Saya rasa anda baru sampai di blog ini. Jangan lupa melanggan RSS feed blog supaya tidak ketinggalan info terkini dari saya. Sila subscribe di petak sebelah kanan blog. Dipersilakan ke bahagian Categories sekiranya anda mencari maklumat di dalam blog ini.

Pekerja separa masa diwajib carum dalam KWSP, PERKESO

Uncategorized No Comments »

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PekerjaseparamasadiwajibcarumdalamKWSP_PERKESO/Article/index_html

Pekerja separa masa diwajib carum dalam KWSP, PERKESO

BAHAU: Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang diwajibkan terhadap pekerja separa masa mulai 1 Oktober depan, hanya membabitkan mereka yang bekerja antara 30 hingga 70 peratus daripada waktu kerja biasa.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata hanya pekerja separa masa yang bekerja antara 2.5 hingga 5.5 jam sehari layak mendapat manfaat itu.

Katanya, peraturan baru itu tidak membabitkan semua pekerja berkenaan, tetapi hanya mereka yang memenuhi kriteria masa ditetapkan dalam peraturan baru itu.

Langkah ini bertujuan menggalakkan golongan berpendidikan atau berkemahiran tinggi, tetapi tidak boleh bekerja selama lapan jam, terutama suri rumah, ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU) atau pesara,” katanya selepas menyampaikan sumbangan cermin mata kepada pelajar di Dewan Kampung Indah dekat sini, malam kelmarin.

Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010 yang diwartakan baru-baru ini memberi jaminan faedah tertentu kepada kira-kira 6.5 juta orang yang ingin bekerja separa masa. Ia mengandungi formula yang menentukan pembayaran gaji, caruman KWSP dan PERKESO.

Subramaniam berkata, peraturan itu juga bermatlamat memberi motivasi kepada golongan tidak dapat bekerja tetap kerana terikat dengan komitmen tertentu supaya mempertimbangkan semula keputusan itu dengan bekerja separa masa.

Katanya, peluang itu bukan hanya memanfaatkan pekerja, malah menguntungkan majikan serta memastikan hak pekerja separa masa dilindungi dan mengelak sebarang pertikaian antara majikan dan pekerja mengenai tempoh masa kerja.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Penamatan Bekalan Topi Keselamatan CIDB

Kursus Kad Hijau CIDB No Comments »

http://www.cidb.gov.my/v6/?q=en/annoucement/923

Penamatan Bekalan Topi Keselamatan CIDB

Submitted by nadirah on Thu, 05/27/2010 – 11:10.

Adalah dimaklumkan, CIDB akan menamatkan pemberian topi keselamatan bagi semua personnel binaan yang memohon pendaftaran dengan CIDB.

Langkah yang dilaksanakan ini dibuat selaras dengan keperluan di dalam Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja (Akta 514, Seksyen 15) di mana majikan dan orang yang bekerja sendiri bertanggungjawab melaksanakan sistem kerja yang selamat kepada semua pekerja mereka.

Arahan ini dikeluarkan berkuatkuasa mulai 1 Jun 2010.

Dengan yang demikian, semua permohonan pendaftaran personel binaan yang diserahkan mulai 1 Jun 2010 tidak lagi layak menerima topi keselamatan CIDB


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Kursus Sistem Bekalan Air CIDB-UMP, 8-12 Ogos 2010, Gua Musang

Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD) CIDB No Comments »

Program :Kursus Sistem Bekalan Air CIDB-UMP (25 mata CCD)
Tarikh : 8 – 12 Ogos 2010
Hari : Ahad – Khamis (5 Hari)
Lokasi : JKR Negeri Jajahan Gua Musang
Peserta : Para Kontraktor (G1,G2,G3,G4,G5,G6,G7) & Orang Awam Yang Berminat

gmm1

gmm8

gmm3

gmm4

gmm5

gmm6

gmm7

gmm2


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

In Making 2…

Lokasi HR Syabas Consultancy No Comments »

InMaking2


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA
WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in