Saya rasa anda baru sampai di WebBlog ini. Jangan lupa melanggan RSS feed blog supaya tidak ketinggalan info terkini dari saya. Sila subscribe di petak sebelah kanan blog. Dipersilakan ke bahagian Categories sekiranya anda mencari maklumat di dalam blog ini.

Operasi HR Syabas Consultancy Sepanjang Ramadhan dan Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2009

Bengkel Penyediaan Perakaunan Perniagaan Kecil & Sederhana, Kursus Asas Kraftangan Daun Getah, Kursus Asas Ternakan Ayam Kampung, Kursus Asas Usahawan Berjaya: Penyediaan Rancangan Perniagaan, Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar, Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD) CIDB, Program Peningkatan Kemahiran Industri / Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS/PKS), Uncategorized No Comments »

Salam kepada Tuan/Puan. Apa khabar? kami mengharapkan agar Tuan/Puan beroleh kesejahteraan di bawah naungan-Nya.

Dimaklumkan bermula 22 Ogos sehingga 18 September 2009, syarikat kami akan beroperasi sepanjang Bulan Ramadhan yang mulia ini seperti berikut:

Hari   : Isnin – Sabtu
Masa : 8.30am – 5.00pm
Cuti   : Ahad

Manakala Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2009, syarikat akan bercuti mulai:

Tarikh: 19 hingga 27 September 2009

Syarikat akan beroperasi seperti biasa pada 28 September 2009.

Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009.

Harap Maklum, Wassalam.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Usahawan Kerjaya Pilihan 3 – Ros Chalet & Strawberry Farm Cameron Highlands

Iklan & Promosi, Kursus Asas Usahawan Berjaya: Penyediaan Rancangan Perniagaan, Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar 11 Comments »

Ketika saya mengendalikan kursus Modul Bisnes di Cameron Highlands, saya berpeluang berkenalan dengan En Zulkiflie, salah seorang pengusaha home stay/chalet/strawberry farm di Kg Taman Sedia, Cameron Highlands. Beliau turut mempunyai produk sendiri berasaskan strawberi iaitu home made jem dan jus strawberi.

Saya dibawa berjalan di sekitar kawasan beliau. Pada pandangan saya, beliau bijak menggunakan setiap ruang yang ada di kawasan rumahnya. Di kiri, kanan, depan dan belakang rumah beliau dikelilingi oleh chalet dan kawasan ladang strawberi.

Saya teruja berada di chalet beliau kerana bersebelahan chalet tersebut merupakan ladang strawberi yang mana kita boleh memetik sendiri strawberi tersebut. Dah petik terus saya makan. Di samping itu, jika kita mempunyai anak-anak, bolehlah bermandi manda di sungai yang berada di belakang chalet tersebut sambil bersantai di ruang yang disediakan. Erm…tak rugi rasanya bermalam di Ros Chalet ini. Harga pun amat berpatutan.

Bagi saya, inilah yang dikatakan pemikiran seorang usahawan menggunakan seoptimumnya ruang dan peluang yang ada.

Jadi, apa lagi…rancanglah percutian anda dan keluarga di Ros Chalet di Cameron Highlands.

3

8

4

7

17

18

5

9

10

11

12

13

15

16

14


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Kursus Asas Usahawan Berjaya: Penyediaan Rancangan Perniagaan

Kursus Asas Usahawan Berjaya: Penyediaan Rancangan Perniagaan 10 Comments »

Bakal diadakan bulan November. Pihak kami sedang berbincang untuk jalinan kerjasama dengan beberapa pihak yang berminat.

Sekiranya pihak Tuan/Puan berminat untuk menganjurkan program ini bersama, dipersila untuk menghubungi kami di talian 09-468 8984.

Sekian. Wassalam.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Usahawan Kerjaya Pilihan 2 – www.AzinumCookies.com

Iklan & Promosi, Kursus Asas Usahawan Berjaya: Penyediaan Rancangan Perniagaan, Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar No Comments »

Sabtu lepas saya berpeluang ke Johor untuk satu program berkaitan usahawan. Sewaktu sesi soal jawap saya tertarik dengan seorang peserta ini.

Saya bekenalan dengan Pn Hjh Tominum di antara peserta yang baru 3 tahun menceburi bidang usahawan pembuatan kuih. Apa yang saya lihat kesungguhan beliau sewaktu mengikuti kursus ini.

Saya dipelawa oleh beliau ke tempat perniagaan beliau. Sesampai di sana saya amat terkejut. Ini kerana beliau mempunyai sebuah mini kilang untuk menjalankan aktiviti perniagaan beliau hasil bantuan daripada Jabatan Pertanian Kota Tinggi, Johor.

Apa yang menarik lagi produk utama beliau iaitu kuih bangkit sagu rumbia telah tersusun rapi menanti untuk diedarkan.

Beliau membawa saya berjalan di sekitar kilang mini dan saya dapati ianya memang sesuai dan selesa. Bangunan baru kilang mini beliau dalam proses 80% siap bersebelahan dengan tempat mengadun bahan kuih.

Beliau meminta pendapat saya bagaimana untuk mendapatkan pasaran yang lebih luas lagi. Setakat ini produk beliau telah melepasi ke Singapura. Justeru itu saya mencadangkan agar beliau mempunyai “kedai online” yang menjadikan produk beliau mudah diakses di internet.

Justeru itu, saya membantu Ph Hjh Tominum merialiasikan hasrat beliau untuk mempunyai sebuah kedai online.

Maka wujudlah  www.AzinumCookies.com

SignBoard

Pengajaran:

1. Jangan malu untuk belajar sesuatu  biarpun pada usia yang lewat dan tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi.

2. Usaha bersungguh – sungguh.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA