
Alhamdulillah HR Syabas Consultancy telah dilantik dan diamanahkan oleh CIDB untuk mengendali dan menguruskan Kursus sehari Kad Hijau CIDB seluruh negara.
Sukacita dimaklumkan pihak kami akan mengadakan kursus tersebut setiap hari Sabtu yang akan diadakan di Bandar Jengka. Jika ada sebarang permintaan ke kawasan Tuan/Puan, kami akan ke sana. Syarat utama mengikuti kursus Kad Hijau ini ialah:
1. Peserta seramai 40 orang / kelas
2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi (borang, gambar terkini ukuran pasport, salinan I/C / pasport, sijil – sijil berkenaan, surat pengesahan kerja oleh majikan). Muatturun borang di http://www.cidb.gov.my/v6/?q=en/content/703
3. Bayaran RM50 / peserta
4. Tidak pernah mengikuti kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan oleh CIDB dan NIOSH (SICW)
Untuk makluman, penyertaan kursus akan ditutup pada 7 hari bekerja sebelum kursus berkenaan dilaksanakan. Contoh sekiranya ingin mengikuti kursus pada Sabtu depan, tarikh tutup penyertaan pada hari Rabu minggu sebelumnya. Ini bertujuan untuk memproses borang dan mendaftarkan personel binaan ke pejabat CIDB berdekatan.
Sila hubungi 09-468 8984 / 86 atau hubungi Certified CIDB Trainer (Hafizal Ramli) 013-339 7732 untuk sebarang maklumat berkaitan kursus ini.
Sekian dimaklumkan.

Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA
Recent Comments