Kehendak Si Anak atau Si Ibu?
Motivasi/Ceramah/Bengkel/Seminar/Kursus/Gambar May 26th, 2009Semalam saya dikunjungi oleh seorang ibu yang ingin mengetahui kursus terbaik untuk anaknya. Anaknya kini merupakan mantan mahasiswa di sebuah Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia dan kini sedang menunggu panggilan ke IPTA.
Menurut beliau, anaknya merupakan mahasiswa aliran Sains Hayat di kolej matrikulasi tersebut. Baru-baru ini, keputusan PNGK keseluruhan telah keluar dan beliau menyatakan anaknya mendapat 3.67. Syabas diucapkan. Lantaran itu, beliau meminta nasihat saya untuk kursus terbaik anaknya.
Setelah melakukan sedikit analisis, anaknya meminati bidang perubatan memandangkan beliau di aliran sains hayat. Juga berita baik untuk anak beliau ialah anaknya boleh memilih sehingga lapan kursus yang berlainan bidang dan universiti.
Apa yang saya boleh bantu ialah saya mencadangkan seperti berikut ( analisis berdasarkan kata ibu, PNGK, aliran dan minat si anak)=
1. Ijazah Sarjana Muda Perubatan UiTM
2. Ijazah Sarjana Muda Perubatan UDM
3. Ijazah Sarjana Muda Perubatan UNIMAS
4. Ijazah Sarjana Muda Perubatan UMS
5. Kosong
6. Kosong
7. Kosong
8. Kosong
Empat perkara di atas saya cadangkan manakala empat lagi yang kosong saya serahkan kepada anaknya untuk membuat keputusan. Itu sahaja untuk kali ini.
Pesanan:
1. Sepatutnya si anak yang datang berjumpa saya bersama si ibu. Ini kerana yang nak belajar dan yang nak memilih adalah si anak bukan si ibu.
2. Itu adalah cadangan saya sahaja kerana saya tidak tahu apa kehendak si anak. Mungkin yang saya senaraikan di atas merupakan kehendak si ibu.
3. Saya puji si ibu kerana semangat inginkan yang terbaik si anak. Sebaiknya si anak lebih bersemangat dari si ibu.
4. Si anak dipersilakan untuk berjumpa saya membincangkan kehendak anda.
Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA
May 16th, 2010 at 12:19 am
saya sedang menunggu keputusan untuk kemasukan 2010/2011..saya memohon bidang perubatan di usm tetapi gagal utk panggilan temuduga..sekarang harapan saya hanyalah perubatan uitm…adakah saya mempunyai peluang?cgpa saya ialah 3.72 dan mendapat anugerah naib canselor(ANC) dan saya adalah bekas pelajar uitm juga(diploma sains)..saya amat risau..
May 16th, 2010 at 12:29 am
assalamualaikum..saya sedang menunggu keputusan kemasukan ijazah sarjana muda…saya ada memohon dalam bidang perubatan di usm tetapi gagal untuk panggilan temuduga…sakarang harapan terakhir saya bidang perubatan di uitm sahaja..adakah saya mempunyai peluang belajar dalam bidang perubatan di uitm? CGPA saya ialah 3.72 dan mandapat anugerah naib canselor(ANC)ketika berada dalam diploma sains uitm…