Saya rasa anda baru sampai di WebBlog ini. Jangan lupa melanggan RSS feed blog supaya tidak ketinggalan info terkini dari saya. Sila subscribe di petak sebelah kanan blog. Dipersilakan ke bahagian Categories sekiranya anda mencari maklumat di dalam blog ini.

Caruman KWSP 2012 – Majikan 13%, Pekerja 11%

Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar, Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD) CIDB No Comments »

http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2news&pg=bm_p2news_press&ac=3751

Kadar Caruman KWSP Majikan Lebih Tinggi Untuk Pekerja Berpendapatan RM5 Ribu Ke Bawah Berkuatkuasa Gaji Januari 2012

Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menerima gaji bulanan tidak melebihi RM5,000 akan menerima rangsangan dalam simpanan persaraan mereka apabila kadar caruman berkanun bahagian majikan dinaikkan kepada 13 peratus berkuatkuasa gaji Januari 2012.

Kenaikan satu peratus daripada kadar semasa 12 peratus akan memberikan faedah kepada 5.3 juta rakyat Malaysia yang bekerja, 92 peratus daripadanya adalah ahli aktif KWSP. Sementara itu, caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus.

Pekerja berumur 55 tahun dan ke atas yang menerima gaji tidak melebihi RM5,000 juga akan menikmati manfaat ini apabila majikan mereka diwajibkan mencarum 6.5 peratus atau tambahan 0.5 peratus daripada kadar semasa 6 peratus manakala pekerja terus mencarum pada kadar 5.5 peratus.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan kenaikan caruman majikan untuk pekerja dalam kumpulan pendapatan ini semasa Ucapan Bajet 2012 sebagai langkah untuk menangani masalah ketidakcukupan pendapatan semasa bersara yang dihadapi pesara kini. Kajian sebelum ini menunjukkan 70 peratus pesara akan menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh 10 tahun dari mula mereka bersara dan masalah ini akan bertambah serius kerana kadar inflasi semakin meningkat dan bertambahnya jangka hayat rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, KWSP menghargai tindakan segera Kerajaan dalam menangani masalah ini kerana tambahan satu peratus caruman berserta dengan dividen tahunan akan meningkatkan lagi simpanan persaraan rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kwsp.gov.my, kunjungi cawangan KWSP terdekat atau hubungi Pusat Panggilan di 03 – 8922 6000.

(NIK AFFENDI JAAFAR)
Pengurus Besar
Perhubungan Awam
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Tarikh: 27 Disember 2011


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Program Francais Komuniti, 9-10/12/2011, Jengka 3, Bandar Jengka

Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar, Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD) CIDB No Comments »

Program : Booth Program Francais Komuniti, Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan
Tarikh : 12-15/12/2011
Hari : Jumaat – Sabtu (2 Hari)
Lokasi : Jengka 3, Bandar Jengka
Peserta : Para Kontraktor (G1,G2,G3,G4,G5,G6,G7) & Orang Awam Yang Berminat

c_DSC06833

c_DSC06819

c_DSC06798

c_DSC00904

c_DSC06815

c_DSC06808

c_DSC00913

c_DSC06828

c_DSC06829


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Permit Mengajar di IPTS Oleh kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia

Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar, Ph.D--->A Journey 3 Comments »

KelulusanPermitMengajarKPTM


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) Anjuran Persatuan Pengasuh Negeri Pahang, Agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

Kursus Induksi Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Untuk Taska/Tadika, Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar No Comments »

Sabagai ayah dan suami kepada keluarga saya, saya merasakan bahawa pentingnya golongan suami @ ayah menghadiri kursus KAAK ini.
Pelbagai info yang amat penting untuk diketahui demi tumbesar yang sihat untuk anak-anak. Bersama ini saya sertakan sekali sekitar suasana sepanjang kursus KAAK yang bermula 30 September hingga 20 Oktober 2011.

Kandungan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK):

1. Pengenalan kepada pengasuhan kanak-kanak di TASKA
2. Perkembangan yang menyeluruh kanak-kanak 4 tahun dan ke bawah
3. Perkembangan fizikal
4. Jenis-jenis aktiviti yang menyumbang kepada perkembangan fizikal
5. Perkembangan sosio-emosi
6. Jenis-jenis aktiviti yang menyumbang kepada perkembangan sosio-emosi
7. Perkembangan bahasa
8. Jenis-jenis aktiviti yang menyumbang kepada perkembangan bahasa
9. Perkembangan kognitif
10. Jenis-jenis aktiviti yang menyumbang kepada perkembangan kognitif
11. Kesihatan, memahami keperluan makanan seimbang & berkhasiat
12. Jenis-jenis aktiviti yang berkait dengan pemakanan kanak-kanak
13. Persekitaran untuk kegiatan dalam dan luar TASKA
14. Menyediakan peralatan luar dan dalam TASKA
15. Pergerakan kreatif
16. Menjaga kebersihan bayi & kanak-kanak dan kebersihan TASKA
17. Kegiatan kreatif kanak-kanak
18. Merancang dan menyediakan jadual akitiviti harian TASKA
19. Amalan asuhan yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak
20. Pentingnya peranan ibu bapa di TASKA
21. Cerita dan nyanyian bagi kanak-kanak
22. Perhubungan dan interaksi
23. Menyediakan barang permainan kanak-kanak dari bahan kos rendah
24. Tugas-tugas pengasuh dan kakitangan lain di TASKA
25. Akta TASKA 1984 (seperti dipinda)
26. Proses Pendaftaran TASKA dan penalti kalau tidak berdaftar
27. Perlindungan kanak-kanak
28. Mengetahui jenis-jenis rekod di TASKA, cara menyelenggara dan meyimpannya
29. Ceramah daripada wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pergigian, Jabatan Bomba & Keselamatan serta Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan.

DSC06639_c

07102011425_c

08102011428_c

08102011429_c

08102011430_c

11102011442_c

12102011444_c

13102011446_c

DSC06568_c

DSC06598_c

DSC06600_c

DSC06609_c

DSC06617_c

DSC06654_c

DSC06659_c


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA