http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/soho-besar-tidak-semestinya-bagus/

Ramai yang sering tergamam dengan nama-nama syarikat besar. Jenama besar. Banggunan berjuta harganya. Pekerja yang begitu ramai… dan segalanya yang besar-besar.

What if saya beritahu anda, ada antara syarikat-syarikat besar (dan kadangkala ternama) umpama indah khabar dari rupa.

Tahukah anda…?

  • Syarikat gergasi FUJITSU sejak 10 tahun lalu sehingga kini tidak memperolehi apapun keuntungan. Malah, rugi lebih daripada US1billion.
  • Syarikat gergasi SONY: siapa tak kenal SONY kan, mencatat keuntungan… tetapi, hanya 1% sahaja daripada seluruh jualan sejak 10 tahun lepas. CEO nya dipecat…
  • Ianya mengambil masa 8 tahun untuk syarikat Internet gergasi Amazon.com mendapat sebarang keuntungan.

Jangan terkejut… itulah hakikatnya sesetengah syarikat-syarikat besar. Perniagaan tempatan yang terkenal juga ada yang mengalami kesukaran sebegini… tapi tak sedaplah saya nak sebut

So, sekiranya anda faham betapa ”pening”nya mengendalikan syarikat besar sebegini… then, SoHo is the answer.

Besar tidak semestinya bagus. Kadangkala, perniagaan kecil-kecil itulah yang menjadi “cili api”. Kos kecil. Pening kecil. Tetapi, sekiranya kena dengan keadaan, UNTUNG besar


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA