Saya rasa anda baru sampai di WebBlog ini. Jangan lupa melanggan RSS feed blog supaya tidak ketinggalan info terkini dari saya. Sila subscribe di petak sebelah kanan blog. Dipersilakan ke bahagian Categories sekiranya anda mencari maklumat di dalam blog ini.

Pusat jagaan kanak-kanak tanpa lesen diarah tutup

Kursus Induksi Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Untuk Taska/Tadika No Comments »

http://www.hmetro.com.my/articles/Pusatjagaankanak-kanaktanpalesendiarahtutup/Article

Pusat jagaan kanak-kanak tanpa lesen diarah tutup

GEORGE TOWN: Pusat jagaan kanak-kanak yang tidak mempunyai lesen di sini, telah diarah untuk menghentikan operasi berikutan insiden seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui lemas dalam besen bilik air semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang Phee Boon Poh berkata pihaknya telah menyerahkan surat kepada pemilik pusat jagaan itu agar menghentikan operasinya.

“Siasatan awal pihak kami mendapati pusat jagaan kanak-kanak yang terletak di Paya Terubong itu tidak memiliki lesen untuk mendirikan pusat berkenaan dan tidak mempunyai permit untuk beroperasi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua pusat jagaan, tabika dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) seharusnya memohon permit dan lesen daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pendidikan atau kerajaan tempatan.

“Pihak JKM masih menjalankan siasatan dan satu laporan lengkap berkenaan pusat itu akan siap selewat-lewatnya akhir minggu ini,” katanya.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Bayi mati sesak nafas di rumah pengasuh

Kursus Induksi Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Untuk Taska/Tadika 3 Comments »

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bayimatisesaknafasdirumahpengasuh/Article

Bayi mati sesak nafas di rumah pengasuh

2011/01/12
KULIM: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang mengalami kesukaran bernafas di rumah pengasuhnya meninggal dunia di Hospital Kulim di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Mohd Salleh, berkata bayi itu, Adruce Armand Dhani dihantar ibunya Norjehan Saunjandi, 35, seorang jurutera kanan kilang ke sebuah rumah yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya untuk dijaga seorang ibu tunggal berusia 54 tahun, kira-kira jam 8.30 pagi semalam.
“Kira-kira jam 1 tengah hari suami Norjehan, Amir Faris Abdul Rahim, 34, mendapat panggilan telefon memaklumkan anaknya itu berada di wad Hospital Kulim kerana ‘sakit sedikit’,” katanya kepada BERNAMA ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata, setibanya di hospital pada jam 1.30 petang, Amir Faris mendapat pengesahan daripada doktor bahawa anaknya sudah meninggal dunia.

Polis kini menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian bayi berkenaan, katanya.

Sementara itu Amir Faris ketika ditemui BERNAMA di rumahnya di Taman Kulim Technocity II, Kulim Hi-Tech Park (KHTP) di sini berkata, pagi semalam beliau menghantar anak sulungnya Adam Arrayan, 2, ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak di kawasan perumahan itu, manakala isterinya pula menghantar anak kedua mereka ke rumah pengasuh berkenaan sebelum mereka ke tempat kerja di Kilang Silterra, KHTP.

Beliau berkata, ketika dibawa ke rumah pengasuh berkenaan, anaknya tidak menunjukkan keadaan tidak sihat.
Katanya, beliau mendapat dua panggilan telefon tengah hari semalam iaitu satu panggilan daripada seseorang yang tidak dikenali dan satu lagi daripada pihak hospital memintanya ke hospital kerana anaknya dimasukkan ke wad.

“Saya bertanya kepada pengasuh dan dimaklumkan wanita berkenaan mendapati bayi saya berada dalam keadaan tertiarap di tempat tidur setelah dia keluar dari bilik air,” katanya.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Kursus Induksi Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Untuk Taska/Tadika

Kursus Induksi Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Untuk Taska/Tadika No Comments »

Pembukaan 2011 pihak kami merancang untuk mengadakan Kursus Induksi Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Untuk Taska/Tadika khusus untuk para pengusaha taska dan tadika seluruh negara.

Telah berbincang dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Respon amat-amat menggalakan. Kini sedang membangunkan modul yang bersesuaian untuk kursus ini.

Sama-sama kita doakan.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA