Usahawan Kerjaya Pilihan 3 – Ros Chalet & Strawberry Farm Cameron Highlands
Iklan & Promosi, Kursus Asas Usahawan Berjaya: Penyediaan Rancangan Perniagaan, Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar August 18th, 2009Ketika saya mengendalikan kursus Modul Bisnes di Cameron Highlands, saya berpeluang berkenalan dengan En Zulkiflie, salah seorang pengusaha home stay/chalet/strawberry farm di Kg Taman Sedia, Cameron Highlands. Beliau turut mempunyai produk sendiri berasaskan strawberi iaitu home made jem dan jus strawberi.
Saya dibawa berjalan di sekitar kawasan beliau. Pada pandangan saya, beliau bijak menggunakan setiap ruang yang ada di kawasan rumahnya. Di kiri, kanan, depan dan belakang rumah beliau dikelilingi oleh chalet dan kawasan ladang strawberi.
Saya teruja berada di chalet beliau kerana bersebelahan chalet tersebut merupakan ladang strawberi yang mana kita boleh memetik sendiri strawberi tersebut. Dah petik terus saya makan. Di samping itu, jika kita mempunyai anak-anak, bolehlah bermandi manda di sungai yang berada di belakang chalet tersebut sambil bersantai di ruang yang disediakan. Erm…tak rugi rasanya bermalam di Ros Chalet ini. Harga pun amat berpatutan.
Bagi saya, inilah yang dikatakan pemikiran seorang usahawan menggunakan seoptimumnya ruang dan peluang yang ada.
Jadi, apa lagi…rancanglah percutian anda dan keluarga di Ros Chalet di Cameron Highlands.
Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA
ID Facebook, Skype, Oovoo, YM: hafizalramli
-----------------------------------------------------
HR Skill Training & Consultancy Sdn Bhd Merupakan Wakil Korporat Takaful Malaysia:
-----------------------------------------------------









November 15th, 2011 at 9:30 am
As Salam,
Saya bercadang untuk ke Cameron minggu ni & tertarik utk menginap di sana.
Mohon hantarkn kpd saya maklumat berkenaan ‘room rate’ chalet, map,& dsb. sesegera mungkin hr ini.
Tq.
December 5th, 2011 at 4:32 pm
As Salam,
Saya bercadang untuk ke Cameron minggu ni (10hb. Disember & 11hb Dis.) & tertarik utk menginap di sana.
Mohon hantarkn kpd saya maklumat berkenaan ‘room rate’ chalet, map,& dsb. sesegera mungkin hr ini.
Tq.
December 16th, 2011 at 8:48 am
Assalamualaikum
Saya dan keluarga bercadang untuk ke Cameron pada 23 & 24 Disember 2011 ini dan bercadang untuk menginap di sana.
Mohon hantarkan kpd saya maklumat berkenaan ‘room rate, chalet, map & dsb sesegera mungkin ( hr ini )
Terima kasih
December 28th, 2011 at 11:36 pm
As Salam,
Saya bercadang untuk ke Cameron (26hb. january.) & tertarik utk menginap di sana.
Mohon hantarkn kpd saya maklumat berkenaan ‘room rate’ chalet, map,& dsb. sesegera mungkin hr ini.
Tq.