Saya rasa anda baru sampai di blog ini. Jangan lupa melanggan RSS feed blog supaya tidak ketinggalan info terkini dari saya. Sila subscribe di petak sebelah kanan blog. Dipersilakan ke bahagian Categories sekiranya anda mencari maklumat di dalam blog ini.

Kesarjanaan mantap bentuk minda masyarakat cemerlang

Ph.D--->A Journey No Comments »

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Rencana/20100205224143/Article/index_html

Kesarjanaan mantap bentuk minda masyarakat cemerlang
Dr Zaini Ujang

KESARJANAAN bukan suatu kerjaya. Jika ditelusuri sejarah dunia, kita dapati kesarjanaan lebih bersifat peranan dan tanggungjawab, bukan sejenis pekerjaan. Hakikatnya kesarjanaan mempunyai kepentingan dan pengaruhnya tersendiri untuk mewarna dan membangunkan minda masyarakat sebelum terbina sesebuah negara atau tamadun. Itulah sebabnya kemunculan sesebuah tamadun besar biasanya dilatari tradisi kesarjanaan yang mantap.

Kesarjanaan menyediakan kerangka pemikiran dan idealisme dalam pelbagai dimensi. Kemeriahan suasana wacana ilmiah yang menjadi bukti kewujudan sesebuah ekosistem kesarjanaan walaupun kadangkala hangat dengan pelbagai sudut pandang yang tampak bercanggah adalah suatu kemestian untuk menyegarkan daya fikir dan dinamisme sesebuah masyarakat.

Itu juga adalah antara petunjuk potensi dan kemajuan sesebuah negara. Hal ini boleh dinilai menerusi media massa dan forum ilmiah terutama di universiti. Kedua-dua institusi moden ini menyediakan wadah percambahan fikiran dan perdebatan secara beradab.

Perlu juga disebutkan bahawa dalam dunia moden, khususnya sebelum Perang Dunia Pertama, peranan kesarjanaan secara sistematik dikaitkan sebagai suatu kerjaya di universiti. Max Waber, pemikir tersohor Jerman, mengemukakan gagasan ‘kesarjanaan sebagai kerjaya’ menerusi penubuhan universiti moden kira-kira 100 tahun lalu.

Peranan universiti moden ini tidak lagi terhad kepada penyediaan prasarana untuk pengajaran dan pembelajaran seperti tradisi hampir semua institusi pengajian dalam pelbagai tamadun, termasuk Islam dan Eropah. Malah peranan penyelidikan mula diperkenalkan yang menyediakan pekerjaan kepada ahli falsafah, ahli agama, ahli fikir dan ahli sains.

Secara tidak langsung, ‘kesarjanaan’ mendapat tempat di universiti moden sebagai satu idealisme dan juga sistem akademik. Ketika inilah bermulanya tradisi penyelidikan dengan ijazah doktor falsafah (PhD) sebagai ‘lesen’ untuk menganggotai komuniti akademik sama ada sebagai pelajar atau pengajar. Sistem ini kemudian turut dilaksanakan di Amerika Syarikat dan kebanyakan negara Eropah selepas Perang Dunia Pertama.

Bagaimanapun ‘kesarjanaan’ bukan hanya berkembang di universiti. Selain tokoh sarjana di kalangan penulis, institusi prihatin sosial terutama media massa, jemaah fikir (think tank) dan agensi penyelidikan juga melaksanakan peranan kesarjanaan dalam pelbagai bidang. Dalam konteks sains dan teknologi, badan korporat mempunyai pusat penyelidikan sendiri yang menjadi nadi perkembangan ilmu dan kepakaran dalam bidang berkaitan yang dikembangkan berdasarkan sesuatu bidang perniagaan.

Kadang-kala perkembangan ‘kesarjanaan’ di luar kampus dan media massa lebih meriah dan subur. Tokoh sarjana tidak semestinya tokoh akademik. Demikian juga di kalangan penyelidik dan pemikir terulung. Inilah antara persoalan yang cuba saya bincangkan dalam siri pertama Syarahan Anugerah Merdeka pada 9 Februari ini berjudul ‘A Scholarship Voyage: Academic Iconism, Innovation Ecosystem and Water Sustainability.’

Syarahan itu bertujuan memberi perspektif baru betapa kesarjanaan perlu diberi penekanan dalam konteks pembangunan pengajian tinggi. Pada hemat saya, peranan kesarjanaan yang digagaskan Max Waber itu semakin pudar di universiti kerana falsafah ilmu yang tidak jelas dan tumpuan keterlaluan kepada bidang pengkhususan. Akhirnya kesarjanaan, apatah lagi ketokohan sarjana tidak lagi menyerlah.

Saya mempunyai banyak sebab membicarakan hal ini. Selain untuk cuba mendokumentasikan pengalaman dan pemikiran mengenai pengajian tinggi, syarahan itu adalah wacana mengenai kerangka besar dan gagasan ideal, di luar kerangka operasi dan urusan rutin. Wacana adalah resam penting budaya ilmu.

Wacana juga perlu menjadi amalan hidup yang sinonim dengan kesarjanaan, bukan saja dalam disiplin pengkhususan malah juga dalam soal umum membabitkan idealisme, institusi dan budaya ilmu. Einstein misalnya, bukan hanya berwacana mengenai fizik dan matematik, malah merangkumi isu semasa daripada perspektif ilmu dan pemikiran saintifik.

Tajuk syarahan itu menggunakan istilah ‘ikon akademik’ bermakna kedudukan yang tinggi dalam masyarakat disebabkan sumbangan dan peranan (bukan gimik dan pemaparan media), tidak terhad kepada komuniti akademik semata-mata. Istilah itu juga menunjukkan betapa tokoh dan institusi pengajian tinggi perlu dimartabatkan sesuai dengan tuntutan agama (hadis menyebut betapa ulama adalah pewaris nabi) dan peranannya, sekali gus dihargai, diimpikan dan dihayati oleh semua pihak, bukan hanya di kalangan komuniti akademik, malah seluruh lapisan masyarakat.

Perlu juga disebutkan bahawa cara kita menghargai ikon akademik tidak sama dengan sanjungan terhadap tokoh penghibur atau jagoan sukan ketika ini. Syarahan berkenaan juga menyentuh peranan baru kesarjanaan dalam konteks inovasi dan kreativiti, sesuai dengan persekitaran semasa yang berteraskan kepada ekonomi nilai tinggi.

Konsep nilai tinggi juga tidak terhad kepada nilai barang atau perkhidmatan yang boleh diperdagangkan tetapi merangkumi budaya murni dan ekosistem lestari. Secara khusus saya cuba untuk menjelaskan konsep ini dalam konteks pengurusan sumber air. Saya juga mencadangkan agar semua pihak memberi tumpuan kepada pemahaman dan penghayatan budaya ilmu, termasuklah dalam kalangan komuniti akademik.

Ia kerana sesebuah universiti maju bukan hanya kerana program akademik, aktiviti penyelidikan atau kelayakan akademik pensyarahnya yang berjela, sebaliknya kerana budaya kesarjanaan dan persekitaran ilmiah yang merangsang minda, menguji cendekia, mengamit kreativiti, memacu inovasi dan ramah ilmu.

Prof Datuk Dr Zaini Ujang ialah penerima Anugerah Merdeka 2009 (Pencapaian Ulung Akademik) akan menyampaikan syarahan umum Anugerah Merdeka pada jam 9 pagi Selasa, 9 Februari di Dewan Jumaah, Universiti Teknologi Malaysia, Kampus Jalan Semarak, Kuala Lumpur.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Pembuka Tirai 2010-Terbitan Januari 2010-Buku Latihan Macroeconomics

Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar, Ph.D--->A Journey No Comments »

KulitDepanBukuBaru1_c

KulitBelakangBukuBaru2_c


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Selamat Datang 2010

Ph.D--->A Journey, Uncategorized No Comments »

Selamat Datang 2010.

Ada target yang perlu dicapai tahun ini.

Doakan bersama moga ianya menjadi kenyataan.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Terbitan Terbaru Januari 2010

Ph.D--->A Journey No Comments »

barcode_Macroeconomic2010

Alhamdulillah baru menerima kod ISBN untuk terbitan terbaru Januari 2010. Nantikan kemunculannya.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Bersama Pengurusan Tertinggi OUM sewaktu menghadiri Kolokium OUM Peringkat Pantai Timur

Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar, Ph.D--->A Journey No Comments »

Ucapan jutaan terima kasih kepada Tuan Azman kerana mengirimkan gambar kami dan saya sebagai kenangan sewaktu menghadiri Kolokium OUM peringkat Pantai Timur yang berlangsung di Permai Inn Kuala Terengganu. Banyak manafaat yang kami para tutor dan fasilitator perolehi sewaktu menghadiri kolokium ini.

K1

k2


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Open University Malaysia: Regional Colloquium For Tutors & Facilitators

Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar, Ph.D--->A Journey No Comments »

SijilOUM

Alhamdulillah hari ini saya baru menerima sijil penyertaan ini sewaktu mengikuti kolokium di Terengganu. Kolokium ini menghimpunkan sahabat-sahabat dari Pahang, Terengganu dan Kelantan. Banyak input berguna semasa terutamanya bidang pengajaran dan cabaran yang dihadapi oleh setiap Fasi & Tutor sewaktu mengendalikan sesi pembelajaran.

Semester ini saya mengajar subjek International Business dan Marketing Management II.  Kepada para Learners moga bertemu dalam sesi pembelajaran Ahad ini.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Kajian Niat Ingin Berhenti Kerja Di Kalangan Penjawat Awam Malaysia

Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar, Ph.D--->A Journey No Comments »

MukaDepanPenyelidikanUiTM

Alhamdullilah syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya kajian setahun bertajuk “Niat Ingin Berhenti Kerja: Kajian Ke atas Pensyarah Uitm Jengka Pahang” untuk Institut Penyelidikan dan Pengkomersialan UiTM Shah Alam selamat dihantar pada hujung September 2009.

Kajian ini ditulis oleh Pn Nurul Nadia dan saya. Ketika itu saya masih bergelar pensyarah Ekonomi di Uitm Pahang. Harapan semoga Pn Nurul Nadia akan menjadi “somebody” di sana kelak.

Hasil kajian ini saya akan berkongsi dalam ceramah Intergriti atau dalam ceramah Team Bulding sekiranya saya dijemput untuk mengadakan program tersebut di organisasi Tuan/Puan.

Apa yang penting, hasil kajian ini amat berkait rapat dengan penjawat awam yang bertugas di samada di negeri atau persekutuan. Saya akan ketengahkan fakta hasil kajian tersebut.

Sekiranya organisasi Tuan/Puan berminat untuk mengadakan ceramah berkenaan, dipersila untuk menghubungi kami untuk maklumat berkaitan ceramah. Moga kita berjumpa di organisasi Tuan/Puan.

Wassalam.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Pemegang PhD palsu perosak imej ilmuwan

Ph.D--->A Journey 3 Comments »

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Rencana/20090930013015/Article/index_html

Pemegang PhD palsu perosak imej ilmuwan
Oleh Dr Jerniri Amir

Manusia gila gelaran jejas reputasi tokoh, sarjana tulen

BEBERAPA tahun lalu, seorang teman yang sudah mendapat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) cuba ‘membantu’ saya dengan menawarkan cara mudah untuk mendapatkan PhD. Lelaki berusia 40-an itu memberitahu, saya tidak perlu menulis tesis dan kertas kerja atau menghadiri kuliah. Memadai jika saya membayar RM15,000 untuk mendapatkan ijazah tertinggi itu, malah beliau bersedia untuk menaja saya dengan membayar yuran berkenaan.

Katanya, majlis konvokesyen akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Di dalam bilik pejabatnya, saya dapati ijazah PhD miliknya dipaparkan di dinding dengan menggunakan bingkai yang mahal, manakala di kiri kanan diperaga pula gambar beliau menerima ijazah daripada universiti luar negara yang turut dihadiri bekas timbalan menteri.

Beberapa hari berturut-turut, teman dan beberapa syarikat mengucapkan tahniah, dengan membayar sampai sehalaman iklan dalam akhbar tempatan di Sarawak, berhubung kejayaannya mendapatkan PhD itu. Sebenarnya, syarikat itu ialah miliknya sendiri. Tujuan ucapan tahniah itu adalah bagi memberitahu seluruh dunia bahawa dia sudah mendapat PhD dari luar negara.

Sesudah itu, beliau pun menggunakan gelaran itu di pangkal namanya tanpa rasa bersalah dan malu, manakala masyarakat turut terpengaruh dan menggunakan gelaran berkenaan. Beliau ialah usahawan yang tidak lulus SPM pun dan tidak tahu bagaimana menulis esei akademik. Saya juga pernah melihat tesis PhD yang ditulis oleh seorang yang dianugerahi ijazah PhD palsu itu, dan ternyata ‘tesis’ itu didapati tidak menepati ciri dan kriteria tesis PhD, termasuk cara menulis biografi dan kutipan yang tidak betul.

Malah, standardnya tidak pun sampai latihan ilmiah ijazah sarjana muda. Tetapi, seperti rakan tadi, dia juga menggunakan gelaran PhD dan diberi ucapan tahniah oleh rakannya, kerana dia juga adalah orang yang ada kedudukan dalam masyarakat.

Menggunakan gelaran sosial dan gelaran akademik seperti Datuk, PhD, dan sebagainya sudah menjadi satu kegilaan di Malaysia. Kalau dapat lagi panjang gelaran itu lagi bagus kerana seolah-olah menyerlahkan kehebatan, meskipun kita hairan apakah sumbangan dan jasa besarnya sehingga memungkinkan dia diberi anugerah Datuk.

Malah, kini ada yang sanggup menggunakan gelaran profesor. Sesungguhnya, tidak kira usahawan, ahli politik, pakar motivasi atau penyanyi, mereka seboleh mungkin ingin digelar Dr atau Datuk, malah kalau dapat gelaran Datuk dan Dr sekali gus, lagi bagus. Ya, bukan tiada pakar motivasi dan usahawan di negara ini yang menggunakan gelaran Datuk dan Dr palsu.

Ketika lelaki pertama tadi menawarkan jalan ekspres untuk saya mendapatkan PhD, saya sebenarnya sedang gigih melakukan penyelidikan dan penulisan, dengan membaca hampir semua buku dalam bidang yang saya selidiki, iaitu hubungan media dan politik untuk PhD saya. Tidak keterlaluan dikatakan, selagi ada buku berkenaan di rak buku di mana-mana perpustakaan dan Amazon.com, pasti akan ditelaah dan dibeli.

Perjalanan yang dilalui adalah sukar, panjang dan berliku-liku sebelum akhirnya, selepas lima tahun baru saya berjaya meraih ijazah tertinggi itu. Jadi, bagaimanakah, ada orang yang dapat meraih PhD dalam tempoh kurang daripada tiga bulan, tanpa perlu melalui proses dan saringan yang sepatutnya? Bagi komuniti akademik, mereka amat mengutamakan nilai kesarjanaan, keintelektualan dan keilmuan dan bukannya gelaran mudah.

Yang diutamakan ialah sumbangan baru kepada korpus ilmu yang diselidiki meskipun proses itu memakan masa, tenaga dan wang ringgit. Kesungguhan menekuni disiplin ilmu dalam bidang kepakaran menjadi tunjang kegiatan. Calon perlu melalui proses kerapian akademik yang rumit membabitkan pelbagai peringkat, termasuk membentangkan cadangan dan hasil penyelidikan serta penulisan berkali-kali, membetulkannya, menghadiri kursus kaedah penyelidikan, menghadiri tempoh minimum, dan menghadiri viva atau ujian lisan, sebelum diperakukan oleh pihak senat universiti.

Justeru, untuk mendapatkan PhD tulen, seseorang perlu melakukan penyelidikan, pembacaan yang luas dan mendalam, mempersembahkan dapatan dan analisis kajiannya mengikut format dan piawaian ditetapkan, bukannya sekadar mengemukakan resume atau rencana yang dihasilkan.

Sudah tentu, seperti dinyatakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, kita tidak mahu lahirnya ilmuan palsu dan pemegang gelaran palsu dalam masyarakat. Adakah kita mahu dilabelkan sebagai masyarakat yang hanya mengejar gelaran sosial dan akademik palsu tanpa memikirkan kesan dan implikasinya kepada diri, masyarakat dan negara?

Hasrat kita untuk menjadikan negara ini sebagai hub kecemerlangan pendidikan serantau tentu akan terjejas jika gejala ini tidak dibendung. Jika gejala ini dibiarkan, golongan pemegang gelaran palsu ini akan merosakkan reputasi dan imej pemegang gelaran Datuk dan Dr yang tulen. Bagi ilmuwan tulen, detik mendapat PhD hanya langkah pertama untuk perjalanan jauh yang terbentang sedangkan bagi ilmuwan palsu dengan ijazah palsu, itu adalah titik akhir.

Mereka adalah umpama kerbau yang membawa lumpur, yang boleh menyebabkan yang lain terpalit. Kita tidak boleh membiarkan hanya kerana nila setitik, maka rosak susu sebelanga. Seperti perbuatan penipuan yang lain, usaha mendapatkan Datuk dan PhD palsu dapat dianggap sebagai satu jenayah.

Kita tidak harus membiarkan mereka yang ada kedudukan dan duit dalam masyarakat merosakkan nilai dan prinsip. Mereka yang ada prinsip dan etika, tidak akan mudah tergoda oleh gelaran palsu. Mungkin mereka boleh menipu orang lain, tetapi sampai bilakah mereka boleh menipu diri sendiri, isteri dan anak?

=======================================================

Apa pandangan sahabat semua tentang artikel ini? Kita Kongsi bersama.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Ulasan = Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku

Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar, Ph.D--->A Journey 1 Comment »

buku

Saya telah membeli buku “Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku” daripada penulis buku ini sendiri. Sebaik sahaja sampai ke tangan saya, saya membaca buku ini dari kulit ke kulit untuk memahami isi kandungan buku ini. Apa yang saya dapati:

* Kandungan buku tersebut menepati apa yang saya perlukan untuk menerbitkan dan menghasilkan buku sendiri
* Olahan dan cara penyampaian mudah untuk saya fahami (step by step)
* Diberikan tips dan panduan yang amat berguna sekiranya kita ingin menerbit buku sendiri
* Sekiranya saya tidak memahami akan sesuatu perkara, penulis buku ini sanggup menjawab pertanyaan baik email mahupun telefon dengan senang hati
* Tidak rugi rasanya membeli buku ini sekiranya anda bercadang memiliki buku sendiri…nama anda sendiri…hasil usaha anda sendiri!
* Akhirnya, dengan panduan dan pertolongan yang diberikan oleh penulis buku sendiri, saya berjaya menghasilkan buku berbentuk ilmiah sendiri (tulisan bersama rakan-rakan)

coverbiru

* Saya bercadang untuk menulis sebuah buku berkaitan Harta Sepencarian memandangkan hasil survey online berkenaan Kefahaman kita sebagai seorang Suami & Isteri terhadap Sijil Deklarasi Harta Sepencarian? menunjukkan 77% mengatakan tidak memahaminya. Doakan moga saya berjaya menerbitkan buku tersebut ya!
* Sekiranya anda ingin memiliki buku Buat Duit Dengan Terbit Buku Sendiri, sila klik di sini


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Mengapa Yahudi Bijak?

Ph.D--->A Journey No Comments »

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA
WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in