Saya rasa anda baru sampai di WebBlog ini. Jangan lupa melanggan RSS feed blog supaya tidak ketinggalan info terkini dari saya. Sila subscribe di petak sebelah kanan blog. Dipersilakan ke bahagian Categories sekiranya anda mencari maklumat di dalam blog ini.

Usahawan Kerjaya Pilihan 1

Bengkel Penyediaan Perakaunan Perniagaan Kecil & Sederhana, Kursus Asas Usahawan Berjaya: Penyediaan Rancangan Perniagaan, Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar No Comments »

Saya berasa berbangga kerana anak didik saya subjek ETR (entrepreneurship) di UiTM mengambil inisiatif dan peluang menubuhkan perniagaan fast food di lokasi strategi berhampiran bangunan/kelas tutorial.

Mereka mempunyai syer seramai 4 orang yang menjalankan tugas berbeza namun cekap dalam mengedalikan tugas masing-masing. Di sini saya bertindak sebagai penasihat tak rasmi mereka. Disamping itu, saya turut membantu menyumbang bekas ais, lampu panjang kalimantang dan wayar gulung 10 meter untuk memastikan operasi jualan mereka tidak bergelap di malam hari.

Setelah mengaplikasi S.W.O.T analisis, mereka menjual hanya makanan yang menjadi tumpuan. Konsep cepat dimasak…mudah dan kenyang dimakan…kualiti diutamakan disamping harga mampu menjadikan jualan gerai mereka ini laris.

Syabas diucapkan….haaa…kepada pelajar yang lain,  sudi-sudilah mampir ke gerai kami.

2

1

4

3


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil

Kursus Asas Usahawan Berjaya: Penyediaan Rancangan Perniagaan, Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar No Comments »

http://www.punb.com.my/index.php?ch=bm_med&pg=bm_med_biztip&ac=46

10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil

Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan dan pemilik perniagaan kecil. Berhati-hatilah dengan kesilapan yang amat merbahaya ini……..

1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya.
Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja.  Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan.Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.

2. Tiada Pelan Pemasaran
Pelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik  pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25  cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.

3. Tidak mengenali pelanggan anda
Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaing akan mempengaruhi  perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut.

4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat
Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan  mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda  fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang  mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.

5. Tidak peduli tentang kakitangan
Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat  boleh musnah dengan segera!

6. Keliru tentang kemungkinan dengan realiti

Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.

7. Tiada pelan penjualan.
Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara  untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda.  Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang  membawa masuk jualan.

8. Penyendiri
Anda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.

9. Tiada  ‘Mastermind’

Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor! Bagi mereka yang memopunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai.Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah,  kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif.

10. Berputus Asa
Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Buku: Panduan Peniaga Kecil – Tun Dr Mahathir

Kursus Asas Usahawan Berjaya: Penyediaan Rancangan Perniagaan, Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar 1 Comment »

http://bakersplace.blogspot.com/2008/09/buku-panduan-peniaga-kecil-tun-dr.html

picture1

Buku: Panduan Peniaga Kecil – Tun Dr Mahathir

Semasa membongkar dan mengemas buku-buku lama saya terjumpa dengan buku ini. Lama juga ia berada dalam simpanan, hinggakan saya dah lupa akan isi kandungannya. Maka, saya membacanya buat kali kedua.

Buku ini pertama kali dikeluarkan pada tahun 1973. Naskah yang saya ada ini adalah edisi kedua cetakan keempat tahun 2002. Saya sendiri tak ingat bagaimana saya boleh memiliki buku ini. Nyatanya pada tahun 1973 saya berumur 1 tahun, Tun Dr Mahathir sudah menulis satu buku panduan untuk saya gunakan 30 tahun kemudian…

Setelah diperiksa saya dapati buku ini tidak dijual dikedai buku tetapi diedarkan oleh MARA dan TEKUN.
Ramai pula yang nak tahu isi buku ini. Ok saya petik secara ringkas saja ye.

Buku kecil 85 mukasurat ini mengandungi beberapa nasihat berguna kepada peniaga kecil untuk memulakan perniagaan. Beberapa tips penting untuk memulakan perniagaan:

1- Jangan anggap perniagaan satu kerja yang hina.
2- Jika ingin berniaga hendaklah difikirkan supaya perniagaan menjadi usaha yang berkekalan, tidak sementara atau sambilan.
3- Jangan membiarkan diri dipengaruhi oleh sesuatu perniagaan kerana orang lain maju dalam perniagaan itu.
4- Pilihlah jenis perniagaan yang sesuai dengan pengalaman, kebolehan dan modal.
5- Jangan sekali-kali membuat perniagaan dengan modal yang seratus-peratus dipinjam.
6- Rancangkan perniagaan supaya ia dapat hidup subur, kekal dan akan menjadi lebih besar pada masa hadapan.

Lokasi perniagaan
1- Jenis perniagaan mestilah sesuai dengan tempat. Jenis perniagaan yang maju di bandar besar mungkin tidak maju di pekan kecil.
2- Di bandar besar, perniagaan yang sama patut berdekatan; tetapi di pekan kecil atau kampung, perniagaan yang sama patut berjauhan antara satu sama lain.
3- Di pasar, perniagaan yang sama jenis patut berdekatan. (sama la kes macam di shopping mall)
4- Tempat perniagaan mestilah mudah bagi pembeli datang.
5- Pada zaman orang semakin banyak menggunakan kereta seperti sekarang ini perniagaan di tempat yang mudah meletak kereta lebih baik daripada perniagaan di tengah bandar tetapi tidak ada tempat meletak kereta.
6- Tempat yang sesuai mestilah menjadi pertimbangan utama, walaupun sewanya tinggi. ( kesilapan orang kita sekarang ni sewa murah jadi keutamaan )
7- Perniagaan kecil patut dijalankan di bangunan yang juga menjadi tempat tinggal peniaga dan keluarganya.

Tun Dr M: Walau apa jenis perniagaan sekalipun, yang jelas perhitungan modal tidak boleh diabaikan. Tidak akan ada perniagaan yang kekal dan maju, jika peniaga tidak tahu modalnya yang sebenar. Perhitungan modal (costing) adalah asas perniagaan.

Tun Dr M: Perniagaan bermakna menggunakan wang untuk mencari wang. Berapa banyak wang (keuntungan) yang didapati daripada wang (modal) bergantung kepada sejauh manakah peniaga faham tentang masalah wang dan kewangan.

Tun Dr M: Persaingan ialah sebahagian daripada cara perniagaan. Ianya tidak dapat dielak. Peniaga yang menerima kenyataan ini dan bersedia untuk bertanding akan berjaya dalam usahanya. Dalam bidang perniagaan tidak ada tempat bagi orang yang tidak sanggup menghadapi persaingan.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

2nd Last lecture of UGE 2002 Technopreneurship

Kursus Asas Usahawan Berjaya: Penyediaan Rancangan Perniagaan, Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar No Comments »

Look at their smile…Engineer in Making post in action…huhuhuhu

dsc08642_c

dsc08643_c

dsc08646_c

dsc08648_c


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA