Saya rasa anda baru sampai di WebBlog ini. Jangan lupa melanggan RSS feed blog supaya tidak ketinggalan info terkini dari saya. Sila subscribe di petak sebelah kanan blog. Dipersilakan ke bahagian Categories sekiranya anda mencari maklumat di dalam blog ini.

Pengumuman : Operasi Pejabat & Cuti Edulfitr 2011

Uncategorized No Comments »

Makluman: Pejabat Akan Bercuti selama seminggu bermula 28 Ogos – 4 September 2011. Beroperasi kembali pada 5 September 2011.
Selamat Hari Raya Edulfitr 2011, Maaf Zahir & Batin. Berhati Hati Di jalan Raya.

Ikhlas Daripada:

Pengurusan
HR Syabas Consultancy
HR Skill Training & Consultancy Sdn Bhd

HR


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Program 6P Pemutihan PATI di Jengka Pada 8-10 Ogos 2011 Oleh Omira Holdings Sdn Bhd

Uncategorized No Comments »

Terima kasih di atas sokongan semua pihak untuk menjayakan program ini. Seterusnya kepada mereka yang tidak berkesempatan berdaftar bersama kami, dijemput untuk mendaftarkan PATI anda di pejabat Pos Bandar Jengka.

DSC06223_resize

DSC06228_C_resize

SlipPendaftaranPATI_resize


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Program 6P Pemutihan PATI di Jengka Pada 8-10 Ogos 2011 Oleh Omira Holdings Sdn Bhd

Uncategorized No Comments »

Program 6P Pemutihan PATI di Jengka Pada 8-10 Ogos 2011 Oleh Omira Holdings Sdn Bhd

Salam Ramadhan, mohon maklum kepada mereka yang berkenaan, program pemutihan 6P KDN untuk Pendatang/Pekerja Asing Tanpa Izin (PATI) akan diadakan pada Isnin, Selasa & Rabu (8-10 Ogos 2011) bertempat di ARKED MARA Jengka. Program ini bermula pada 9.00 pagi hingga ke malam.

Justeru, mohon maklum, untuk melancarkan program berkenaan, kepada mereka yang berkenaan dipelawa untuk datang ke pejabat HR Syabas Consultancy (A1-4, ARKED MARA Jengka) bagi mendapatkan borang permohonan dan melengkapkan checklist yang telah ditetapkan oleh bahagian Imigresen Temerloh. Juga melihat contoh sebenar slip pendaftran dan cop jari daripada Imigresen untuk mengelakkan penipuan.

Mesin biometrik yang dibawa dari Imigresen Temerloh oleh syarikat berdaftar KDN Omira Holdings Sdn Bhd akan beroperasi hanya selama 3 hari sahaja di jengka.

Mohon berhubung dengan kami di talian 09-468 8984/6, 013-339 7732 (Hafizal) untuk sebarang pertanyaan berkenaan program berkenaan.

Harap maklum.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Daftar segera pekerja asing

Uncategorized No Comments »

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Daftarsegerapekerjaasing/Article

Daftar segera pekerja asing
Oleh Azrina Ahzan

2011/07/27
Majikan sukar dapat tenaga kerja selepas tempoh 31 Julai

PUTRAJAYA: Majikan yang gagal mendaftarkan pekerja asing sah mereka menerusi Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Sah sehingga 31 Julai ini, akan menghadapi masalah mendapatkan tenaga kerja asing pada masa depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata majikan perlu menggunakan tempoh sehingga 31 Julai ini untuk berbuat demikian bagi mengelak masalah itu khususnya apabila Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja dan PATI (6P) bermula 1 Ogos ini.
Dianggarkan ada 1.75 juta pekerja asing sah di negara ini yang kerajaan mahu semua data biometrik mereka direkodkan tetapi sehingga kelmarin, hanya 390,404 pekerja asing sah daripada 26,894 majikan sudah didaftarkan di semua 37 pusat pendaftaran di seluruh negara sejak program bermula 13 Julai lalu.
Kementerian pula pada masa ini tidak bercadang melanjutkan tempoh pendaftaran itu selepas tamat pada 31 Julai ini.

“Lagi lambat mereka (majikan) mendaftar (pekerja asing), semakin susah hendak mendapatkan pekerja asing dan ketika itu jangan salahkan kementerian.

“Ini kerana, apabila kementerian melaksanakan proses ini (pendaftaran), mereka liat memberi kerjasama tetapi akan memberi pelbagai alasan apabila memohon pekerja asing,” katanya selepas meninjau proses pendaftaran biometrik pekerja asing sah di ibu pejabat Jabatan Imigresen di sini, semalam.

Proses pendaftaran dilaksanakan sejak 13 Julai lalu termasuk Sabtu dan Ahad itu secara puratanya memerlukan tempoh dua minit bagi merekodkan data dan biometrik setiap pekerja asing sah.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA
WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in