Saya rasa anda baru sampai di blog ini. Jangan lupa melanggan RSS feed blog supaya tidak ketinggalan info terkini dari saya. Sila subscribe di petak sebelah kanan blog. Dipersilakan ke bahagian Categories sekiranya anda mencari maklumat di dalam blog ini.

Gong Xi Fa Cai 2010

Uncategorized No Comments »

Warga kerja HR Syabas Consultancy mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada masyarakat Tiong Hua dan masyarakat yang menyambut perayaan ini. Semoga perjalanan pergi dan balik ke destinasi anda selamat hendaknya.

Gong Xi Fa Cai 2010.

Ikhlas Daripada,
HafizalRamli.com
HR Syabas Consultancy


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Selamat Datang 2010

Ph.D--->A Journey, Uncategorized No Comments »

Selamat Datang 2010.

Ada target yang perlu dicapai tahun ini.

Doakan bersama moga ianya menjadi kenyataan.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Pengumuman Gangguan Talian Telefon Pejabat

Uncategorized No Comments »

Pengumuman Gangguan Talian Telefon Pejabat

Merujuk kepada perkara di atas, segala panggilan masuk dan keluar akan mengalami gangguan pada 06/12/09 sehingga dimaklumkan kelak.

Faks  keluar dan masuk nombor 09-468 8985  pejabat berjalan seperti biasa.

Justeru itu, Tuan/Puan dipersilakan untuk menggunakan talian  alternatif 013-339 7732 @ 09-466 4596  untuk sebarang urusan sehingga gangguan talian diperbaiki.

Harap maklum. Terima kasih.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

1 Malaysia

Uncategorized No Comments »

logo_1malaysia

Keterangan logo 1 Malaysia

Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Selamat Datang Ke www.HafizalRamli.com

Bengkel Penyediaan Perakaunan Perniagaan Kecil & Sederhana, Keselamatan & Kesihatan (OSHA 1994), Kursus Asas Kraftangan Daun Getah, Kursus Asas Ternakan Ayam Kampung, Kursus Asas Usahawan Berjaya: Penyediaan Rancangan Perniagaan, Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar, Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD) CIDB, Program Peningkatan Kemahiran Industri / Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS/PKS), CENFED Universiti Malaysia Pahang, Uncategorized, WebTV HafizalRamli.com No Comments »

Selamat Datang Ke www.HafizalRamli.com

Link Penting (download):

1. Brosur Program 2010 HR Syabas Consultancy
2. Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
3. Tarikh Kursus Latihan Pengurusan Modul Bisnes CIDB-UMP 2010, Borang Permohonan Kursus & Pekeliling CIDB
4. Pakej Pelajar Team Building HR Syabas Consultancy
5. Pakej Korporat Team Building HR Syabas Consultancy

Penyertaan di BUKA:
Kursus : Certificate in Occupational Safety & Health Officer (SHO) Approved by DOSH
Tarikh : 8 hingga 29 Mei 2010
Yuran : RM 4000.00
Penyertaan : Terhad kepada 20 orang peserta sahaja
Jangka Masa : 22 Hari
Tempat : Universiti Malaysia Pahang
Download Borang Penyertaan Di sini. Lihat gambar aktiviti.
Sebarang keterangan dan maklumat lanjut, Tuan/Puan dipersila untuk menghubungi Koordinator Program di Talian 013-339 7732


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua Ummat Muslimin dan Muslimat untuk tahun Hijrah 1430

Uncategorized No Comments »

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua Ummat Muslimin dan Muslimat untuk tahun Hijrah 1430.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Daulat Tuanku Sultan Pahang

Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar, Uncategorized No Comments »

TuankuSultanPahang


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Berita HR Syabas Consultancy di Akhbar Sinar Harian 26/10/2009

Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar, Uncategorized No Comments »

http://www.sinarharian.com.my/pahang/content/story5341043.asp

Motivator sedia bantu anak Felda

JENGKA – Seorang anak jati Pahang, mengambil inisiatif menubuhkan sebuah syarikat perunding dalam bidang pendidikan, semata-mata bertujuan membantu meningkatkan taraf pendidikan anak Felda.

Hafizal Ramli berkata, tujuan beliau menubuhkan syarikat berkenaan adalah untuk membantu pelajar daripada kalangan anak peneroka di kawasan berkenaan yang menghadapi sebarang masalah dalam pelajaran.

Menurut Hafizal, setakat ini syarikat perunding miliknya menjadi satu-satunya syarikat perunding pendidikan yang beroperasi dalam kawasan lingkungan 50 kilometer.

“Dengan kewujudan HR Syabas Consultancy, masyarakat, terutama pelajar dan belia di Felda ini lebih mudah mendapatkan perkhidmatan berkaitan tanpa perlu mencari syarikat perunding lain dari luar kawasan ini.

“Niat saya menyediakan perkhidmatan perundingan pendidikan di sini adalah untuk membantu anak-anak Felda supaya mereka dapat mencapai kejayaan dalam pelajaran dan membantu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

“Sebelum ini, mereka terpaksa menyediakan modal yang banyak untuk mendapatkan khidmat perundingan dari luar. Apabila saya sudah menyediakan perkhidmatan ini di sini, kos mereka itu dapat dikurangkan, sedangkan kualiti perundingan yang diberi sama,” katanya.

Hafizal merupakan bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara cawangan Pahang, kini sedang menyambung pengajiannya ke peringkat Ijazah Kedoktoran PhD di sebuah universiti tempatan setelah berjaya mendapatkan Sarjana Ekonomi (Perancangan dan Pembangunan).

Menurut Hafizal, dia mula mengambil alih syarikat berkenaan pada Februari lalu dan pantas berkembang kerana ramai pihak dari luar kawasan ini yang menggunakan perkhidmatannya dan berharap masyarakat setempat juga mengambil peluang yang disediakan.

Menurutnya, syarikatnya yang memberi perkhidmatan kepada masyarakat setempat ini mempunyai kekuatan tersendiri.

“HR Syabas Consultancy juga telah mendapat surat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk mengendalikan program motivasi atau ‘Team Building’ di seluruh sekolah negeri Pahang dan merupakan ahli yang berdaftar dengan Pertubuhan Perunding Latihan Dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

“Dengan kekuatan yang dimiliki, kami yakin dapat memberi perkhidmatan terbaik untuk masyarakat setempat demi memastikan kita semua dapat mencapai kecemerlangan,” katanya.

Hafizal yang juga seorang motivator telah mengadakan bengkel, seminar, ceramah dan kursus untuk pelajar dan kakitangan untuk latihan dalam perkhidmatan, terutama dalam kursus pembentukan pasukan.

“Apa yang saya harapkan, perkhidmatan yang saya sediakan ini dapat memberi manfaat kepada anak-anak peneroka, khususnya dan masyarakat supaya mereka tahu arah tujuan mereka pada masa hadapan,” katanya kepada Sinar Harian.

SinarHarian22102009


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Adik-Adik, Jaga Tingkah Laku & Dirimu Di Musim Peperiksaan

Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar, Uncategorized No Comments »

Adik-Adik, Jaga Tingkah Laku & Dirimu Di Musim Peperiksaan

Adik-adik yang abang sayangi,

Abang amat-amat berpesan pada diri abang sendiri dan juga adik-adik agar sentiasa menjaga tingkahlaku dan diri adik-adik sepanjang musim peperiksaan tahun ini. Ini kerana iktibar daripada kejadian yang berlaku di simpang masuk ke rumah abang semalam.

Oleh kerana terlalu seronok menunggang motor hingga lupa diri akhirnya terbabas masuk ke dalam longkang. Ambillah iktibar daripada kejadian ini. Jangan menyusahkan dan merisaukan ibu, bapa dan penjaga adik-adik.

Abang difahamkan yang adik ini ditahan di wad hospital akibat hentakan di bahagian kepala. Abang juga difahamkam bahawa adik ini merupakan seorang calon PMR tahun ini. Abang mendoakan moga adik ini segera sihat.

xcident1

xcident3

xcident4


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Khusus Kepada Calon PMR, SMA, SPM, STAM & STPM 2009

Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar, Uncategorized No Comments »

Pihak HR Syabas Consultancy mendoakan agar adik-adik sentiasa tenang ketika menghadapi peperiksaan tersebut. Jawab soalan-soalan yang mudah terlebih dahulu, tinggalkan soalan-soalan yang agak sukar (jangan lupa bulatkan soalan yang ditinggalkan, takut lupa pula untuk menjawab kembali) dan kembali ke soalan yang ditinggalkan untuk dijawab kembali.

Bagi solan esei pula, rangka dahulu pendahuluan, point – point penting, penegasan jawapan dan penutup. Tulisan kemas ya dik!…(Ingat tips-tips yang abang berikan ya!)

Abang berdoa agar kalian berjaya dengan mendapat target masing-masing dalam peperiksaan besar tersebut.Aminnn….

(Pesanan: Jangan lupa minta maaf dan minta halalkan makan, minum dan ilmu kepada ke dua orang tua, para guru dan orang tersayang…moga bertemu kita di puncak kejayaan)


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA
WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in