Sabtu lepas saya berpeluang ke Johor untuk satu program berkaitan usahawan. Sewaktu sesi soal jawap saya tertarik dengan seorang peserta ini.

Saya bekenalan dengan Pn Hjh Tominum di antara peserta yang baru 3 tahun menceburi bidang usahawan pembuatan kuih. Apa yang saya lihat kesungguhan beliau sewaktu mengikuti kursus ini.

Saya dipelawa oleh beliau ke tempat perniagaan beliau. Sesampai di sana saya amat terkejut. Ini kerana beliau mempunyai sebuah mini kilang untuk menjalankan aktiviti perniagaan beliau hasil bantuan daripada Jabatan Pertanian Kota Tinggi, Johor.

Apa yang menarik lagi produk utama beliau iaitu kuih bangkit sagu rumbia telah tersusun rapi menanti untuk diedarkan.

Beliau membawa saya berjalan di sekitar kilang mini dan saya dapati ianya memang sesuai dan selesa. Bangunan baru kilang mini beliau dalam proses 80% siap bersebelahan dengan tempat mengadun bahan kuih.

Beliau meminta pendapat saya bagaimana untuk mendapatkan pasaran yang lebih luas lagi. Setakat ini produk beliau telah melepasi ke Singapura. Justeru itu saya mencadangkan agar beliau mempunyai “kedai online” yang menjadikan produk beliau mudah diakses di internet.

Justeru itu, saya membantu Ph Hjh Tominum merialiasikan hasrat beliau untuk mempunyai sebuah kedai online.

Maka wujudlah  www.AzinumCookies.com

SignBoard

Pengajaran:

1. Jangan malu untuk belajar sesuatu  biarpun pada usia yang lewat dan tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi.

2. Usaha bersungguh – sungguh.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA