Saya rasa anda baru sampai di WebBlog ini. Jangan lupa melanggan RSS feed blog supaya tidak ketinggalan info terkini dari saya. Sila subscribe di petak sebelah kanan blog. Dipersilakan ke bahagian Categories sekiranya anda mencari maklumat di dalam blog ini.

Daftar segera pekerja asing

Uncategorized No Comments »

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Daftarsegerapekerjaasing/Article

Daftar segera pekerja asing
Oleh Azrina Ahzan

2011/07/27
Majikan sukar dapat tenaga kerja selepas tempoh 31 Julai

PUTRAJAYA: Majikan yang gagal mendaftarkan pekerja asing sah mereka menerusi Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Sah sehingga 31 Julai ini, akan menghadapi masalah mendapatkan tenaga kerja asing pada masa depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata majikan perlu menggunakan tempoh sehingga 31 Julai ini untuk berbuat demikian bagi mengelak masalah itu khususnya apabila Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja dan PATI (6P) bermula 1 Ogos ini.
Dianggarkan ada 1.75 juta pekerja asing sah di negara ini yang kerajaan mahu semua data biometrik mereka direkodkan tetapi sehingga kelmarin, hanya 390,404 pekerja asing sah daripada 26,894 majikan sudah didaftarkan di semua 37 pusat pendaftaran di seluruh negara sejak program bermula 13 Julai lalu.
Kementerian pula pada masa ini tidak bercadang melanjutkan tempoh pendaftaran itu selepas tamat pada 31 Julai ini.

“Lagi lambat mereka (majikan) mendaftar (pekerja asing), semakin susah hendak mendapatkan pekerja asing dan ketika itu jangan salahkan kementerian.

“Ini kerana, apabila kementerian melaksanakan proses ini (pendaftaran), mereka liat memberi kerjasama tetapi akan memberi pelbagai alasan apabila memohon pekerja asing,” katanya selepas meninjau proses pendaftaran biometrik pekerja asing sah di ibu pejabat Jabatan Imigresen di sini, semalam.

Proses pendaftaran dilaksanakan sejak 13 Julai lalu termasuk Sabtu dan Ahad itu secara puratanya memerlukan tempoh dua minit bagi merekodkan data dan biometrik setiap pekerja asing sah.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Tony Fernandes To Host the Apprentice Asia

Kursus Asas Usahawan Berjaya: Penyediaan Rancangan Perniagaan, Program Peningkatan Kemahiran Industri / Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS/PKS), Uncategorized No Comments »

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsbusiness.php?id=600766

Aviation Tycoon Tony Fernandes To Host the Apprentice Asia

By Tengku Noor Shamsiah Tengku Abdullah

SINGAPORE, July 12 (Bernama) — Aviation tycoon, Tan Sri Tony Fernandes, will host the Asian edition of the hit television series, “The Apprentice”.

This was announced today by the reality show’s Asia producer, RGM, a Singapore-based film and television production outfit.

“The Apprentice”, created and produced by Mark Burnett Productions, has been a runaway success since its 2004 debut in the United States with multi-billionaire Donald Trump as host and co-executive producer.

The show has since been franchised internationally, including in the United Kingdom, hosted by Lord Sugar.

“We are tremendously excited to have Tony on board. Not only is he a great and charismatic businessman; he is also a personality Asians have come to associate with worldwide success,” said Devesh Chetty, RGM Chief Executive Officer in when announcing the show.

One of Asia’s youngest and most celebrated business leaders, Fernandes is the force behind Malaysian entertainment and leisure conglomerate, Tune Group Sdn Bhd, the parent firm of AirAsia and the Formula One team Lotus Racing.

He is expected to spice up the “ultimate job interview” with his trademark wit, daring decisions and entrepreneurial grit.

Commenting on the news, Fernandes said:”It’s a thrill to be at the helm of “The Apprentice Asia”. We’ll see some of the most promising business talents in the region battle it out from the street to the boardroom.

“I can’t wait to throw some really interesting challenges their way so they can show the world what the new generation of Asian business executives are made of,” he said.

“The Apprentice Asia” will gather a group of business executives from across industries and countries in the region in an elimination-style competition to become a highly-paid apprentice to Fernandes.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Bandar Jengka bertukar nama

Uncategorized No Comments »

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BandarJengkabertukarnama/Article

Bandar Jengka bertukar nama

2011/07/06
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengisytiharkan Bandar Pusat Jengka sebagai Bandar Tun Abdul Razak pada sambutan Hari Peneroka FELDA 2011, esok.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata pengumuman pada sambutan ke-55 sempena penubuhan FELDA itu sebagai mengiktiraf sumbangan warga peneroka memajukan tanah rancangan.
“Tentu ia akan memberi khabar gembira kepada seluruh penduduk kawasan sekitar Segitiga Jengka yang dilimpahi pembangunan melalui peruntukan disediakan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

UMP terima pencapaian 5 bintang

Uncategorized No Comments »

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_01.htm

UMP terima pencapaian 5 bintang

Oleh SITI NORIZAT SHIKH ABDUL JALIL
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 5 Julai – Universiti Malaysia Pahang (UMP) memperoleh tempat pertama dengan pencapaian lima bintang melalui sistem peraturan penyelenggaraan data bagi sistem maklumat berkaitan insitusi pengajian tinggi awam (IPTA) MyMoheS, baru-baru ini.

Naib Canselornya, Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, MyMoheS merupakan satu sistem yang dibangunkan bagi menyokong, memudahkan penyaluran, pertukaran dan perkongsian maklumat antara Kementerian Pengajian Tinggi serta agensi kerajaan lain.

Katanya, dengan pelaksanaan itu, pertukaran data antara agensi dengan kementerian dapat dilaksanakan dengan bersistematik, mudah dan cepat.

”Sistem MyMohes juga membantu universiti dan pihak kementerian dalam menyediakan perancangan, menggubal dasar dan membangunkan sistem pangajian tinggi dengan lebih berkesan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Apresiasi MyMohes bagi meraikan 100 kakitangan UMP yang berjaya mencapai kejayaan tersebut di sini, baru-baru ini.

Katanya, pelaksanaan amalan budaya kerja cemerlang menjadi keutamaan dan perlu diteruskan untuk kelestarian organisasi serta seiring dengan matlamat utama sebagai penggerak agenda Pelan Strategik UMP 2011-2015.

”Saya berbangga dengan pengiktirafan itu dengan mencatat markah 97.79 peratus bagi memenuhi kriteria seperti ditetapkan pihak kementerian,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengarah Bahagian Hubungan Industri, Jabatan Pengajian Tinggi, Prof. Dr. Shamsudin Baharin berkata, data yang dikumpul itu perlu dianalisa dan dijadikan sebagai penanda aras untuk pencapaian Pelan Strategik UMP.

Katanya, universiti itu perlu memberi keutamaan terhadap pencapaian terhadap bidang keberhasilan universiti termasuk penjenamaan bagi mengetengahkan nama UMP ke khalayak masyarakat.

”Kaedah penarafan bintang yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi itu bertujuan melihat tahap kesediaan IPTA dalam pengurusan dan pembekalan data mengikut kategori tempoh masa penghantaran, kesempurnaan dan kualiti data,” katanya.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA