Motivasi Pagi: Apa Yang Anda nampak Dari Kata-Kata Beliau?

Saya tertarik untuk memetik isi halaman Berita Harian hari ini. Jadi hari ini saya ingin kita berkongsi pandangan masing-masing tentang apa yang anda nampak dari kata-kata Datuk Seri Tony Fernandes. Mari kita bincang bersama. Ok, kita mulakan…
===============================================================
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Ekonomi/20090930003745/Article/index_html

Kemudahan Pasukan F1 1Malaysia dibina Oktober

PEMBINAAN kemudahan pembangunan sukan Formula 1 (F1) di Sepang yang akan turut mengandungi terowong angin bagi menguji ciri-ciri aerodinamik kereta lumba itu dijangka dimulakan bulan depan membabitkan kos sehingga RM60 juta.

Pengurus Pasukan F1 1Malaysia, Datuk Seri Tony Fernandes, berkata kemudahan itu apabila ia siap dalam jangka masa kira-kira dua tahun lagi akan menjadi permulaan penting bagi pembangunan sukan permotoran itu di Malaysia.

Beliau berkata, pembinaan terowong angin di Sepang juga dapat menjimatkan banyak kos bagi pasukan F1 Malaysia berban-ding jika ia menggunakan kemudahan serupa di Eropah.

“Kemudahan itu bukan saja untuk kegunaan kereta pasukan F1 1Malaysia tetapi mana-mana pengeluar kereta di sini boleh menggunakannya bagi tujuan menguji kenderaan mereka.

“Dengan itu, saya yakin kemudahan akan membuat keuntungan dalam tahun pertama beroperasi,” katanya dalam sidang media pada Persidangan CEO Global Forbes di Kuala Lumpur, semalam.

Tony berkata, kemudahan sukan permotoran yang sudah sedia ada di Sepang turut menjadi pemangkin kepada kemajuan pasukan F1 1Malaysia.

“Kita perlu yakin dengan pasukan ini. Kita perlu mengubah sikap seperti itu. Rakyat Malaysia selalunya tidak yakin dengan diri sendiri,” katanya.

Pada sidang media itu, Tony turut menjelaskan bahawa pelaburannya dalam pasukan F1 1Malaysia tidak ada kena mengena dengan AirAsia Bhd.

“Ini adalah pelaburan peribadi,” katanya.

Mengenai pemandu yang akan mengemudi kereta F1 1Malaysia, Tony berkata, ia tidak semestinya rakyat Malaysia tetapi berkemungkinan seorang pemandu dari rantau Asia.
===================================================

Apa pandangan anda?


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA