Emas Perhiasan: Tips Menjadikannya sebagai Emas Yang Bernilai Sewaktu Ingin Menggadai atau Menjual

(Info Emas Perhiasan: Emas dalam bentuk gelang, rantai, loceng yang dipakai di badan sebagai perhiasan)

1. Elakkan membeli emas perhiasan yang mempunyai batu permata dsb. Ini kerana secara langsung akan menjatuhkan nilaian emas tersebut. Contohnya dari emas 916 menjadi emas 750 atau lebih teruk emas 50 sahaja.

2. Elakkan membeli emas yang mempunyai bentuk loket tertutup dan lompong di dalamnya seperti loket emas kerana ia juga akan menjatuhkan nilaian emas tersebut. Ini kerana sewaktu anda ingin menggadai atau menjual emas jenis tersebut nilai sebenar emas tersebut tidak dapat dibaca. Maka jatuh gred dari 24k kepada 22k atau lebih teruk 17k sahaja.

3. Galakan membeli emas padu seperti rantai, gelang atau loket padu dan kosong tanpa sebarang batu permata sebagai hiasan. Nampak biasa sahaja namun nilaiannya pada masa hadapan amat tinggi berbanding dengan emas yang mempunyai aksesori tambahan.

4. Semasa membeli emas perhiasan, pastikan anda minta penjual menimbang emas pilihan anda depan mata anda. Ini untuk memastikan adakah gred emas tersebut sama dengan yang tercop di emas perhiasan tersebut. (Hanya terpakai untuk emas padu sahaja)

5. Pastikan anda mendapat resit atas belian emas tersebut tertera tarikh, nilaian, gram, jenis, gred emas. Ini berguna ketika anda ingin menjualnya kembali. Itu merupakan hak sebagai pembeli.

6. Anda gembira dan berpuashati dengan pembelian emas perhiasan pilihan anda.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA