Saya rasa anda baru sampai di WebBlog ini. Jangan lupa melanggan RSS feed blog supaya tidak ketinggalan info terkini dari saya. Sila subscribe di petak sebelah kanan blog. Dipersilakan ke bahagian Categories sekiranya anda mencari maklumat di dalam blog ini.

Al-Fatihah Kepada Pakar Emas Negara – Allahyarham Datuk Mohd Salleh Abdul Majid

Emas Pada Pandangan Saya, Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar, Program Peningkatan Kemahiran Industri / Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS/PKS) No Comments »

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Belasungkawa_Hilangnya__8216_pahlawan__8217_ekonomi/Article

Belasungkawa: Hilangnya ‘pahlawan’ ekonomi
Oleh Hasliza Hassan

BERITA pemergian bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), kini Bursa Malaysia, Datuk Mohd Salleh Abdul Majid, 62, yang meninggal dunia jam 10.20 pagi semalam, hanya selepas dua hari 2012 menjengah, adalah khabar sedih kepada negara yang kehilangan tokoh ekonomi dikagumi.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat penyakit kanser yang disahkan doktor pada tahap empat. Beliau yang turut menghidap penyakit buah pinggang sejak 10 tahun lalu dan perlu menjalani dialisis dimasukkan ke HKL, Rabu lalu.
Pendekatan menterjemah segala permasalahan atau isu ekonomi kompleks menggunakan bahasa ringkas serta mudah difahami semua peringkat golongan dan pelbagai latar belakang, menjadikan Salleh, tokoh ekonomi yang dirujuk pelbagai pihak.
Apa saja dikaitkan dengan ekonomi atau setiap kali isu mengenai ekonomi dibangkitkan, pandangan anak jati Selangor itu sentiasa menjadi perhatian. Malah, kesediaan beliau menjelaskan pelbagai isu menjadikannya tokoh disenangi, khususnya wartawan untuk mendapatkan maklum balas.

Dilahirkan pada 11 Julai 1949 di Ulu Klang, Allahyarham kehilangan bapa ketika berusia tiga tahun, banyak menghabiskan masa bersama datuknya dan keadaan itu mengajar beliau menjadi insan berdikari.

Salleh memulakan pendidikan di Sekolah Melayu di Ulu Klang dan kemudian berpindah ke Sekolah Lelaki Batu Road sebelum melanjutkan pendidikan peringkat menengah di High Street School, Jalan Bandar (kini Sekolah Menengah Setapak).

Beliau melanjutkan pengajian peringkat diploma dalam bidang perniagaan di Institut Teknologi Mara (kini UiTM) dan sebagai pemegang biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA), menyambung pengajian bidang Pengurusan Perniagaan di Universiti Ohio serta Universiti Northern Illinois. Tamat pengajian, beliau bertugas sebagai pensyarah di ITM dan kemudian dilantik memegang jawatan Ketua Kajian Kursus Perniagaan.
Pada 1978, beliau berkhidmat di syarikat pengurusan pembinaan dan bidang tugasnya ialah melatih Bumiputera muda cara menguruskan syarikat.

Kemahirannya diperakui apabila beliau diminta menyediakan pelan pemasaran bagi kempen saham amanah kebangsaan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), sebahagian usaha kerajaan mendidik Bumiputera ilmu pelaburan.

Sikap ‘semua boleh’ ditunjukkan Allahyarham, khususnya kejayaan menjual saham yang pada masa itu ramai tidak faham kepentingan serta keuntungannya melalui siri penerangan, membolehkan beliau dilantik sebagai Pengurus Besar ASNB pada 1982.

Pada September 1984, pada usia 34 tahun, beliau dilantik sebagai Pengurus Besar BSKL dan ketika itu, krisis ekonomi menjadikan keadaan tidak ketentuan. Bagaimanapun, di sebalik kritikan diterima, beliau dan pasukannya berjaya mengharungi saat sukar.

Usaha serta komitmen berterusan itu juga melonjakkan karier beliau yang dipilih sebagai Presiden BSKL pada 1996. Berkat kesungguhan serta usaha dilakukan selama hampir dua dekad, BSKL berjaya mencapai piawaian antarabangsa.
Allahyarham bersara daripada BSKL pada 1 Mei 2003. Namun, hakikatnya tidak pernah bersara daripada tugas meningkatkan kefahaman mengenai ekonomi dan pelaburan kepada umum. Komitmen beliau mendidik masyarakat bagaimana membuat pelaburan diteruskan.

Semua ilmu dan maklumat disebarkan melalui penulisan di akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia dan Business Times, selain menjadi tetamu jemputan program televisyen.

Di sebalik kesibukan kerjaya, beliau masih meluangkan masa melakukan aktiviti riadah kegemaran iaitu memancing. Memancing katanya mengajar erti kesabaran. Beliau turut meminati motosikal besar, minat yang dikongsi bersama datuknya.

Memetik nasihat beliau dalam wawancara disiarkan dalam Malaysian Business terbitan 1 Jun 2003, yang boleh dijadikan renungan khususnya kepada generasi muda: “Orang muda hari ini tidak sabar. Mereka gagal menyedari tiada ganti kepada pengalaman. Tidak salah melakukan kesilapan. Apa yang penting ialah belajar daripada kesilapan itu. Selalu percaya kepada Allah dan jujur dalam setiap apa dilakukan.”

Selain bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Allahyarham adalah antara tokoh ekonomi yang sangat menggalakkan pembelian emas sebagai pelaburan alternatif.

“Tiada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah negara ketika krisis 97/98, yang mana mata wang kita dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika. Mata wang dunia tidak lagi disokong oleh emas dan negara seperti Amerika Syarikat didapati boleh mengeluarkan seberapa banyak wang sesuka hati mereka,” katanya dalam satu ruangannya.

Allahyarham bersama rakan di sebuah syarikat perunding kewangan dikatakan ketika ini sedang mengusahakan cadangan untuk diusulkan kepada kerajaan bagi mewujudkan Bursa Saham Islam di negara ini.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Selamat Datang Ke www.HafizalRamli.com & www.hr.com.my

Bengkel Penyediaan Perakaunan Perniagaan Kecil & Sederhana, Bersama Tokoh Terkenal Tanahair, Diploma Eksekutif, EZGuard...System Never Lies, Emas Pada Pandangan Saya, Iklan & Promosi, Keratan Akhbar Mengenai HafizalRamli.com, Kerjaya di HR Syabas Consultancy, Keselamatan & Kesihatan (OSHA 1994), Kursus Asas Kraftangan Daun Getah, Kursus Asas Ternakan Ayam Kampung, Kursus Asas Usahawan Berjaya: Penyediaan Rancangan Perniagaan, Kursus Induksi Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Untuk Taska/Tadika, Kursus Kad Hijau CIDB, Kursus SHO & SSS, Lokasi HR Syabas Consultancy, Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar, Ph.D--->A Journey, Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD) CIDB, Program Peningkatan Kemahiran Industri / Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS/PKS), Pusat Latihan HR, Uncategorized, WebTV HafizalRamli.com No Comments »

banner8x2inci

BUNTING-4x2_SelamatTahunBaru

Selamat Datang Ke www.HafizalRamli.com & www.hr.com.my

Link Penting (download):

1. Brosur Program 2012 HR Syabas Consultancy
2. Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
3. Tarikh Kursus Mata CCD CIDB-HR 2012, Borang Permohonan Kursus & Pekeliling CIDB Bil 2/2008
4. Pakej Pelajar Team Building HR Syabas Consultancy
5. Pakej Korporat Team Building HR Syabas Consultancy
6. Borang Permohonan Kursus Kad Hijau HR
7. Borang Permohonan Kursus SHOBrosur Kursus SHO
8. Borang Permohonan Sewa Pusat Latihan HR, Temerloh, Pelan / Peta Ke Pusat Latihan HR, Temerloh

===================================================================================

PENGUMUMAN

A) Permohonan Untuk Menyewa Pusat Latihan HR, Temerloh

Sukacita dimaklumkan pihak kami kini membuka ruang penyewaan Pusat Latihan HR terletak di Temerloh. Kedudukannya yang strategi iaitu terletak di tengah laluan utama ke pantai timur. Segala kelengkapan yang selesa dan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh PSMB.

Justeru, pihak kami mengalu-alukan kehadiran Tuan/Puan ke sini. Tuan/Puan dipersila untuk mendownload borang permohonan dan melihat persekitaran Pusat Latihan HR, Temerloh & Peta ke Pusat Latihan HR, Temerloh

B) Kursus Kad Hijau [download Borang Permohonan Kursus Kad Hijau HR]

Sukacita dimaklumkan pihak kami akan mengadakan kursus Sehari Kad Hijau CIDB pada setiap hari Sabtu yang akan diadakan di Pusat Latihan HR, Temerloh. Jika ada sebarang permintaan ke kawasan Tuan/Puan, kami akan ke sana. Syarat utama mengikuti kursus Kad Hijau ini ialah:

1. Peserta 40 orang / kelas

2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi (borang, gambar terkini ukuran pasport, salinan I/C / pasport, sijil – sijil berkenaan, surat pengesahan kerja oleh majikan). Muatturun borang di http://www.cidb.gov.my/v6/?q=en/content/703

3. Bayaran RM50 / peserta (yuran tidak termasuk makan dan sewaan tempat kursus)

4. Tidak pernah mengikuti kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan oleh CIDB dan NIOSH (SICW)

Untuk makluman, penyertaan kursus akan ditutup pada 7 hari bekerja sebelum kursus berkenaan dilaksanakan. Contoh sekiranya ingin mengikuti kursus pada Sabtu depan, tarikh tutup penyertaan pada hari Rabu minggu sebelumnya. Ini bertujuan untuk memproses borang dan mendaftarkan personel binaan ke pejabat CIDB berdekatan.

Sila hubungi 09-468 8984 / 86 atau hubungi Certified CIDB Trainer (Hafizal Ramli) 013-339 7732 untuk sebarang maklumat berkaitan kursus ini.

Sekian dimaklumkan.

C) Kursus Integriti Anjuran CIDB Negeri Pahang

Berikut adalah tarikh kursus Integriti yang dianjurkan oleh CIDB Negeri Pahang. Tempat akan dimaklumkan kemudian oleh pihak CIDB Negeri Pahang. Mohon rujuk ke pejabat CIDB Negeri Pahang 09-517 8734 untuk mendaftar dan mendapatkan borang penyertaan atau download di http://www.cidb.gov.my/v6/files/BorangKursusIntegriti.pdf

Tarikh Kursus Integriti CIDB Pahang:

28 Februari 2011
29 Mac 2011
26 April 2011
24 Mei 2011
21 Jun 2011
26 Julai 2011
20 September 2011
27 Oktober 2011
29 November 2011
22 Disember 2011

Download borang kursus mata CCD, borang kursus kad hijau dan jadual penuh kursus CIDB 2011. Untuk maklumat lanjut dimohon berhubung di talian 09-468 8984 / 86 (P), 013-871 4988 (hotline/SMS), 013-339 7732 (penyelaras)

Sekian, dimaklumkan.

===================================================================================

7

Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Seminar Melestarikan Industri Bekalan Air Malaysia

Kursus Asas Usahawan Berjaya: Penyediaan Rancangan Perniagaan, Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar, Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD) CIDB, Program Peningkatan Kemahiran Industri / Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS/PKS) No Comments »

SeminarAirMelaka

Objektif Program:

* menjelaskan peranan SPAN, CIDB dan ABM berkaitan keperluan semasa bagi perlaksanaan kerja-kerja industri bekalan air.
* Memupuk kesedaran mengenai peningkatan tahap kemahiran tukang paip & kontraktor berdaftar.
* Membentuk hala tuju standard piawai kerja-kerja pembekalan, penyambungan, pembinaan & penyelenggaraan didalam industri air.
* Platform untuk menerangkan & mengupas isu-isu semsa mengenai tukang paip & kontraktor berdaftar.
* Setiap penyertaan akan diberi 10 mata CCD CIDB

Yuran : RM120 (Cek berpalang/wang pos atas nama : Pegawai-Pegawai SAMB)

Sebarang pertanyaan:

CIDB Melaka : 06-232 8895
SPAN Johor: 07-222 5843
SAINS     : 06-603 3500
SAMB      : 06-283 7266

Mohon berhubung dengan kami untuk maklumat lanjut.

Terima kasih.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Tony Fernandes To Host the Apprentice Asia

Kursus Asas Usahawan Berjaya: Penyediaan Rancangan Perniagaan, Program Peningkatan Kemahiran Industri / Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS/PKS), Uncategorized No Comments »

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsbusiness.php?id=600766

Aviation Tycoon Tony Fernandes To Host the Apprentice Asia

By Tengku Noor Shamsiah Tengku Abdullah

SINGAPORE, July 12 (Bernama) — Aviation tycoon, Tan Sri Tony Fernandes, will host the Asian edition of the hit television series, “The Apprentice”.

This was announced today by the reality show’s Asia producer, RGM, a Singapore-based film and television production outfit.

“The Apprentice”, created and produced by Mark Burnett Productions, has been a runaway success since its 2004 debut in the United States with multi-billionaire Donald Trump as host and co-executive producer.

The show has since been franchised internationally, including in the United Kingdom, hosted by Lord Sugar.

“We are tremendously excited to have Tony on board. Not only is he a great and charismatic businessman; he is also a personality Asians have come to associate with worldwide success,” said Devesh Chetty, RGM Chief Executive Officer in when announcing the show.

One of Asia’s youngest and most celebrated business leaders, Fernandes is the force behind Malaysian entertainment and leisure conglomerate, Tune Group Sdn Bhd, the parent firm of AirAsia and the Formula One team Lotus Racing.

He is expected to spice up the “ultimate job interview” with his trademark wit, daring decisions and entrepreneurial grit.

Commenting on the news, Fernandes said:”It’s a thrill to be at the helm of “The Apprentice Asia”. We’ll see some of the most promising business talents in the region battle it out from the street to the boardroom.

“I can’t wait to throw some really interesting challenges their way so they can show the world what the new generation of Asian business executives are made of,” he said.

“The Apprentice Asia” will gather a group of business executives from across industries and countries in the region in an elimination-style competition to become a highly-paid apprentice to Fernandes.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA
WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in