http://www.syahrulnizam.com/2010/03/keputusan-spm-2009.html

Friday, March 12, 2010

Keputusan SPM 2009

Adakah cemerlang dengan semua 9A+ dalam SPM bukti pelajar tersebut juga akan menjadi penerima Anugerah Dekan pada setiap semester semasa di universiti nanti? Adakah dia nanti akan terus menjadi pekerja cemerlang?

Keputusan SPM saya pada 1994 tidaklah hebat sangat. Malah teruk. Tetapi sekarang Alhamdulillah saya berjaya mendaki anak tangga demi anak tangga kejayaan.

Apa yang saya lihat ada antara tokoh terkenal yang bukanlah hebat mana pun pada zaman sekolah. Sebagai Syed Mokhtar Al-Bukhary hanya belajar sehingga tingkatan lima dan dia tidak pernah memasuki universiti. Namun sekarang beliau antara 10 terkaya di Malaysia!

Semasa menuntut di UTM, saya lihat ada juga rakan saya yang mendapat banyak A dalam SPM tetapi CGPA mereka tidaklah hebat mana. Sebaliknya ada yang agak terus keputusan SPM mereka tetapi mendapat Anugerah Dekan hampir setiap semester.

Saya juga mengenali seorang usahawan yang ‘gagal.’ Azzah Abdul Rahman yang keputusan SPMnya bagi mata pelajaran Prinsip Akaun adalah gagal. Kini beliau menguruskan Digital Apprentice Management Services.

Di sini saya merayu agar ibu bapa yang anaknya gagal mendapat semua A atau B supaya tidak menekan dan menyiksa jiwa anak mereka yang ‘gagal.’ Mereka tidak gagal, mereka cuma kurang berjaya.

Sistem pembelajaran kita yang terlalu memandang kecemerlangan akademik sebagai faktor utama untuk terus berjaya dalam hidup harus dibetulkan. Hakikatnya, berfikiran sebagai seorang ‘opportunist’, mampu menjadikan seorang yang gagal SPM untuk jadi jauh lebih kaya dari graduan universiti.

Rakan Facebook saya tuan Ahmad Naim Jaafar yang aktif dalam bidang motivasi pelajar berpendapat, “Kita adalah produk ekonomi industri, iaitu kita dinilai menggunakan satu ujian standard dan kemudian susun mereka menjadi samada menjadi ‘pekerja kolar putih atau biru’ dan ia rentap harga diri manusia hanya dengan gred peperiksaan “berapa A ada perolehi” sedangkan nilai dan potensi pelajar lebih dari sekadar dinilai melalui peperiksaan.”

Beliau menambah dengan memberikan link video tentang Educate For a Creative Society

Jadi jangan risau jika anak anda tidak dapat semua A dalam dewan peperiksaan. Sekarang fikirkan bagaimana mereka dapat A di luar dewan peperiksaan pula (Ini pendapat rakan saya tuan Shamsuddin Kadir).


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA