Saya rasa anda baru sampai di WebBlog ini. Jangan lupa melanggan RSS feed blog supaya tidak ketinggalan info terkini dari saya. Sila subscribe di petak sebelah kanan blog. Dipersilakan ke bahagian Categories sekiranya anda mencari maklumat di dalam blog ini.

MAHA 2010

Kursus Asas Usahawan Berjaya: Penyediaan Rancangan Perniagaan, Program Peningkatan Kemahiran Industri / Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS/PKS), Uncategorized No Comments »

Saya berpeluang untuk turut serta buat kali ke dua MAHA. Pelbagai aktiviti samada jualan mahupun tukar bisnes berlangsung lancar. Pada pandangan saya, memang wajar dan tepat MAHA ini dilaksankan di negara kita.  Kesemua aktiviti ini menceminkan kejayaan dari aspek pemasaran bersepadu. Antara cebisan kenangan saya abadikan di sini untuk MAHA 2010.

maha1

maha2

maha3

maha4


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Ramai jadi usahawan selepas krisis ekonomi global

Bengkel Penyediaan Perakaunan Perniagaan Kecil & Sederhana, Kursus Asas Usahawan Berjaya: Penyediaan Rancangan Perniagaan, Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar No Comments »

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ramaijadiusahawanselepaskrisisekonomiglobal/Article

Ramai jadi usahawan selepas krisis ekonomi global

KELEMBAPAN ekonomi yang melanda Malaysia susulan krisis ekonomi global baru-baru ini melahirkan generasi baru usahawan tempatan apabila ramai memilih untuk bekerja sendiri.

Mengikut kaji selidik terbaru firma penyelesaian tenaga kerja global, Kelly Services, seorang daripada enam responden kaji selidik itu menganggap diri mereka sebagai ‘bekerja sendiri’.

Lebih separuh daripada baki responden itu pula menyatakan keinginan untuk bekerja secara lebih bebas.
Penemuan itu adalah sebahagian daripada Indeks Tenaga Kerja Global Kelly yang mengumpulkan pandangan 134,000 responden, termasuk 2,000 di Malaysia.

Firma itu berkata, hampir separuh responden mahu memulakan perniagaan sendiri, iaitu bagi mereka berumur antara 18-29 tahun lebih berminat memulakan perniagaan komersial berbanding yang berusia antara 30 hingga 47 tahun dan antara 48 hingga 65 tahun.

Keputusan kaji selidik itu menunjukkan 17 peratus daripada responden kini bekerja sendiri terdiri daripada 23 peratus yang berusia 48 hingga 65 tahun, 18 peratus (18 hingga 29 tahun) dan 13 peratus (30 hingga 47 tahun).

Faktor utama dinyatakan sebagai sebab beralih kepada bekerja sendiri ialah ketidakpastian mengenai pendapatan, risiko kegagalan dan ketiadaan sokongan.
Kelly Services dalam kenyataannya menambah, daripada 47 peratus responden yang mahu memulakan perniagaan, 50 peratus adalah yang berusia 18 dan 29 tahun, 40 peratus (30 dan 47 tahun) dan 31 peratus (48 dan 65 tahun).

“Ramai antara mereka yang kehilangan pekerjaan akibat krisis ekonomi global kini menjadi kontraktor bebas, pekerja bebas dan perunding,” kata Pengarah Urusan Kelly Services Malaysia, Melissa Norman dalam kenyataan itu.

Beliau berkata, lebih ramai orang menganggap berkerja sendiri sebagai satu cara untuk mencapai kejayaan peribadi dan profesional.

Kenyataan firma itu itu berkata, minat kepada bekerja sendiri adalah seiring dengan arah aliran penggunaan sumber luar bagi menjalankan fungsi bukan teras syarikat.

Langkah itu, sekali gus mewujudkan banyak peluang bagi kontraktor bebas.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Tekanan Kejayaan

Kursus Asas Usahawan Berjaya: Penyediaan Rancangan Perniagaan, Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar No Comments »

http://puanainonmohd.blogspot.com/2010/03/tekanan-kejayaan.html

Tekanan Kejayaan

Apabila seseorang itu membuat keputusan tidak mahu bekerja makan gaji, sebaliknya mahu memulakan bisnes sendiri, salah satu tekanan psikologi besar yang dialaminya adalah tekanan mahu membuktikan bahawa keputusannya itu terbukti lebih baik.

Tekanan itu datang daripada keperluan menjaga maruahnya di hadapan ibu bapa, isteri, anak-anak, adik-beradik, dan kaum keluarganya. Tekanan juga datang daripada rakan-rakan sekerjanya dahulu dan jiran tetangga.

Justeru dia tertekan mahu membuktikan bahawa sebagai peniaga dia lebih berjaya daripada hidup makan gaji. Sebagai bukti, dia sudah mampu memiliki apa yang dia tidak mampu miliki semasa makan gaji.

Ini adalah salah satu faktor mengapa banyak peniaga cepat-cepat membeli kereta yang lebih besar dan lebih mahal daripada kemampuannya waktu itu.

Jadi, dia hanya mampu kereta kancil tetapi dia membeli Proton Waja, ataupun dia hanya mampu Proton Waja tetapi dia membeli Proton Perdana.

Akibat daripada tindakan membeli bukti-bukti kejayaan palsu itu, wang yang sepatutnya digunakan bagi tujuan perniagaan, seperti membayar sewa, gaji dan hutang-hutang pembekal, terpaksa digunakannya bagi membayar kereta besar itu.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Keuntungan Membayar Hutang Perniagaan

Kursus Asas Usahawan Berjaya: Penyediaan Rancangan Perniagaan, Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar No Comments »

http://puanainonmohd.blogspot.com/2010/03/keuntungan-membayar-hutang-perniagaan.html

Keuntungan Membayar Hutang Perniagaan

Apabila kita membayar hutang-hutang perniagaan kita, semakin cerah peluang perniagaan kita dapat berkembang dan membesar kerana:

1. Nama kita menjadi wangi. Tidak ada orang yang akan membusukkan nama kita disebabkan kita tidak membayar hutangnya.

2. Kita tidak mencipta musuh. Hutang yang tidak kita bayar adalah punca utama kita dibenci orang.

3. Orang yang hutangnya kita bayar akan memuji-muji kita di hadapan orang lain. Mereka menjadi duta diri kita sebagai bisnesman.

4. Pembekal yang kita bayar hutangnya berani memberi kita lebih banyak kredit kerana mereka yakin kita takkan lari daripada membayar hutang.

5. Pembekal kita yang ada juga akan rekomen kepada pembekal lain supaya jangan takut menjadi pembekal dengan memberi kredit kepada kita.

6. Bank yang kita bayar hutangnya lebih berani menaikkan jumlah kemudahan yang diberikan kepada kita kerana bank itu yakin kita akan bayar pinjamannya.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA