Sabagai ayah dan suami kepada keluarga saya, saya merasakan bahawa pentingnya golongan suami @ ayah menghadiri kursus KAAK ini.
Pelbagai info yang amat penting untuk diketahui demi tumbesar yang sihat untuk anak-anak. Bersama ini saya sertakan sekali sekitar suasana sepanjang kursus KAAK yang bermula 30 September hingga 20 Oktober 2011.

Kandungan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK):

1. Pengenalan kepada pengasuhan kanak-kanak di TASKA
2. Perkembangan yang menyeluruh kanak-kanak 4 tahun dan ke bawah
3. Perkembangan fizikal
4. Jenis-jenis aktiviti yang menyumbang kepada perkembangan fizikal
5. Perkembangan sosio-emosi
6. Jenis-jenis aktiviti yang menyumbang kepada perkembangan sosio-emosi
7. Perkembangan bahasa
8. Jenis-jenis aktiviti yang menyumbang kepada perkembangan bahasa
9. Perkembangan kognitif
10. Jenis-jenis aktiviti yang menyumbang kepada perkembangan kognitif
11. Kesihatan, memahami keperluan makanan seimbang & berkhasiat
12. Jenis-jenis aktiviti yang berkait dengan pemakanan kanak-kanak
13. Persekitaran untuk kegiatan dalam dan luar TASKA
14. Menyediakan peralatan luar dan dalam TASKA
15. Pergerakan kreatif
16. Menjaga kebersihan bayi & kanak-kanak dan kebersihan TASKA
17. Kegiatan kreatif kanak-kanak
18. Merancang dan menyediakan jadual akitiviti harian TASKA
19. Amalan asuhan yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak
20. Pentingnya peranan ibu bapa di TASKA
21. Cerita dan nyanyian bagi kanak-kanak
22. Perhubungan dan interaksi
23. Menyediakan barang permainan kanak-kanak dari bahan kos rendah
24. Tugas-tugas pengasuh dan kakitangan lain di TASKA
25. Akta TASKA 1984 (seperti dipinda)
26. Proses Pendaftaran TASKA dan penalti kalau tidak berdaftar
27. Perlindungan kanak-kanak
28. Mengetahui jenis-jenis rekod di TASKA, cara menyelenggara dan meyimpannya
29. Ceramah daripada wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pergigian, Jabatan Bomba & Keselamatan serta Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan.

DSC06639_c

07102011425_c

08102011428_c

08102011429_c

08102011430_c

11102011442_c

12102011444_c

13102011446_c

DSC06568_c

DSC06598_c

DSC06600_c

DSC06609_c

DSC06617_c

DSC06654_c

DSC06659_c


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA