Saya rasa anda baru sampai di WebBlog ini. Jangan lupa melanggan RSS feed blog supaya tidak ketinggalan info terkini dari saya. Sila subscribe di petak sebelah kanan blog. Dipersilakan ke bahagian Categories sekiranya anda mencari maklumat di dalam blog ini.

DOSH tumpu tapak pembinaan pada 2011

Keselamatan & Kesihatan (OSHA 1994), Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD) CIDB No Comments »

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm

DOSH tumpu tapak pembinaan pada 2011

SEPANG 24 Nov. – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) akan meningkatkan pemeriksaan di tapak-tapak pembinaan dan mengambil tindakan lebih keras untuk mengurangkan kes kemalangan melibatkan sektor tersebut.

Langkah itu selari dengan beberapa projek pembinaan penting yang dijangka dilaksanakan di sekitar ibu negara pada 2011 termasuk Greater KL, Transit Aliran Massa (MRT) dan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, pekerja binaan merupakan salah satu golongan yang mencatat kadar kematian tertinggi disebabkan persekitaran kerja yang kotor dan berbahaya.

“Kita mesti berusaha menukar keadaan tapak pembinaan supaya pekerja boleh bekerja tanpa rasa takut.

“Ia juga boleh menukar pekerjaan dalam bidang ini kepada satu kerjaya yang menarik, sama ada untuk pekerja tempatan atau pekerja asing,” katanya dalam ucapan perasmian program keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam pengurusan projek.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah DOSH, Datuk Ir. Dr. Johari Basri di Kolej Profesional dan Pengurusan KLIA, di sini hari ini.

Program tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada peserta yang mewakili negara-negara Asia Tenggara dan Sri Lanka mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tapak-tapak pembinaan.

Dalam pada itu, Johari berkata, pihaknya mengenal pasti beberapa kelemahan yang berlaku pada tapak pembinaan melalui pemeriksaan yang dilakukan dari semasa ke semasa.

“Para majikan harus menambah baik persekitaran kerja dengan menyediakan peruntukan, latihan dan pemantauan yang sewajarnya dan tidak hanya mematuhi peraturan minimum yang ditetapkan kerajaan,” katanya.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Site Visit Di Bulan Ramadhan

Keselamatan & Kesihatan (OSHA 1994) No Comments »

Ketika menjenguk satu projek di bandar berhampiran. Projek ni baru nak bermula. Mujur baru bermula, justeru sempat mengutarakan perkara PENTING tentang keselamatan di tapak bina tapi di pandang ringan oleh Site Manager. Moga lepas meeting terus ada tindakan.

sv3

sv2

sv1


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Majikan wajib kemuka laporan analisis risiko kurangkan kemalangan

Keselamatan & Kesihatan (OSHA 1994) No Comments »

http://www.mohr.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=237%3A8-februari-2007-berita-harian&catid=72%3Aarchive-news&Itemid=161&lang=en

Majikan wajib kemuka laporan analisis risiko kurangkan kemalangan

PUTRAJAYA: Semua majikan khususnya yang memiliki tapak pembinaan wajib menyediakan laporan analisis risiko (HIRARC) dalam usaha kerajaan mengurangkan kes kemalangan di tempat kerja.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr Fong Chan Onn, berkata Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Niosh) sudah diarah memantau laporan berkenaan.

Ia bagi memastikan majikan mematuhi garis panduan dan 43 peraturan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

Mereka yang gagal mematuhinya, boleh diperintah berhenti kerja dan jika sabit kesalahan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

Dr Fong berkata, penyediaan laporan perlu berikutan peningkatan kemalangan di tempat kerja dengan yang terbaru di Jalan Bukit Bintang.

Dalam kejadian itu, dua pekerja binaan maut, manakala 10 lagi cedera apabila lif jatuh dari paras 15 meter.

Dr Fong berkata, sistem penilaian bencana dan pengenalan kawalan risiko (HIRAC) untuk mengenal pasti risiko dan bahaya di tempat kerja juga dikuatkuasakan mulai tahun ini untuk memudahkan kawalan serta pemantauan kemalangan di tempat kerja.

“JKKP akan mengawasi sistem ini dan kontraktor yang memperoleh projek binaan melebihi kos RM20 juta diwajib menyediakan sistem ini untuk memudahkan usaha mengenal pasti tindakan keselamatan yang perlu diambil ketika kemalangan.

“Berikutan itu, pegawai JKKP diarah memeriksa semua tapak pembinaan bagi memastikan kontraktor mematuhi peraturan,” katanya.

Dr Fong berkata, mulai 15 Februari ini majikan yang ingin menyambung permit pekerja asing boleh berbuat demikian menerusi talian, sebelum Sistem Permohonan Perakuan Kemahiran Pekerja Asing Secara Talian Terus dikuatkuasakan pada 1 Mac ini.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Site Safety Supervisor

Keselamatan & Kesihatan (OSHA 1994) 2 Comments »

Guidelines For Public Safety And Health At Construction Sites (1st Revision: 2007)

Site Safety Supervisor

The main contractor of a worksite shall appoint a part time site safety supervisor who should spend at least fifteen hours per week exclusively on safety supervision and on promoting the safe conduct of work generally within the site. (Reg. 25, Building Operations And Works Of Engineering Construction (Safety) Regulations, 1986)

Contractor Safety Supervisor every contractor other than the main contractor in charge of worksite who employs more than twenty persons to carry out work on a worksite shall appoint a part time contractor’s safety supervisor, who should spend at least five hours per week exclusively on safety supervision and on promoting the safe conduct of work generally by his employees. (Reg. 26, Building Operations And Works Of Engineering Construction (Safety) Regulations, 1986)

Sebenarnya banyak peluang kerja dalam bidang safety ni jika Reg. 25 & 26 (BOWEC) dikuatkuasakan dengan ketat, mana-mana pelatih SHE yang baru tamat kursus yang belum layak dipanggil SHO (Officer – Competent) patut diberi lorong/peluang ini. (Perbincangan dalam SHO Facebook)

Apa pandangan anda?


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA