dsc08793-c

********************************************
M.Econ (Planning & Development), B.Econ (Hons) Planning & Development, UMS
Professional Cert. in Occupational Safety & Health Officer (UMP-DOSH)
Professional Cert. in Safety & Health Induction for Construction Worker (SICW) (NIOSH)
Professional Cert. in Construction Occupational Safety & Health Officer (CSHO) (CIDB)
Professional Cert. in Traffic Management Officer (TMO @ TSO) (CIDB)
SHASSIC ASSESSOR (CIS 10:2008)(CIDB)
NIOSH Trainer, Green Card CIDB Trainer, PLBK CIDB Trainer
IV ThanawiCert. (JAIP-Al-Azhar), IEPCert.,MII.,FMUTM.,AFPM
********************************************

Hafizal Ramli merupakan anak jati Pahang kelahiran Felda Chemomoi yang terletak di daerah Bentong. Beliau mendapat didikan formal di Tabika Kemas Felda Chemomoi dan seterusnya menyambung pelajaran di Sek. Kebangsaan Karak. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Sek. Menengah Agama Simpang Pelangai, Bentong sehingga tingkatan tiga dan seterusnya menyambung pelajaran di Sek. Menengah Agama Al-Wosto, Temerloh, Pahang.

Kecemerlangan di dalam SPM membuka jalan kepadanya untuk melanjutkan pengajian di Kolej Matrikulasi Melaka, Kementerian Pelajaran Malaysia. ketika itu, beliau dan rakan-rakan merupakan generasi perintis kolej matrikulasi anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Seterusnya beliau dan rakan-rakan berpindah ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, kementerian Pelajaran Malaysia dan juga merupakan generasi pertama di kolej tersebut.

Beliau meneruskan kecemerlangan akademiknya dengan menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Ekonomi Perancangan dan Pembangunan) dengan kepujian di Universiti Malaysia Sabah. Setelah menimba pengalaman bekerja di HR Department, Petronas Carigali Sdn Bhd dan Oscar Villa Sdn Bhd, beliau menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Ekonomi (Perancangan dan Pembangunan) di universiti yang sama.

Pernah berkhidmat sebagai tenaga pensyarah dan pensyarah jemputan di Universiti Malaysia Sabah, Universiti Teknologi MARA, Universiti Malaysia Pahang ,Universiti Terbuka Malaysia dan Institut Perguruan Tengku Ampuan Amzan[IPTAA]. Beliau juga merupakan Tenaga Pengajar Bertauliah Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor [PLBK] oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia [CIDB] dan Jurulatih Bertauliah Institut Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Malaysia [NIOSH], Kementerian Sumber Manusia. Kini beliau meneruskan legasi kecemerlangan akademiknya dengan menyambung pengajian ke peringkat Ph.D (Ekonomi Pembangunan) di sebuah universiti tempatan.

Merupakan seorang pemimpin pelajar yang aktif dalam program kemahasiswaan dan kemasyarakatan semasa tempoh pengajian. Berikut di antara penglibatan beliau semasa di universiti:

Peringkat universiti:
* Pengarah Kembara Kemerdekaan UMS seluruh Sabah – 2002
* Pengarah Eksekutif Program Kembara Kemerdekaan II UMS – 2003
* Pengarah Kempen Derma Darah antara IPT – 2002
* Secretariat in Asean Universities Student Leaders Conferences – 2001
* Participant of BIMP-EAGA Forum – 2002
* Participant of Human Capital Management Seminar – 2002
* Peserta Seminar Kepimpinan antara IPT awam Malaysia, Ulu Klang Selangor – 2002
* Peserta Kursus Kepimpinan Biro Tatanegara Sabah – 2002
* Peserta Program Gerak Gempur IPT, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia – 2002
* Peserta Seminar Perkembangan Bahasa Melayu di Sabah – 2003
* Peserta Pesta Keamatan Peringkat IPT di Sabah – 2003
* Peserta Malam Luahan Anak Merdeka IPT Sabah – 2003
* Peserta Perarakan Maulidur Rasul Sabah – 2003
* Peserta Program Bakti Siswa Sabah – 2003
* Peserta Larian Kibarkan Jalur Gemilang UMS 2002

Peringkat Majlis Perwakilan Pelajar:
* Timbalan Exco Projek & Protokol, MPP – 2002/03
* Setiausaha Kehormat, Persatuan Mahasiswa Perniagaan & Ekonomi, SPE – 2001/02
* Sekretariat Setiausaha Agong Persatuan Mahasiswa UMS – 2001/02
* Timbalan Ketua Pengarah Tamu Gadang Konvensyen ke-5 UMS – 2003
* Ketua Pengarah I, Program Sambutan Aidilfitri UMS – 2001
* Pengarah Eksekutif ‘Executive Nite’ Sek Perniagaan & Ekonomi – 2002
* Pengarah Protokol Tamu Gadang ke-4 UMS – 2002
* Timbalan Pengarah Pertolongan Cemas Tamu Gadang ke-3 UMS – 2001
* Penasihat Kelab EPDEC SPE 2002/03
* Penasihat Bersama Minggu SPE – 2002/03
* Penyelaras Bersama Program Sambutan Hari Raya – 2002
* Penyelaras Program ‘Malam Sejuta Kenangan’ – 2003
* Penyelaras Program Gema Bestari Kudat, Pulau Banggi – 2002
* Ketua Exco Tugas-Tugas Khas, Program Titian Mesra Sarawak 2002
* Ketua Urusetia Pendaftaran Program Minggu SPE – 2002
* Penghulu Pelajar Ambilan November, Minggu Suai Mesra – 2000
* Fasilitator Program Bicara Kemahasiswaan – 2001
* Jawatankuasa Teknikal, Program Hari Raya Aidilfitri – 2000

Peringkat Kolej:
* Pengarah Eksekutif Motivasi Pemantapan & Kecemerlangan 2000
* Pengarah Program Sekolah & Desa ke-5 Brunei – 2002
* Timbalan Exco Kebajikan & Kemasyarakatan Kolej Bestari – 2000/01
* Jawatankuasa Rekaan Pentas, Program Malam Amal Teater Bestari – 2000
* Jawatankuasa Pertandingan SUKUMS Kolej Bestari – 2001
* Peserta Bola Tampar SUKUMS Kolej Bestari – 2002
* Peserta Minggi BESTARI – 2002
* Ketua Blok B, Kolej Bestari – 2001

Berpengalaman sebagai penceramah jemputan dan fasilitator utama di pelbagai program motivasi dan program keselamatan dan kesihatan (SHE) di dalam sektor swasta mahupun kerajaan. Beliau sering dijemput untuk menyampaikan ceramah dan seminar berkaitan di seluruh negara. Berpengalaman mengendalikan bengkel, kursus dan ceramah motivasi serta program bina insan dan program bina pasukan kepada pelajar sekolah, penuntut IPTA/IPTS, usahawan, kakitangan kerajaan termasuklah persatuan dan juga kelab.

—————————————————————————————————————————————————–

StafHRSyabasConsultancy

HR Syabas Consultancy:
* Ditubuhkan pada 2006
* 100% Milikan Melayu Islam

Teras Utama:

* Konsultan Pendidikan
* Perancang Harta Islam
* Khidmat Rundingan & Latihan

Menjalinkan Kerjasama Pintar / Jalinan Korporat Dengan:
* Tekam Resort PPTR Jerantut
* Universiti Malaysia Pahang
* As-Salihin Trustee Bhd
* MAA Takaful Bhd
* Public Mutual Bhd
* CIDB Malaysia

Perkhidmatan di HR Syabas Consultancy:
* Sijil Deklarasi Harta Sepencarian
* Penulisan Wasiat Profesional
* Penyimpanan Dokumen Profesional
* Perlantikan Wasi
* Pentadbiran Harta Pusaka Yang Tidak Mempunyai Wasiat
* Perlantikan As-Salihin Trustee Bhd Sebagai Pemegang Amanah
* Hibah
* Wakaf
* Pelaburan Dana Unit Amanah Berteraskan Syariah
* Takaful Keluarga dan Am
* Interaktif Multimedia dan Website / Portal Development
* Khidmat Rundingan & Latihan Pendidikan
* Khidmat Penyelidikan & Pembangunan
* Khidmat Pesuruhjaya Sumpah Malaysia


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA