Saya rasa anda baru sampai di WebBlog ini. Jangan lupa melanggan RSS feed blog supaya tidak ketinggalan info terkini dari saya. Sila subscribe di petak sebelah kanan blog. Dipersilakan ke bahagian Categories sekiranya anda mencari maklumat di dalam blog ini.

Personaliti dalam perniagaan

Bengkel Penyediaan Perakaunan Perniagaan Kecil & Sederhana, Kursus Asas Kraftangan Daun Getah, Kursus Asas Ternakan Ayam Kampung, Kursus Asas Usahawan Berjaya: Penyediaan Rancangan Perniagaan, Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar, Program Peningkatan Kemahiran Industri / Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS/PKS) No Comments »

http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/personaliti-dalam-perniagaan/

Personaliti dalam perniagaan
Posted by Irfan Khairi under Tip Perniagaan

Beri personaliti kepada perniagaan anda. Perniagaan yang mempunyai “personaliti” sering kali lebih mendapat sambutan berbanding dengan perniagaan yang tidak mengetengahkan seorang personaliti.

Ini adalah kerana, ‘personaliti’ memberi sentuhan ‘manusia’ kepada perniagaan anda. Manusia lebih mudah relate dengan manusia berbanding dengan sebuah entiti perniagaan.

Bila sebut RahsiaInternet, personaliti Irfan Khairi akan datang ke fikiran. Tidak ramai yang kenal True Wealth Sdn Bhd, tetapi kalau sebut Azizi Ali, semuanya kenal. Microsoft? Bill Gates. Dell Computers? Michael Dell.

Tidak kira walaupun untuk perniagaan kecil-kecilan, ketengahkan seorang personaliti- diri anda sendiri! Seperti saya kata sebelum ini, dalam perniagaan, kita tidak boleh malu-malu :)

Boleh anda namakan perniagaan-pernigaan popular yang menjadi popular oleh personalitinya?

Pendapat Anda?


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Operasi HR Syabas Consultancy Sepanjang Ramadhan dan Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2009

Bengkel Penyediaan Perakaunan Perniagaan Kecil & Sederhana, Kursus Asas Kraftangan Daun Getah, Kursus Asas Ternakan Ayam Kampung, Kursus Asas Usahawan Berjaya: Penyediaan Rancangan Perniagaan, Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar, Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD) CIDB, Program Peningkatan Kemahiran Industri / Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS/PKS), Uncategorized No Comments »

Salam kepada Tuan/Puan. Apa khabar? kami mengharapkan agar Tuan/Puan beroleh kesejahteraan di bawah naungan-Nya.

Dimaklumkan bermula 22 Ogos sehingga 18 September 2009, syarikat kami akan beroperasi sepanjang Bulan Ramadhan yang mulia ini seperti berikut:

Hari   : Isnin – Sabtu
Masa : 8.30am – 5.00pm
Cuti   : Ahad

Manakala Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2009, syarikat akan bercuti mulai:

Tarikh: 19 hingga 27 September 2009

Syarikat akan beroperasi seperti biasa pada 28 September 2009.

Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009.

Harap Maklum, Wassalam.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Usahawan Kerjaya Pilihan 1

Bengkel Penyediaan Perakaunan Perniagaan Kecil & Sederhana, Kursus Asas Usahawan Berjaya: Penyediaan Rancangan Perniagaan, Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar No Comments »

Saya berasa berbangga kerana anak didik saya subjek ETR (entrepreneurship) di UiTM mengambil inisiatif dan peluang menubuhkan perniagaan fast food di lokasi strategi berhampiran bangunan/kelas tutorial.

Mereka mempunyai syer seramai 4 orang yang menjalankan tugas berbeza namun cekap dalam mengedalikan tugas masing-masing. Di sini saya bertindak sebagai penasihat tak rasmi mereka. Disamping itu, saya turut membantu menyumbang bekas ais, lampu panjang kalimantang dan wayar gulung 10 meter untuk memastikan operasi jualan mereka tidak bergelap di malam hari.

Setelah mengaplikasi S.W.O.T analisis, mereka menjual hanya makanan yang menjadi tumpuan. Konsep cepat dimasak…mudah dan kenyang dimakan…kualiti diutamakan disamping harga mampu menjadikan jualan gerai mereka ini laris.

Syabas diucapkan….haaa…kepada pelajar yang lain,  sudi-sudilah mampir ke gerai kami.

2

1

4

3


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Talian Pejabat & Faks Selamat Digunakan Semula

Bengkel Penyediaan Perakaunan Perniagaan Kecil & Sederhana, Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar, Uncategorized No Comments »

Salam,

Makluman kepada Tuan/Puan, talian pejabat kami 09-468 8984 & talian faks 09-468 8985 selamat digunakan semula hari ini setelah kerosakan Telekom diperbaiki.

Harap maklum.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA
WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in