http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BandarJengkabertukarnama/Article

Bandar Jengka bertukar nama

2011/07/06
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengisytiharkan Bandar Pusat Jengka sebagai Bandar Tun Abdul Razak pada sambutan Hari Peneroka FELDA 2011, esok.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata pengumuman pada sambutan ke-55 sempena penubuhan FELDA itu sebagai mengiktiraf sumbangan warga peneroka memajukan tanah rancangan.
“Tentu ia akan memberi khabar gembira kepada seluruh penduduk kawasan sekitar Segitiga Jengka yang dilimpahi pembangunan melalui peruntukan disediakan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA