Saya rasa anda baru sampai di WebBlog ini. Jangan lupa melanggan RSS feed blog supaya tidak ketinggalan info terkini dari saya. Sila subscribe di petak sebelah kanan blog. Dipersilakan ke bahagian Categories sekiranya anda mencari maklumat di dalam blog ini.

Ready Stok Ayam Kampung Ori Untuk Dijual

Kursus Asas Ternakan Ayam Kampung 2 Comments »

AyamKampungUntukDijual
Ready Stok Ayam Kampung Ori Untuk Dijual

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli ayam kampung ori sehingga 200 ekor, kami ada stok tersebut. Harga RM15/kilo. Pengangkutan: sendiri.

Jika berminat, maklumkan kepada kami 3 hari lebih awal untuk tujuan pengumpulan ayam-ayam kampung ori tersebut (makluman: ayam kampung ori kami bebas bergerak, kalau nak tangkap hanya pada waktu malam).

Jika berminat, sila hubungi terus saya di talian 013-339 7732.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Penangguhan Kursus Asas Ternakan Ayam Kampung Pada 5 Disember 2009

Kursus Asas Ternakan Ayam Kampung No Comments »

Penangguhan Kursus Asas Ternakan Ayam Kampung Pada 5 Disember 2009

Sukacitanya kami memaklumkan bahawa kursus ini ditangguhkan kepada suatu tarikh akan datang. Ini berikutan jumlah mimima penyertaan peserta tidak mencukupi.

Justeru itu, pihak kami akan menghubungi setiap peserta yang telah membuat bayaran RM150 untuk proses pemulangan yuran tersebut.

Harap maklum.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Personaliti dalam perniagaan

Bengkel Penyediaan Perakaunan Perniagaan Kecil & Sederhana, Kursus Asas Kraftangan Daun Getah, Kursus Asas Ternakan Ayam Kampung, Kursus Asas Usahawan Berjaya: Penyediaan Rancangan Perniagaan, Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar, Program Peningkatan Kemahiran Industri / Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS/PKS) No Comments »

Personaliti dalam perniagaan

Personaliti dalam perniagaan
Posted by Irfan Khairi under Tip Perniagaan

Beri personaliti kepada perniagaan anda. Perniagaan yang mempunyai “personaliti” sering kali lebih mendapat sambutan berbanding dengan perniagaan yang tidak mengetengahkan seorang personaliti.

Ini adalah kerana, ‘personaliti’ memberi sentuhan ‘manusia’ kepada perniagaan anda. Manusia lebih mudah relate dengan manusia berbanding dengan sebuah entiti perniagaan.

Bila sebut RahsiaInternet, personaliti Irfan Khairi akan datang ke fikiran. Tidak ramai yang kenal True Wealth Sdn Bhd, tetapi kalau sebut Azizi Ali, semuanya kenal. Microsoft? Bill Gates. Dell Computers? Michael Dell.

Tidak kira walaupun untuk perniagaan kecil-kecilan, ketengahkan seorang personaliti- diri anda sendiri! Seperti saya kata sebelum ini, dalam perniagaan, kita tidak boleh malu-malu 🙂

Boleh anda namakan perniagaan-pernigaan popular yang menjadi popular oleh personalitinya?

Pendapat Anda?


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Kursus Asas Ternakan Ayam Kampung Pada 5 Disember 2009

Kursus Asas Ternakan Ayam Kampung 1 Comment »

Dengan lafaz Bismillah secara rasminya Kursus Asas Ternakan Ayam Kampung dibuka pada umum. Berikut adalah maklumatnya:

Program            : Kursus Asas Ternakan Ayam Kampung
Tempat              : Dewan Mesyuarat JKK Kg Shafie Manchis, Bentong, Pahang
Anjuran             : HR Syabas Consultancy
Tarikh             : 5 Disember 2009
Hari                     : Sabtu
Masa                   : 9.00 pagi – 5.00 petang
Penyertaan      : 30 orang sahaja
Sasaran             : Orang Awam Yang berminat
Yuran                : RM150.00 (Sijil, Nota Kursus, Minum Pagi, Makan Tengahari, Minum Petang)
Tarikh Tutup : 12 November 2009 jam 6.00 petang
Penyertaan   : DIBUKA

Tentatif      :
9.00  am – 10.00am    – Pendaftaran & Minum Pagi di Dewan Mesyuarat JKKK Kg Shafie Manchis, Bentong, Pahang
10.00am – 12.30pm    – Pengenalan & Ceramah Kursus Asas Ternakan Ayam Kampung
12.30pm – 2.30pm        – Rehat & Makan Tengahari Istimewa
2.30pm   – 4.30pm        – Lawatan Tapak 1 : Ternakan Ayam Kampung:
Kg Shafie Manchis
– Lawatan Tapak 2 : Ternakan Ayam Kampung:
Ladang Ternakan Ayam Kampung HR Syabas Consultancy,
Kg Hayat, Simpang Pelangai
4.30pm   – 5.00pm        – Penangguhan Majlis, Penyampaian Sijil, Minum Petang & Bersurai

* Borang pengesahan penyertaan boleh didapati secara percuma di pejabat @ download di sini
* Tarikh tutup penyertaan 3 minggu sebelum berlangsungnya program
* Sekiranya ada di antara peserta yang memerlukan penginapan semalam, pihak JKK Kg Shafie ada menyediakan penginapan HomeStay. Sila berhubung dengan kami untuk maklumat tersebut.
* Sebarang pertanyaan / informasi sila hubungi: 09-468 8984 (Pejabat) @ 013-339 7732 (Hafizal)
* Tarikh kursus akan ditutup awal jika kuota peserta telah penuh. Harap Maklum

Untuk mengetahui lokasi kursus, layari http://maps.google.com.my di sebelah kanan website ini (carian dalam kotak Google Search) dan taipkan “Kursus Asas Ternakan Ayam Kampung”


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA