Saya rasa anda baru sampai di WebBlog ini. Jangan lupa melanggan RSS feed blog supaya tidak ketinggalan info terkini dari saya. Sila subscribe di petak sebelah kanan blog. Dipersilakan ke bahagian Categories sekiranya anda mencari maklumat di dalam blog ini.

CLAB = NOTIS PENTING BERKUATKUASA 13 JANUARI 2010

Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD) CIDB, Uncategorized No Comments »

CLAB = NOTIS PENTING BERKUATKUASA 13 JANUARI 2010

Tarikh    : 26HB JANUARI 2010

Untuk makluman,  BERKUATKUASA SERTA-MERTA  mulai 13HB JANUARI 2010:

1)    Semua permohonan untuk pembaharuan permit hendaklah lengkap dan diserahkan kepada pihak Construction Labour Exchange Centre Berhad (CLAB) 90 hari sebelum tarikh tamat tempoh Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS). [sila rujuk “Agreement for Supply of Foreign Construction Labour” – Klausa 7(a)]

2)    Sekiranya pihak CLAB didapati bersalah dan dikenakan denda oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi setiap pekerja yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara yang telah tamat tempoh, pihak CLAB tidak akan teragak-agak akan mengenakan denda itu kepada kontraktor yang terbabit. [sila rujuk “Agreement for Supply of Foreign Construction Labour” – Klausa 7(b)]

3)    Pekerja yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara PLKS) yang telah tamat tempoh akan dikompaun sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ribu (RM 1,000.00) beserta bayaran untuk pas khas sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ratus (RM 100.00).

4)    Pihak CLAB hanya akan menerima draf bank yang mempunyai tempoh sah 6 bulan dari tarikh bank draft itu dikeluarkan. Walau bagaimanapun, bank draft itu mestilah sampai pada pihak CLAB 30 hari dari tarikh bank draft itu dikeluarkan.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab jika pihak Tuan gagal mematuhi arahan seperti yang tertera di atas dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Kami amat berharap pihak Tuan akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan sebarang kesulitan di masa hadapan’

Jika Tuan memerlukan sebarang maklumat lanjut berhubung perkara di atas, sila hubungi khidmat pelanggan kami di talian 03-2095 9599

Sekian, terima kasih
Yang Benar,

CONSTRUCTION LABOUR EXCHANGE CENTRE BERHAD
KAPTEN (R) AZLAN MOHD ISA
Ketua Eksekutif
Last Updated ( Wednesday, 10 March 2010 02:53 )


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Talian Telefon Pejabat & Faks Telah Kembali Berfungsi

Uncategorized No Comments »

Dimaklumkan bahawa talian pejabat dan faks telah selamat untuk digunakan semula.

Sekian untuk makluman.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Makluman Gangguan Talian Telekom @ Talian Telefon Pejabat Pada 25/11/2010

Uncategorized No Comments »

Dimaklumkan bahawa talian telefon pejabat HR Syabas Consultancy dan juga dalam daerah yang sama mengalami gangguan yang menyebabkan kesemua talian tetap tidak berfungsi.

Justeru Tuan/Puan dipersilakan untuk menggunakan talian 013-339 7732 untuk sebarang urusan.

Pihak kami akan memaklunkan jika talian telefon pejabat kembali pulih. Moga cepat pulih.

Sekian untuk makluman.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Cuti IdulAdha 1431 H

Uncategorized No Comments »

Selamat Hari Raya IdulAdha 1431H Kepada Tuan/Puan

Dimaklumkan pihak kami akan bercuti pada 16 .11.2010 bermula 1.00 petang dan 17.11.2010 sepanjang hari.

Pihak kami akan beroperasi semula pada 18.11.2010 (Khamis).

Harap maklum dan berhati -hati di jalan raya.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA