Program 6P Pemutihan PATI di Jengka Pada 8-10 Ogos 2011 Oleh Omira Holdings Sdn Bhd

Salam Ramadhan, mohon maklum kepada mereka yang berkenaan, program pemutihan 6P KDN untuk Pendatang/Pekerja Asing Tanpa Izin (PATI) akan diadakan pada Isnin, Selasa & Rabu (8-10 Ogos 2011) bertempat di ARKED MARA Jengka. Program ini bermula pada 9.00 pagi hingga ke malam.

Justeru, mohon maklum, untuk melancarkan program berkenaan, kepada mereka yang berkenaan dipelawa untuk datang ke pejabat HR Syabas Consultancy (A1-4, ARKED MARA Jengka) bagi mendapatkan borang permohonan dan melengkapkan checklist yang telah ditetapkan oleh bahagian Imigresen Temerloh. Juga melihat contoh sebenar slip pendaftran dan cop jari daripada Imigresen untuk mengelakkan penipuan.

Mesin biometrik yang dibawa dari Imigresen Temerloh oleh syarikat berdaftar KDN Omira Holdings Sdn Bhd akan beroperasi hanya selama 3 hari sahaja di jengka.

Mohon berhubung dengan kami di talian 09-468 8984/6, 013-339 7732 (Hafizal) untuk sebarang pertanyaan berkenaan program berkenaan.

Harap maklum.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA