Adik-Adik, Jaga Tingkah Laku & Dirimu Di Musim Peperiksaan

Adik-adik yang abang sayangi,

Abang amat-amat berpesan pada diri abang sendiri dan juga adik-adik agar sentiasa menjaga tingkahlaku dan diri adik-adik sepanjang musim peperiksaan tahun ini. Ini kerana iktibar daripada kejadian yang berlaku di simpang masuk ke rumah abang semalam.

Oleh kerana terlalu seronok menunggang motor hingga lupa diri akhirnya terbabas masuk ke dalam longkang. Ambillah iktibar daripada kejadian ini. Jangan menyusahkan dan merisaukan ibu, bapa dan penjaga adik-adik.

Abang difahamkan yang adik ini ditahan di wad hospital akibat hentakan di bahagian kepala. Abang juga difahamkam bahawa adik ini merupakan seorang calon PMR tahun ini. Abang mendoakan moga adik ini segera sihat.

xcident1

xcident3

xcident4


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA