividen tambahan yang akan tetapkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Skim itu dibuka kepada individu bekerja sendiri seperti petani, nelayan, pemandu teksi, penjaja, peniaga pasar malam, ejen hartanah, golongan bekerja bebas seperti deejay, tenaga pengajar kesihatan dan kecergasan, penyanyi dan pelakon serta pemilik perniagaan dalam talian.

Ketua Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol, dalam satu kenyataan semalam, berkata tidak seperti skim simpanan KWSP biasa, jumlah yang dicarumkan bergantung kepada kemampuan pencarum.

“Ahli boleh memilih caruman minimum RM50 sehingga RM5,000 sebulan. Caruman adalah secara sukarela dan tidak perlu caruman setiap bulan,” katanya.

Mereka yang berminat perlu mengisi Borang KWSP 16G(1M) yang boleh diperoleh di cawangan KWSP seluruh negara atau memuat turun dari laman web myEPF di www.kwsp.gov.my mulai 3 Januari depan dan dikembalikan ke cawangan berdekatan KWSP atau melalui serahan mel.

Bagaimanapun, mereka yang belum menjadi ahli KWSP perlu berdaftar sebagai ahli dengan mengisi Borang KWSP 3 dan mengemukakannya kepada KWSP sebelum memohon menyertai skim ini.

Simpanan boleh didepositkan secara tunai atau cek menggunakan Borang KWSP 6A(2) di Kaunter Bayaran KWSP seluruh negara.

Ahli KWSP sedia ada yang kini bekerja sendiri layak menyertai skim baru ini dan pengeluaran simpanan tertakluk kepada syarat dan prosedur semasa KWSP.

Bagaimanapun, beliau berkata, ahli digalakkan mencarum secara berterusan tidak kira berapa jumlahnya kerana disiplin amat perlu apabila menyimpan untuk persaraan.

Untuk keterangan lanjut, sila kunjungi pejabat KWSP berdekatan atau hubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000 atau layari laman web myEPF di www.kwsp.gov.my.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Ready Stok Ayam Kampung Ori Untuk Dijual

Kursus Asas Ternakan Ayam Kampung No Comments »

AyamKampungUntukDijual
Ready Stok Ayam Kampung Ori Untuk Dijual

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli ayam kampung ori sehingga 200 ekor, kami ada stok tersebut. Harga RM15/kilo. Pengangkutan: sendiri.

Jika berminat, maklumkan kepada kami 3 hari lebih awal untuk tujuan pengumpulan ayam-ayam kampung ori tersebut (makluman: ayam kampung ori kami bebas bergerak, kalau nak tangkap hanya pada waktu malam).

Jika berminat, sila hubungi terus saya di talian 013-339 7732.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA
WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in