Bertempat di Hotel Da Palma Ampang, berlangsungnya program Iftar Ramadhan oleh TAMRIN.org. Saya berkesempatan untuk menghadiri majlis ini yang saya kira berjaya mencapai objektif program.

Saya berasa bertuah dan gembira kerana dapat bertemu dengan ramai sahabat seperjuangan di dalam TAMRIN. Saya merasa seolah-olah kerdil ketika bersama dengan mereka yang hebat dan tersohor.

Alhamdulillah semasa perjalanan program tersebut, pelbagai perkara dapat dibincang bersama dimulai dengan Tuan Presiden TAMRIN, diikuti oleh penasihat TAMRIN beserta AJK yang lain. Syabas diucapkan dan moga-moga program ini akan mendapat manafaat buat sekelian perunding motivasi Muslim Malaysia khususnya. Inilah platform atau pentas buat kita berkongsi ilmu dan pengalaman yang boleh memantapkan lagi industri latihan dan rundingan Malaysia.

Berikut adalah di antara kenangan yang diambil semasa program berlangsung. Saya yakin dan percaya anda cukup mengenali mereka:

LogoTAMRIN

DAto

DRTA

ProfHamdan2

HjFadzli

AminIdris

Osman

SK

bincag1

Akasya

FitriShukri

ZM

SuaiKenal

majlis1

GambarSemua


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA